Tuesday, March 13, 2018
Antara Najib Dan Mahathir, Dan Yang Patut Diumpamakan Timba
Najib, juga Hadi Awang, adalah yang bermarwah berbanding berakal. Mahathir adalah yang berakal berbanding bermarwah. Maka? Dan yang tidak betul mengenai erti Islam tidaklah patut dianggap Muslim sebenar, usahkan ulama ataupun pejuang Islam. Marwah adalah "pride", sedangkan kehormatan adalah "honor". Marwah bukanlah kehormatan, sebagaimana syahwat atau nafsu seks bukanlah cinta. Dan fahamilah, bahawa lelaki adalah perigi, iaitu tempat yang mengandungi air, sedangkan perempuan adalah timba, iaitu tempat dimasukkan air. Sebenarnya, beranikah Najib untuk berdebat dengan Mahathir? Dan beranikah Hadi Awang untuk mubahalah menentang aku?