Sesungguhnya, ulama PAS dan ulama mana pun bukanlah Muslim, kalau mereka tidak menyembah Allah, hanya Allah, begitu juga kalau mereka tidak menyerah diri kepada Allah. Apakah dalil bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, serta aslim atau menyerah diri kepada Allah? Jawapan: 3 ayat pertama di surah Kafirun dan erti Muslim. Fahamilah bahawa hubungan yang asas antara kita dan Allah adalah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Dan mengenai sembah, sila perhalusi hakikat bahawa menyembah ialah menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, serta bahawa raja adalah tuan, semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Maka? Kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, oleh itu, kalau kita adalah hamba ataupun abdi Allah, maka Allah adalah tuan kita. Dan kepada yang membezakan abdi dari hamba, sila jawab: Apakah "hamba", dan apakah "sembah" di dalam bahasa Arab?
Sedari dan terimalah hakikat bahawa perkataan Arab yang sama ertinya dengan hamba, juga dengan sembah, adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal". Pendek kata, "ain-ba-dal" di dalam bahasa Arab adalah hamba atau sembah di dalam bahasa Melayu. Sesungguhnya, abdi adalah sama ertinya dengan hamba, oleh itu, mengabdikan diri adalah sama ertinya dengan menghambakan diri. Dan sesungguhnya, menyembah dan menghambakan diri dan beribadat dan mengabdikan diri adalah sama ertinya. Ada otak, sila guna. Ada akal, sila fikir. Dan janganlah seperti binatang ternakan, usahkan lebih sesat ataupun lebih bodoh. Terjemahan atau pengertian yang salah janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai. Hakikat dan ajaran Allah: Ketahuilah, dan jadikanlah pegangan.