Cinta: Apa itu cinta? Berzina atau bersetubuh bukan bermakna bercinta. Cinta adalah perasaan. Cinta adalah perasaan, sedangkan syahwat adalah keinginan. Dan menolak kebenaran bermakna mendustakan. Awas, jangan jatuh cinta kalau tidak mahu sakit di hati. Dan jujur: Jangan jatuh cinta kepada aku kalau engkau mementingkan marwah (maruah) berbanding kejujuran. Demi marwah atau gara-gara marwah, apakah kejahatan atau ketidak-wajaran yang telah dilakukan?
Perigi dan timba? Betul, takkanlah perigi mencari timba, tetapi fahami bahawa lelaki adalah perigi, iaitu tempat yang mengandungi air, sedangkan perempuan adalah timba, iaitu tempat dimasukkan air: Maka perempuan adalah yang patut mencari lelaki atau pergi kepada lelaki. Apapun, cinta sejati janganlah disamakan dengan cinta yang berlandaskan kebendaan. Cinta syahwat bukanlah cinta sejati. Dan lebih penting untuk disedari adalah bahawa Muslim bukanlah pelampau ataupun pendusta ataupun pembohong, juga bukan mata duitan. Suka atau tidak, duit palsu bukanlah duit. Munafiq atau Muslim palsu bukanlah Muslim. Dan sesungguhnya, mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah bagaimana untuk menjadi Muslim, tetapi bagaimana untuk menjadi Munafiq, Kafir, atau Muslim palsu. Sila selidik. Fahami beberapa fakta, termasuk mengenai erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan. Dan fikir, sesuaikah cinta sejati untuk jiwa yang kotor?
Sesuaikah perempuan yang jahat untuk lelaki yang baik? Dan sesuaikah lelaki yang jahat untuk perempuan yang baik? Awas, lembut lidah bukan bermakna baik hati, usahkan mulia. Dan jangan "main sangka", usahkan "main yakin". Adakah Nabi Muhammad mengucap "kalimah Syahadah" untuk masuk Islam? Jawapan: Tidak. Dan bolehkah engkau "bersaksi" atau "bear witness" bahawa emak dan bapa engkau bernikah? Jujurlah. Dan mengenai "syahadah Munafiq" di dalam al Quran, fahami Quran 63:1. Awas, terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari. "Rob" (rabb) adalah tuan, sedangkan "ilah" adalah tuhan. Dan erti tuhan adalah pemerintah yang tidak dikuasai, maka?
•••••
Ilmu Masuk Islam @
Menjadi Muslim Yang Sebenar
- https://bit.ly/3wlgvuy
•••••
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan
- https://bit.ly/352upWH
•••••
Erti Islam Dan Muslim
- https://bit.ly/34Sfrmd