Friday, June 19, 2015

Ilmu Yang Paling Penting

Ilmu apakah yang paling penting? Tauhid dan Usuluddin dan Tasauf? Bisnes dan Sains dan Teknologi? Suka atau tidak, ilmu apakah yang lebih penting berbanding ilmu masuk Islam, iaitu ilmu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim? Kehidupan di Dunia sangatlah sekejap berbanding kehidupan di Akhirat. Jadi apa, kalau tidak betul mengenai bagaimana untuk masuk Islam? Atau apakah padahnya, kalau sebenarnya tidak betul mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim? Dan apakah akibatnya, kalau mati sebagai seorang yang sebenarnya kafir atau Muslim palsu, atau kalau mati sebagai seorang yang sebenarnya menyembah selain Allah, ataupun kalau mati sebagai seorang yang sebenarnya tidak menyembah Allah? Bukanlah sembahyang tanpa menyembah. Dan erti Muslim adalah yang aslam. Allah tidaklah mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembahNya. Dan janganlah sekadar tahu bahawa menyembah adalah mengabdikan diri, tetapi tahulah juga bahawa abdi dan hamba adalah sama ertinya, dan bahawa yang mempertuankan selain Allah, apatah lagi yang memperajakan selain Allah, adalah yang menyembah selain Allah, maka adalah kafir, walaupun melakukan solat dan menyayangi Rasulullah. Ilmu dan kewajaran, bukan marwah dan kebendaan, adalah yang membawa ke Syurga. Dan Allah, pengarang al Quran, adalah satu-satunya pencipta Islam. Maka?