Hmm, semua nak jadi tuan? Sedarlah, Allah adalah "malikin-nas", yakni raja manusia. Dan raja adalah tuan, semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya, maka? Raja adalah tuan, semestinya raja adalah tuan, oleh itu, kalau Allah adalah raja manusia, maka tentulah Allah tuan manusia. Betul?
•••••
Apakah erti "Yang Dipertuan"? Dan siapakah yang "mempertuankan"? Allah, hanya Allah adalah yang patut dipertuankan. Dan hanya Allah adalah yang patut diperajakan. Sebenarnya, apakah "raja", dan apakah "pemerintah" di dalam bahasa Arab dan English? Janganlah berdolak-alih. Allah, sembahlah Allah, hanya Allah: Janganlah selain Allah dipertuankan, usahkan diperajakan.
•••••
Apakah agaknya jawapan Nabi Muhammad kalau ditanya, "siapakah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita"? Dan bayangkan, siapakah yang suka atau redho kalau engkau memperajakan selain Allah, ataupun mempertuankan selain Allah: Adakah Allah dan rasulNya, atau adakah Iblis dan syaitan? Jujurlah. Dan ingat mati. Tuan dan raja dan tuhan adalah 3 jenis pemerintah. Dan erti tuhan adalah pemerintah yang tidak dikuasai. Selain Allah, siapakah pemerintah yang tidak dikuasai?
•••••
Mengenai tuan, tidakkah Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya? Dan tidakkah kita adalah hamba Allah? Suka atau tidak, Allah berhak sebagai tuan ke atas kita, ciptaanNya. Dan kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, oleh itu, kalau kita adalah hamba ataupun abdi Allah, maka Allah adalah tuan kita. Janganlah sombong terhadap Allah. Rendahkanlah diri sebagai hamba kepada Allah. Dan taat-setialah kepadaNya.
•••••
Benar, kita wajib setia kepada yang berhak sebagai tuan kita, iaitu Allah, hanya Allah. Merdeka, kita berhak merdeka, iaitu tidak diperhambakan oleh selain Allah. Dan mubahalah, aku sanggup untuk mubahalah demi mempertahankan bahawa mempertuankan selain Allah, apatah lagi memperajakan selain Allah, adalah shirik. Hmm, adakah ulama yang sudi untuk menyahut cabaran? Awas, ulama Hadis janganlah disamakan dengan ulama Islam, lebih-lebih lagi mereka yang mengajar bahawa "Syahadah" adalah sebahagian dari "Rukun Islam".
•••••
Apakah "tuan', dan apakah "tuhan" di dalam bahasa Arab dan English? Fahamilah, bahawa "rob" bukanlah "ilah". Di dalam bahasa Arab, tuhan adalah "ilah", bukan "rob". "Rob" bukanlah tuhan, tetapi tuan. Di dalam bahasa English, "rob" adalah "lord", iaitu tuan, bukan "god", bukan tuhan. Dan awas, mereka yang menyamakan "rob" dengan tuhan janganlah diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam, begitu juga dengan mereka yang menyamakan solaat dengan sembahyang.
•••••
Berani kerana benar. Dan Allah adalah hakim terwajar. Hmm, adakah ulama atau penterjemah yang sanggup untuk mubahalah demi memperjuangkan, atau demi mempertahankan bahawa "rob" adalah sama ertinya dengan tuhan, atau bahawa "malik" bukanlah raja? Ada? Ulama PAS? Ulama Sunnah wal Jamaah? Ulama Syiah? Atau siapa?