Tuesday, May 22, 2018

"Hukum" Menghambakan Diri, Dan Mengenai Sembah Dan Tuan

Apakah "hukum" menghambakan diri kepada selain Allah? Tidakkah bodoh, sangat bodoh?
•••••
Bukan saja bodoh, bahkan shirik. Dan menyembah ialah menghambakan diri. Menghambakan diri ialah merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba. Dan kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan.
•••••
"Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun". Soalnya, siapakah si "Tuan", dan apakah "sembah"?
•••••
Hmm, putar-belit mengenai sembah. Sebenarnya, apakah "sembah" dan "hormat" dan "hamba" dan "tunduk-patuh" dan "khidmat" di dalam bahasa Arab, dan di dalam bahasa English? Maka? Dan tidakkah Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya?
•••••
Siapakah yang mengajar, atau ramaikah yang percaya bahawa Allah berhak ke atas matlamatNya, tetapi Allah tidak berhak sebagai tuan, usahkan sebagai raja? Dan siapakah yang mengajar, atau ramaikah yang percaya bahawa rob-binnas adalah ilmu, atau bahawa malikin-nas adalah agama, atau bahawa ila-hinnas adalah Muhammad? Hmm, pengertian atau takrif yang diada-adakan. Dan dolak-dalih dan ketidak-jujuran.
•••••
Masuk akalkah bahawa Allah tidak berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya? Masuk akalkah bahawa Allah tidak berhak sebagai tuan, usahkan sebagai raja, sedangkan Dia lebih berkuasa?
•••••
Kalau engkau rasa aku salah, maka sila buktikan, atau sila berikan alasan yang munasabah. Boleh? Sedarlah, kalau kita berlandaskan pada pengertian atau takrif yang salah, maka kita adalah, atau akan menjadi sesat atau terpesong ataupun keliru.
•••••
Berbalik kepada posting asal, apakah "hukum" menghambakan diri kepada selain Allah? Dengan kata lain, apakah "hukum" merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba kepada selain Allah? Tidakkah bodoh, bahkan shirik?
•••••
Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, lalu sedarlah bahawa yang menyembah selain Allah adalah Kafir, dan bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, iaitu bukan solaat.