Monday, November 25, 2013

Tuhan Dan Allah, Dan Sebenar Orang Islam

Lain cakap, lain percaya? “La-ilaha-illallah” adalah kalimah yang mengandungi hanya 4 perkataan. Lawan kepada istilah “la” adalah “naam,” bukan “wujud”. “La” adalah “tidak” ataupun “bukan” ataupun “jangan,” bukan “tiada”. Maka, “la-ilaha-illallah” sepatutnya diterjemahkan kepada “bukan tuhan melainkan Allah,” ataupun kepada “tidak tuhan melainkan Allah,” bukan kepada “tiada tuhan melainkan Allah,” usahkan kepada “tiada tuhan yang disembah melainkan Allah”. “La-ilaha-illallah” adalah benar, bukan bohong, bukan cakap besar, bukan cakap kosong. Erti tuhan bukanlah sembahan, tetapi pemerintah yang tidak dikuasai. Dan Allah, hanya Allah, adalah tuhan, sebenar tuhan, yakni pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapapun. “Tuhan”, begitu juga “God”, bukanlah terjemahan untuk “Allah”. Dan “ilah”, iaitu “tuhan”, iaitu “god”, tidaklah sama ertinya dengan “Allah”. Yang menyamakan “rob” dengan tuhan bukanlah yang percayakan al Quran, tetapi terjemahan ataupun pengertian yang salah. Dan terjemahan yang salah, begitu juga pengertian ataupun takrif yang salah, janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai. “Rob” sebenarnya bukanlah tuhan, tetapi adalah tuan; dan takkanlah Allah tidak berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya, sedangkan Dia adalah yang berkuasa berbanding semua. Solat bukanlah sembahyang. Bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah, yakni kalau tidak menghambakan diri. Dan fahamkanlah, bahawa yang sekadar mempertuhankan Allah adalah yang sombong ataupun angkuh, juga biadab ataupun bodoh, serta kafir ataupun sesat, bukan ataupun berbanding yang mempertuankan serta memperajakan Allah, hanya Allah. Janganlah tidak tahu apa yang sebenarnya diucapkan. Janganlah tak reti bahasa, juga janganlah tidak munasabah. Dan janganlah membohong ataupun mengada-adakan ataupun menyangka-nyangka.
    Siapakah tuanmu, rajamu, tuhanmu; dan siapakah tuan kita, raja kita, tuhan kita: apakah jawapan Nabi Muhammad, tetapi apakah jawapan Abu Jahal, iaitu seorang yang juga melakukan solat serta mengaku beragamakan Islam? Dan kalau selain Allah adalah yang engkau perajakan ataupun pertuankan, ataupun kalau engkau sekadar mempertuhankan Allah, maka siapakah yang suka ataupun redho: adakah Allah, atau adakah syaitan? Sembahlah Allah, hanya Allah, yakni pertuankan serta perajakanlah Allah, hanya Allah. Janganlah Allah sekadar dipertuhankan. Dan ingatlah, bahawa kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah erti ataupun maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah, Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Sesungguhnya, yang betul orang Islam, lebih-lebih lagi rasulullah, adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, serta menyerah diri kepada Allah, bukan yang memperajakan selain Allah, bukan yang mempertuankan selain Allah, serta bukanlah yang derhaka ataupun angkuh terhadap Allah, di samping bukanlah yang mempertuhankan selain Allah. Allah adalah satu-satunya pencipta Islam, serta adalah satu-satunya pengarang al Quran. Dan sedarlah sepenuhnya bahawa Islam tidaklah indah, usahkan sempurna berbanding agama ataupun sistem politik lain, kalau ia tidaklah bercanggah dengan perhambaan, dan dengan pemaksaan dalam agama, dan dengan perkauman, terutamanya, dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya. Janganlah tidak jujur. Janganlah zalim pada pandangan Allah. Dan janganlah shirik ataupun biadap terhadap Allah.
    Menyembah bermakna mempertuankan, bukan bermakna mempertuhankan. Memperajakan adalah mempertuankan, maka adalah menyembah, sedangkan raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Dan ulama bukanlah yang patut dikatakan pewaris Nabi. Yang layak dikatakan pewaris Nabi bukanlah ulama, tetapi yang mendapat hidayah; namun sedarlah, bahawa yang menyembah selain Allah, yakni yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah, bukanlah yang mendapat hidayah, tetapi adalah yang sesat, sangat sesat, serta biadab, sangat biadab. Dan yang menyamakan “rob” dengan tuhan bukanlah yang percayakan al Quran, tetapi terjemahan ataupun pengertian yang salah. Ketahui serta berpeganglah kepada ajaran Allah, terutamanya mengenai ulama dan hadis dan sunnah dan tadabbur dan akal dan kejayaan. Kaji-selidiklah al Quran, ataupun fahamkanlah ajaran Allah yang terkandung dalam al Quran. Menjadi binatang ternakan, begitu juga tidak menggunakan akal, bukanlah ajaran Islam yang sebenar. Dan percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah kerja bodoh, serta boleh amat menyesatkan dan membawa ke Neraka. Sebenar ajaran Nabi Muhammad, termasuklah mengenai hadis dan sunnah dan ulama, adalah sepertimana yang dinyatakan dalam al Quran, kalamullah. Semakin engkau tidak tahu ajaran yang terkandung dalam al Quran, maka semakin mudahlah engkau untuk dipesong-sesatkan serta menjadi hina tak sedar diri. Dan dalam menilai sesuatu ajaran ataupun kepercayaan ataupun dakwaan, fikirkanlah juga siapa yang suka ataupun redho: adakah Allah, atau adakah syaitan? Jujurlah. Munasabahlah. Dan wajarlah.