Sunday, March 25, 2018

Harap Maklum @ Sembah Dan Orang Islam

Sia-sia, atau bahkan membawa ke Neraka adalah solaat dan amal ibadat lain yang engkau lakukan, kecuali kalau engkau betul menyembah Allah, hanya Allah, iaitu menghambakan diri kepada Allah, hanya Allah, iaitu mempertuankan Allah, hanya Allah, dan tidak memperajakan selain Allah.
*****
Engkau bohong semasa mengucap ayat 5 surah Fatihah, kecuali kalau engkau betul menyembah Allah, hanya Allah. Dan sedarlah, mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah.
*****
Engkau bukanlah Muslim ataupun orang Islam, kecuali kalau engkau menyembah Allah, hanya Allah, serta "aslim" atau menyerah diri kepada Allah, tidak sombong, usahkan derhaka, usahkan shirik terhadap Allah. Dan kalau engkau sebenarnya bukan Muslim, maka engkau bukanlah pengikut Muhammad atau siapapun Rasulullah.
*****
Bagaimanakah Rasulullah, termasuk Muhammad dan Ibrahim, masuk Islam, dan apakah erti "Muslim": maka, apakah susulan itu?
*****
Sesungguhnya, bohong atau tidak benar adalah bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah Syahadah. Dan "Syahadah" bukanlah sebahagian dari "Rukun Islam Sebenar", tetapi ia adalah sebahagian dari "Rukun Islam Temberang". Mengenai "syahadah Munafiq", sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Awas, "Hadis sahih" tidaklah sehaluan dengan al Quran. Dan perjuangkan atau hayatilah, bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita.
*****