Thursday, October 15, 2020

Syahadah Dan Munafiq @ Jangan Silap Mengenai Masuk Islam

Ajaran sesat ataupun bohong mengenai masuk Islam membawa ke Neraka. Masuk akal? Sesungguhnya, ulama atau guru manakah yang tidak bohong atau tidak menyesatkan mengenai masuk Islam? Bukalah minda. Dan fahami fakta. Apa itu "bersaksi"? Sebenarnya, apakah "aku menyaksikan" di dalam bahasa Arab, iaitu bahasa al Quran? Pendek kata, "ash-hadu" = "aku menyaksikan", bukan "aku bersaksi", bukan "aku naik saksi". Dan mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah bagaimana Nabi Muhammad masuk Islam. Muslim = yang "aslim" (kepada Allah), maka? Muslim = yang "aslim" kepada Allah, maka seseorang perlulah "aslim" kepada Allah untuk masuk Islam. Masuk akal? Dan "aslim" adalah menyerah, sedangkan "tawakkal" adalah berserah. 
       Kesimpulannya? Sedarlah bahawa mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim, tetapi bagaimana untuk menjadi Munafiq atau Kafir yang bertopengkan Islam ataupun Muslim palsu. Fahamilah bahawa bukanlah "syahadah" tanpa "shim-ha-dal". Dan kalau engkau tidak menyaksikan, maka bolehkah engkau "bersaksi" ataupun "naik saksi"? Kalau engkau tidak menyaksikan, tetapi engkau mengaku menyaksikan, maka engkau bohong atau membuat pengakuan palsu. Dan benar adalah bahawa ibu dan bapa engkau bernikah, tetapi bohong adalah bahawa engkau menyaksikan (ataupun "bersaksi" bahawa) ibu dan bapa engkau bernikah. Faham? Sesungguhnya, benar adalah bahawa "laa-ilaha-illallah" dan bahawa "Muhammadar rasulullah", tetapi jadi bohong bila ditambah "ash-hadu" pada 2 kalimah itu. Syahadah = penyaksian, bukan perakuan, bukan pengakuan. Dan mengenai "syahadah Munafiq" di dalam al Quran, sila fahami ayat 1 di surah Munafiqun (Quran 63:1). Siapakah Rasulullah yang pertama mengucap 2 kalimah Syahadah? Jawapan: Tidak ada. Maka? Dan pencipta agama Islam hanyalah Allah, maka? Fahami ayat 5 di surah Fatihah dan 3 ayat pertama di surah Kafirun, lalu sedarlah bahawa Muslim menyembah Allah, hanya Allah, dan bahawa menyembah Allah, hanya Allah, adalah perlu untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. 
       Sesungguhnya, ajaran sesat dan bohong adalah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap 2 kalimah Syahadah. Dan ingat, yang tahu atau lebih tahu adalah yang mengkaji, berbanding yang "mengaji" (berguru). Berguru tidaklah salah, tetapi jangan tersalah guru dan jangan tersalah kitab, usahkan tidak berfikir secara jujur dan rasional. Ulama dan ustaz yang tidak betul mengenai masuk Islam dan sembah sangatlah tidak patut untuk diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam, mahupun al Quran, begitu juga seseorang yang percaya bahawa "rob" (rabb) adalah sama ertinya dengan tuhan. Dan Allah tidak menyuruh supaya menghafaz, tetapi Allah menyuruh supaya mentadabbur. Maka? Janganlah seperti burung tiong ataupun kakaktua. Dan janganlah "main sangka". Kaji atau selidiklah. Atau fikir-fikirkanlah secara rasional. Dan bolehkah buktikan bahawa aku salah? 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
Hakikat "Syahadah", Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv 
••••• 
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @ 
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar 
- https://bit.ly/2UkNtaN 
••••• 
Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik 
Dan Tauhid Dan Perhambaan 
- https://bit.ly/2VAi5ZB