Setakat manakah akal dan kebenaran ulama PAS? Dan sebenarnya, beranikah Hadi Awang dan ulama PAS untuk mubahalah menentang aku demi mempertahankan bahawa "Syahadah" adalah sebahagian dari Rukun Islam, atau bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah Syahadah? Kalau takut atau berdolak-dalih, maka? Hmm, bagaimana pula dengan ulama lain? Pendek kata, tidakkah ulama atau guru engkau adalah yang sesat serta menyesatkan? Allah tahu, cukup tahu. Dan sedarlah, bahawa yang mengkaji adalah yang tahu atau lebih faham berbanding yang "mengaji".
Pakailah otak. Dan fahamilah ajaran Allah mengenai hal yang terbabit. Jangan ambil-mudah mengenai fakta yang ada kaitannya dengan Islam. Ulama Hadis janganlah disamakan dengan ulama Islam. Dan hakikat serta ajaran Allah: Ketahuilah, dan terima-pakailah. Ingat, kalau engkau sebenarnya tak sembah Allah, hanya Allah, maka engkau bohong kepada Allah semasa mengucap ayat 5 surah Fatihah. Dan kalau engkau sebenarnya tak sembah Allah, hanya Allah, maka sia-sia atau bahkan membawa ke Neraka adalah solaat dan amal-ibadat lain yang engkau lakukan. Jangan silap mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam, usahkan silap bagaimana untuk menjadi Muslim sebenar.
Fahamilah, bahawa kita wajib atau patut sampaikan kebenaran, walau seramai manapun tidak suka. Dan kita wajib atau patut menerima kebenaran, walau seramai manapun tidak redho. Yang penting atau lebih penting adalah pandangan Allah dan keredhoanNya. Hidup di Dunia hanyalah sementara. Dan janganlah rugi jangka panjang. Hidayah Allah bukanlah untuk semua. Untuk mereka yang berdolak-dalih ataupun menyangka-nyangka: Tidakkah yang sesuai adalah temberang dan dampingan syaitan? Allah tidak memerlukan. Dan Neraka sedia menanti.