Saturday, October 24, 2020

Formula Untuk Menjadi Sesat Atau Tidak @ Menjaga Diri

Kalau nak menjadi sesat ataupun terpesong, maka sangka-sangkalah ikut suka hati atau ikut sedap marwah ataupun ikut kata orang, tetapi kalau nak selamat atau kalau tak nak sesat, maka kaji atau selidiklah, dan fikir-fikirkanlah secara jujur dan rasional. Dan janganlah sembrono yakin, atau janganlah yakin kalau tidak tahu. Kalau engkau selalu bohong atau putar-belit atau ikut suka, janganlah sangka, usahkan yakin bahawa orang lain pun sama, tidak mungkin lebih baik. Dan menyangka janganlah disamakan dengan mentadabbur atau memikirkan. 
       Awas, ulama Hadis janganlah disamakan dengan ulama al Quran. Dan ulama mazhab janganlah disamakan dengan ulama Islam. Menyangka bukanlah mengetahui, usahkan memahami. Yang hafaz bukanlah bermakna yang mempercayai. Dan ingat, cepat membuat keputusan atau kesimpulan yang salah bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan, usahkan dipuji. Hmm, tidakkah malang kalau mempunyai bapa atau ibu ataupun guru yang cepat menyangka? Dan tidakkah lebih malang kalau mempunyai bapa atau ibu ataupun guru yang tidak mementingkan kebenaran dan keadilan serta kejujuran? Memikirkan mengambil masa, tidak seperti menyangka. Memikirkan mengambil-kira lebih perkara berbanding menyangka. Dan mengkaji atau menyelidik adalah untuk menjadi berilmu, tetapi menyangka adalah untuk menjadi sesat atau terpesong. 
       Pendek kata, sangat penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan dan kebaikan hati, untuk faham, betul faham, juga untuk sedar, betul sedar, apatah lagi untuk mendapat hidayah dari Allah dan suatu tempat di SyurgaNya. Ingat, kebenaran dan ajaran Allah tidak patut ditolak, juga tidak patut dicanggah, walau apa pun. Disiplinkanlah diri. Perbetulkanlah kepercayaan. Dan awas, syaitan mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan. Hmm, adakah bukti atau alasan yang munasabah untuk mengatakan bahawa aku sesat atau salah? Janganlah "main sangka", usahkan "main yakin". Dan yang mempercayai terjemahan atau pengertian yang salah adalah yang menentang atau mencanggah, maka bukanlah yang mengikut atau mempercayai ataupun menerima. 
••••• 
Perbezaan Pendapat Dan Yang Sesat 
- https://bit.ly/2KzIeS7 
••••• 
Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik 
Dan Tauhid Dan Perhambaan 
- https://bit.ly/2VAi5ZB 
••••• 
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv 
••••• 
Hakikat 2 Kalimah Syahadah 
- https://bit.ly/3fpr2wL 
••••• 
Syahadah Dan Munafiq @ 
Jangan Silap Mengenai Masuk Islam 
- https://bit.ly/33YDb8k