Monday, November 20, 2017

Ulama Dan PAS Dan Masuk Syurga

Apakah agama Abu Jahal, menurut Abu Jahal? Tidakkah Islam? Dan tidakkah Abu Jahal adalah imam besar? Apapun, siapa kata bahawa yang menyokong PAS akan masuk Syurga? Pastinya, bukan Allah, pencipta Islam, juga bukan rasulNya. Dan sedarlah, bahawa sia-sia atau bahkan membawa ke Neraka adalah solaat dan amal ibadat lain yang engkau lakukan, kalau Allah sebenarnya tidak engkau sembah, apatah lagi kalau selain Allah adalah yang engkau sebenarnya sembah.
       Mengenai PAS, iaitu Parti Islam SeMalaysia: Siapakah sebenarnya Hadi Awang dan ulama PAS? Jawapan: Kafir atau Muslim palsu. Tak percaya? Bukti atau penjelasan ada di www.filopu.blogspot.com, atau bacalah posting aku di Facebook. Sila fikirkan secara jujur dan rasional, atau bahkan dengan berani. Ringkas kata, janganlah tertipu ataupun silap mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam, lebih-lebih lagi mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim.
       Bagaimanakah Rasulullah atau para Anbiya masuk Islam? Apakah kaitan sembah dan Kafir? Dan apakah erti Muslim, iaitu yang "aslim"?  Fahamilah. Mengenai "syahadah Munafiq", fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Sesungguhnya, masuk Syurga dan ajaran Islam tidaklah bergantung kepada keredhoan dan kehendak Rasulullah, usahkan bergantung kepada keredhoan dan kehendak ulama. Awas, "salah cara" ataupun kesalahan si penyampai bukanlah alasan yang wajar untuk menolak kebenaran yang disampaikan. Dan sedarlah, betapa penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat hidayah Allah dan suatu tempat di SyurgaNya.