Sunday, August 15, 2021

Hakikat Shirik, Dan Mengenai Merdeka Dan Kesetiaan Kepada Allah


Bolehkah engkau "bersaksi" atau "bear witness" kalau engkau sebenarnya tidak menyaksikan? Apapun, apa itu shirik (syirik) sebenarnya? Menyekutukan? Hmm, apa itu "menyekutukan"? Dan apakah lawan kepada menyekutukan? Apapun, tidakkah benar bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan? Dan selain taat, tidakkah si hamba wajib atau mestilah setia kepada yang berhak sebagai tuannya? Suka atau tidak, apakah hak Allah ke atas kita? Tidakkah Allah berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya? Dan tidakkah kita adalah ciptaan Allah? Suka atau tidak, Allah berhak sebagai tuan ke atas kita, ciptaanNya. Kita adalah ciptaan Allah. Kita adalah hamba kepunyaan Allah. Dan tidakkah munasabah bahawa shirik adalah sama erti atau maknanya dengan curang? Fikir, bagaimanakah ejaan "tauhid" di dalam bahasa Arab? Dan apakah "1" (satu) di dalam bahasa Arab, dan bagaimanakah ejaannya? 
       Fikir, lawan kepada tauhid adalah shirik. Tauhid ada kaitan dengan angka 1. Dan setia juga ada kaitan dengan angka 1. Maka? Fikir, adakah hamba Allah tidak wajib atau tidak perlu setia kepada Allah: Adakah hanya wajib taat, tidak wajib setia? Dan adakah menyembah selain Allah adalah harus atau bukan shirik? Fikir, redho atau sukakah Allah kalau engkau menyembah selain Dia? Redho atau sukakah Allah kalau engkau memperajakan atau mempertuankan selain Dia? Tidakkah syaitan adalah yang suka, atau bahkan bangga kalau engkau menyembah selain Allah? Tidakkah syaitan adalah yang suka atau bahkan bangga kalau engkau memperajakan atau mempertuankan selain Allah? Sila fikir. Fikirkan secara rasional. Dan jujurlah. Kesimpulannya atau pendek kata, kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah adalah sama erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. "Rob" (rabb) adalah sama ertinya dengan tuan, sedangkan "ilah" atau "ilahi" adalah tuhan. Dan benar, menyembah adalah menghambakan diri, tetapi ketahui atau sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. Fikir, elokkah perhambaan? Dan elok atau untung atau selamatkah kalau menyembah selain Allah? Jawapan: Tidak, namun syaitan mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan. Merdeka, kita berhak merdeka: Hanya Allah berhak sebagai tuan kita, dan hanya Allah adalah yang berhak sebagai raja kita. Fahamilah. Perhambaan adalah lawan kepada kemerdekaan. Dan fahami bahawa perhambaan bukanlah di mana Allah adalah raja atau tuan, tetapi di mana selain Allah adalah raja atau tuan: Begitu jugalah dengan shirik. 
       Fikir, tidakkah Nabi Muhammad memperjuangkan kemerdekaan manusia atau menentang perhambaan? Sebenarnya, siapakah yang Rasulullah terima sebagai tuannya? Dan siapakah yang Rasulullah terima sebagai rajanya? Jangan putar-belit. Kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Allah, hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita. Dan yang tidak berhak sebagai tuan kita tidaklah berhak sebagai raja kita. Sedar dan terima dan sampaikanlah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Ketahuilah bahawa "raja manusia" adalah "malikin-nas" di dalam bahasa Arab. Dan erti tuhan bukanlah pencipta, juga bukan sembahan, tetapi pemerintah yang tidak dikuasai, maka? Suka atau tidak, kita adalah ciptaan Allah. Kita adalah hamba kepunyaan Allah. Dan selain merendah diri dan taat kepada Allah, kita wajib atau mestilah mentauhidkan Allah, iaitu setia kepada Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Jangan sombong terhadap Allah. Janganlah kena tipu atau silap mengenai shirik atau tauhid atau kemerdekaan atau perhambaan. Dan fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, lalu sedarlah juga bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, bukan solaat. 
••••• 
Ilmu Masuk Islam @ Bagaimana Untuk 
Masuk Islam @ Menjadi Muslim Yang Sebenar 
- https://bit.ly/3wlgvuy 
••••• 
Antara Melayu dan Islam @ Sedarlah Wahai 
Orang UMNO Dan Orang PAS, Juga Orang Tabligh 
- https://bit.ly/2UpBBdi 
••••• 
The True Meaning Of Worship, And Regarding 
Fake Muslims And The Enemies Of Islam 
- https://bit.ly/3657r1o 
••••• 
Kepada Cina Dan India DAP @ Insaflah Melayu 
- https://bit.ly/2SR9JhI 
••••• 
Real Truths About Jesus Christ And 
Crucifixion, And 2 Big Lies 
- https://bit.ly/2Bpw5Ow