Wednesday, June 9, 2021

Pilihanku Dalam Mencari Jodoh, Dan Mengenai Perigi Dan Timba Dan Menjadi Muslim Sebenar


Apakah akibat mementingkan marwah (maruah)? Di dalam bahasa English, marwah adalah "pride", bukan "dignity". Dan apakah padah atau akibat mementingkan kebendaan Duniawi? Terus-terang, aku tidak mahu "perempuan penyakit" walaupun si dia masih dara dan berharta serta nampak cantik. Lebih penting, ketahui bahawa yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah adalah yang menyembah selain Allah. Dan yang menyembah selain Allah adalah Mushrik, iaitu yang shirik (syirik) terhadap Allah. Menurut ayat 28, surah Taubah (Quran 9:28), Mushrik adalah najis. Mushrik adalah najis, tidak suci, usahkan mulia, walaupun dia sedang melakukan solaat (solaah). 
       Hmm, betapa ramai yang menambah atau membuat dosa dengan melakukan solaat. Dan pendek kata, orang Melayu, termasuk orang UMNO dan orang PAS, adalah mereka yang bohong kepada Allah semasa melafazkan atau mengucap ayat 5, surah Fatihah. Betapa banyak solaat dan puasa yang sebenarnya bukan amal ibadat, tetapi amal tanpa ibadat (ibadah). Dan selain mencanggah atau tidak menerima ajaran Allah mengenai najis, betapa ulama dan ustaz bukanlah mereka yang ada "ilmu masuk Islam", iaitu ilmu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim. Jangan membuta percaya atau main sangka. Dan janganlah selamba mengaku Muslim atau orang Islam kalau tidak tahu erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan. Bukalah minda secara jujur dan rasional. Fahami beberapa fakta. Dan fahami ajaran Allah yang ada di dalam al Quran. 
       Mengenai pengalaman dalam cinta, aku mungkin tidak akan dapat lupakan 2 percintaan. Yang pertama adalah dengan seorang perempuan kulit putih Amerika Syarikat (USA). Ketika itu aku sedang berada di sebuah negeri yang bernama Arizona. Siapa sangka? Dia sangat menarik hati, tetapi aku juga merasa takut atau gementar. Pendek kata, kami boleh dikatakan tidak sempat berkawan baik. Dan kalaulah dia berterus-terang dan jujur saja kepadaku, maka kami mungkin sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Apapun, aku bukanlah seorang yang pandai atau biasa memujuk-rayu. Aku tidak suka menyangka. Dan sangka bukanlah tahu. Berterus-terang dan jujur. Kalau tidak suka atau kalau tidak mahu, maka katakan saja. Kalau "main jual mahal", maka aku mungkin menjadi "terlalu mahal". Dan mengenai perigi dan timba: Perigi adalah tempat yang mengandungi air, sedangkan timba adalah tempat untuk dimasukkan air. Setuju? Sebenarnya, tidakkah lelaki adalah tempat yang mengandungi air, iaitu air mani? Dan tidakkah perempuan adalah tempat dimasukkan air mani? Maka? Yang patut dikatakan timba, iaitu tempat dimasukkan air, adalah perempuan, bukan lelaki. Dan betul, takkanlah perigi mencari atau pergi kepada timba: Dengan kata lain, timba adalah yang patut mencari atau pergi kepada perigi. 
       Kesimpulannya atau pendek kata, timba adalah perempuan dan perigi adalah lelaki: Maka, takkanlah perigi mencari timba sepatutnya bermaksud takkanlah lelaki mencari perempuan. Nampak? Ada otak, sila guna. Ada akal, sila fikir. Dan yang patut disukai bukanlah seks, tetapi kesucian. Ingat, kebenaran tidak patut ditolak, walau apa pun. Disiplinkanlah diri. Ketahui dan berpeganglah pada kebenaran dan ajaran Allah, bukan pada marwah. Dan awas, jangan untung jangka pendek, tetapi rugi jangka panjang. Cinta tidaklah lebih penting berbanding kejujuran. Dan marwah patut dikuasai atau dikawal atau diketepikan, bukan patut diikutkan, usahkan diambil sebagai imam. Tidakkah lelaki sepatutnya lebih berakal berbanding perempuan? Apapun, jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan. Dan ingat, kehidupan di Dunia hanyalah sementara. Suka atau tidak, kita akan mati. Benar, kita akan mati, tetapi janganlah mati kecuali (ketika berada) di dalam Islam: Dengan kata lain, janganlah mati kecuali sebagai Muslim. Tetapi sebenarnya, bagaimanakah untuk berada di dalam Islam, atau bagaimanakah untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim? Apakah kebenaran dan ajaran Allah yang perlu difahami? Jangan main sangka, usahkan main yakin, usahkan membuta percaya. Dan Allah menyuruh supaya "tadabbur". 
       Fikir, bagaimanakah Nabi Ibrahim ataupun Nabi Muhammad masuk Islam atau menjadi Muslim? Adakah Nabi Ibrahim atau Nabi Muhammad mengucap "kalimah Syahadah" untuk masuk Islam? Dan apakah sebenarnya erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan? Pendek kata, bohong besar dan sangat menyesatkan adalah ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan mengenai "syahadah Munafiq", sila fahami Quran 63:1, iaitu ayat 1 di surah Munafiqun. Hmm, kalaulah aku sudah berkahwin atau kerja "makan gaji", maka mungkinkah akan tertulis artikel ini dan itu dan itu? Allah tahu. Allah tahu yang terbaik. Dan ramai yang mengaku atau setuju bahawa mereka adalah hamba Allah, tetapi mereka tidaklah menerima Allah sebagai tuan mereka, sedangkan kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan. Kenapa? Tak faham bahasa? Sombong? Hati kotor? 
••••• 
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @ 
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar 
- https://bit.ly/2UkNtaN 
••••• 
Hakikat "Syahadah", Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat 
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd