Pengertian yang salah dan dolak-dalih dan ada-adaan: hmm, macam-macam. Apapun, di manakah adanya hukum dan perintah Allah, termasuk mengenai najis dan hadis dan ulama dan sunnah: Tidakkah di dalam al Quran? Mengenai sunnah: Sunnah siapakah yang Nabi ikut? Apakah sebenarnya erti sunnah? Dan siapa ajar supaya mengikut sunnah Nabi? Pengertian yang salah janganlah tidak disedari. Dan awas, jangan terpesong akibat pengertian atau terjemahan yang mengandungi perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Apakah "jalan" di dalam bahasa Arab? Apakah "cara" di dalam bahasa Arab? Adakah "sunnah"? Dan apakah ayat al Quran mengenai sunnah?
Sedarlah, erti "sunnah" bukanlah contoh amalan, juga bukan jalan, juga bukan cara. Erti "sunnah" adalah ketetapan. Dan sunnatullah adalah sunnah Allah, bukan sunnah rasul. "Hadis Rasulullah" bukanlah karangan Rasulullah, maka ia tidak patut disamakan dengan kata-kata Rasulullah. Pencipta Islam adalah Allah, hanya Allah, Dia, pengarang al Quran: maka ketahuilah ajaran yang terkandung di dalam al Quran kalau ingin tahu mengenai Islam, sebenar Islam. Hakikat, iaitu kebenaran atau fakta, serta ajaran Allah: Ketahuilah, dan jadikanlah pegangan. Kalau engkau sebenarnya bukan Muslim, maka engkau bukanlah pengikut Rasulullah. Dan fahamilah, bahawa yang tidak jujur bukanlah yang layak untuk mendapat hidayah Allah.