Sunday, June 13, 2021

Ilmu Masuk Islam @ Bagaimana Untuk Masuk Islam @ Menjadi Muslim Yang Sebenar


Jangan main sangka, usahkan main yakin. Jangan tersalah kitab atau guru, usahkan tidak mahu memikirkan secara rasional. Dan janganlah selamba mengaku Muslim atau orang Islam kalau engkau tidak tahu erti Muslim atau Islam atau sembah atau tuhan. Bukalah minda. Kalau nak tahu, maka kaji atau selidik atau fikir. Fikir, bagaimanakah Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad masuk Islam atau menjadi Muslim? Dan bolehkah engkau "bersaksi" atau "naik saksi" bahawa emak dan bapa engkau bernikah? Pendek kata, kepada ulama dan ustaz, dan kepada orang UMNO dan orang PAS dan orang Tabligh, dan kepada sesiapa saja yang ingin masuk Islam atau menjadi Muslim, sebenar Muslim, sila sebut (kepada Allah), dan lebih penting, hayati atau amalkan, "Oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam." 
       Apakah beberapa fakta dan ajaran Allah yang perlu difahami untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim? Berlandaskan ayat 5 di surah Fatihah dan 3 ayat pertama di surah Kafirun, sedarlah bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah. Menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, tetapi ketahui atau sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau apatah lagi memperajakan. Fikir, siapakah yang Nabi Muhammad terima sebagai tuannya dan sebagai rajanya? Tidakkah Allah, hanya Allah? Dan sebenarnya, Muslim = yang "aslim" (kepada Allah), maka "aslim" (kepada Allah) adalah perlu untuk menjadi Muslim. Jangan silap: "Aslim" adalah menyerah (diri), sedangkan "tawakkal" adalah berserah. Dan "rob" (rabb) = tuan, sedangkan "ilah" = tuhan. Awas, jangan sesat atau terpesong atau silap gara-gara perkataan yang berasal dari bahasa Arab seperti abdi dan ibadat (ibadah). Sebenarnya, abdi = hamba. Dan beribadat (kepada) = mengabdikan diri atau mengabdi (kepada) = menyembah atau sembah. Suka atau tidak, kita adalah hamba Allah, tetapi sedarlah juga bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan. Kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Allah, hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita. Dan selain taat kepada Allah, kita wajib setia kepada Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Ingat atau ketahui bahawa mempertuankan selain Allah, apatah lagi memperajakan selain Allah adalah shirik (syirik). Dan masuk Islam atau menjadi Muslim sebenarnya bukanlah dengan mengucap "kalimah Syahadah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah, dan dengan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Sedarlah. 
       Apakah akibat kalau engkau salah mengenai bagaimana untuk masuk Islam, atau mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim? Dan apakah akibat kalau engkau silap mengenai erti sembah dan tuhan? Tidakkah engkau adalah, atau akan menjadi Mushrik atau Kafir yang bertopengkan Islam? Dan tidakkah membawa ke Neraka, atau menambah dosa, atau sia-sia adalah solaat dan amal ibadat (ibadah) lain yang engkau lakukan? Sebenarnya, tidakkah engkau sekarang adalah Munafiq atau Muslim palsu? Terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari. Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, lalu sedarlah bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, bukan solaat. Dan janganlah sembah "hyang", tetapi sembahlah Allah, hanya Allah. Sembahlah Allah, hanya Allah: Jangan selain Allah dipertuankan, usahkan diperajakan. Awas, niat yang baik tidak mengubah kejahatan menjadi kebaikan. Niat yang baik serta keyakinan tidak mengubah ajaran sesat menjadi ajaran yang betul. Dan ingat, kebenaran tidak patut ditolak walau apa pun. Janganlah sombong atau angkuh. Jangan tipu atau putar-belit. Dan Muslim bukanlah pendusta ataupun pembohong, usahkan pelampau. 
••••• 
Hakikat "Syahadah", Dan 
Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd 
••••• 
Sembah Dan "Ain-Ba-Dal" Dan 
"Ash-hadu" Dan Solaat Palsu 
- https://bit.ly/2ZF1ncw 
••••• 
Abdi Dan Ibadat Dan Sembah @ 
Jangan Terpesong Akibat Perkataan Arab 
- https://bit.ly/2JBmxnS 
••••• 
Jangan Terpedaya Dan Menambah Dosa 
Dengan Melakukan Solaat 
- https://bit.ly/3xPMNyT