"Aku memandai-mandai"? Hmm, apakah lagi dalih atau alasan yang engkau ada? Sedarlah, kebenaran patut diterima: Kebenaran patut diterima, bukan patut ditolak, bukan patut dicanggah, walau apa pun. Dan yang menolak atau mencanggah kebenaran adalah pendusta, iaitu yang mendustakan.
Muslim bukanlah pelampau, juga bukan pendusta. Muslim mementingkan kebenaran dan kejujuran, tidak seperti Munafiq. Dan fahami kenapa Muslim bukanlah pengikut "ajaran sesat Syahadah". "Ajaran sesat Syahadah" adalah ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam, iaitu menjadi Muslim, adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Fikir, bagaimanakah Nabi Muhammad dan Rasulullah yang lain masuk Islam? Apakah sebenarnya erti Muslim dan "ash-hadu"? Dan fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun (Quran 109:1-3). Dan mengenai "syahadah Munafiq", fahami ayat 1 di surah Munafiqun (Quran 63:1).
Hmm, betapa merosakkan adalah Hadis. Bukalah minda. Bukalah minda dan fahami beberapa fakta. Kalau engkau tidak memikirkan, maka apakah akibat ataupun hasilnya? Kebenaran dan ajaran Allah: Ketahui dan terimalah, dan percaya dan sampaikanlah kepada yang lain. Dan fahamilah, kitab al Quran, sebagaimana kitab Injil dan Taurat, bukanlah sesuatu untuk dihafaz, tetapi sesuatu untuk ditadabbur: Kalau tidak ditadabbur, maka tidak mungkin dapat difahami sepenuhnya. Tidak faham bermakna tidak percaya. Dan untuk mendapat kefahaman yang betul, apatah lagi untuk mendapat hidayah Allah dan suatu tempat di SyurgaNya, sangat penting adalah kejujuran.
Awas, bohong atau putar-belit dalam atau melalui terjemahan ayat al Quran, ataupun dalam atau melalui definisi (pengertian) sesuatu perkataan. Pendek kata, terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya. Hmm, macam-macam ada-adaan dan sangkaan. Dan tidakkah Melayu Munafiq lebih menyesatkan atau lebih putar-belit berbanding Arab Munafiq?
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah
@ Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
Munafiq (Munafik) Dan Guru, Dan Bohong 2 Kali
- http://bit.ly/2FuCHtU
•••••
9 Betul Ataukah 9 Bohong?
- http://bit.ly/2MiOpO2
•••••
Kalau Nak Sesat, Dan Kalau Tak Nak Sesat
- http://bit.ly/2z1xZA2