Saturday, May 30, 2020

Najis Dan Munafiq Dan 4 Benda Yang Haram Dimakan

Beriman = percaya atau mempercayai. Soalnya, siapakah yang beriman? Adakah yang "sebut lain", tetapi "percaya lain" adalah yang beriman, betul beriman? Tidak. Yang sebut lain, tetapi percaya lain adalah Munafiq atau pembohong atau yang tidak beriman. Pendek kata, yang mencanggah ajaran al Quran bukanlah yang beriman kepada al Quran. Tidak semua mampu faham, betul faham. Dan tidak semua layak untuk mendapat hidayah dari Allah.
•••••
Kepada yang mengaku beriman kepada al Quran, adakah engkau percaya bahawa bukan anjing, tetapi Mushrik adalah najis (ayat 28, surah Taubah @ Quran 9:28)? Dan ketahuilah bahawa ejaan najis di dalam bahasa Arab adalah "nun-jim-sin". Yang haram dimakan atau diminum bukanlah bermakna ia najis. Babi dan daging babi tidaklah sama saja. Dan sedarlah bahawa ayat 145, surah an-Am (Quran 6:145) tidaklah mengatakan bahawa anjing adalah najis. Janganlah melampau atau melebih-lebih atau mengada-adakan. Dan pengarang "Hadis Nabi" bukanlah Nabi Muhammad, maka "Hadis Nabi" sebenarnya bukanlah kata-kata Nabi Muhammad. Jujurlah. Luruslah. Dan awas, takrif yang salah mengenai hadis dan sunnah dan syahadah adalah membawa ke Neraka atau menyesatkan.
•••••
Berlandaskan ayat 145, surah An-am (Quran 6:145), 4 perkara yang haram dimakan adalah bangkai dan darah yang mengalir dan daging babi, serta binatang yang disembelih dengan nama selain Allah atau atas nama selain Allah, tetapi sebenarnya, tidaklah disebut bahawa anjing adalah najis ataupun kotor. Hmm, apakah perbezaan antara "nun-jim-sin" (najis) dan "ra-jim-sin", atau apakah perbezaan antara "nun-jim-sin" (najis) dan "jim-sin"? Sila ambil tahu, atau katakanlah yang benar kalau engkau tahu. Awas, terjemahan yang betul untuk "rob" atau "rabb" (ra-ba), bukanlah tuhan, tetapi tuan, iaitu "lord" di dalam bahasa English. Sebenarnya, tuhan = ilah (alif-laam-ha) di dalam bahasa Arab, dan "god" di dalam bahasa English. Dan raja = malik (mim-laam-kaf) di dalam bahasa Arab, dan "king" di dalam bahasa English. Terimalah hakikat. Jangan putar-belit. Janganlah mendustakan. Dan ingat, terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah adalah menyesatkan atau memesongkan.
       Percaya atau terimalah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Sedarlah bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, tidak menghambakan diri kepada selain Allah, maka tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Dan sebenarnya, Muslim = yang "aslim" (menyerah, yakni menyerah diri) kepada Allah, maka seseorang perlulah menyerah diri kepada Allah kalau ingin masuk Islam atau menjadi Muslim. Sedarlah, yang tidak menyerah diri kepada Allah bukanlah Muslim. Yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah adalah Mushrik. Dan Mushrik adalah najis (ayat 28, surah Taubah @ Quran 9:28). Sedarlah, kalau engkau sebenarnya bukan Muslim, maka engkau bukanlah Mukmin, usahkan Muttaqin. Dan kepada yang mengaku beriman kepada al Quran, adakah engkau mempercayai ajaran al Quran mengenai akal dan fikir dan "tadabbur"? Bagaimana pula dengan ajaran al Quran mengenai hadis dan sunnah dan syafaat? Dan bagaimana pula dengan ajaran al Quran mengenai "syahadah Munafiq" dan "aslim" dan sembah? Sedarlah. Hmm, yang ramai sebenarnya bukanlah pengikut Nabi Muhammad, tetapi pengikut "ajaran sesat Syahadah". Dan Allah tahu semua bohong dan ada-adaan Munafiq yang mengaku pengikut Nabi Muhammad dan mengaku beriman kepada al Quran.
•••••
Pendek kata, ketahui dan berpeganglah pada ajaran Allah, Dia, pencipta agama Islam, Dia, pengarang al Quran, Dia, "rob-binnas" (tuan manusia), "malikin-nas" (raja manusia), "ila-hinnas" (tuhan manusia). Mengenai "syahadah Munafiq" di dalam al Quran, fahami ayat 1, surah Munafiqun (Quran 63:1). Awas, terjemahan yang salah dan ada-adaan adalah menyesatkan atau memesongkan, begitu juga dengan pengertian dan kesimpulan yang salah. Sedarlah, "Hadis Nabi" dan fatwa dan apa pun yang bercanggah dengan ajaran Allah ataupun kebenaran patut ditolak, bukan patut diterima, bukan patut dipercaya. Dan Muslim mementingkan ajaran Allah dan kebenaran, dan keadilan serta kejujuran, tidak seperti Munafiq.
•••••
UMNO Dan PAS: Betulkah Demi Agama Dan Bangsa,
Bukan Perosak @ Siapakah Muslim Sebenar?
- https://bit.ly/36bwYFw
•••••
Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik
Dan Tauhid Dan Perhambaan
- https://bit.ly/2VAi5ZB
•••••
Hakikat 2 Kalimah Syahadah
- https://bit.ly/3fpr2wL
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN

Wednesday, May 20, 2020

Penyakit Atau Kekurangan Orang Melayu @ Kebenaran Dan Akal Dan Sikap

Akal mereka setakat mana? Bagaimana pula dengan adab atau nilai murni? Dan setakat manakah orang Melayu memahami ajaran Allah, atau mahu ambil tahu mengenai ajaran Allah yang ada di dalam al Quran? Pendek kata, kalau orang Melayu cukup mementingkan kebenaran dan logik serta bukti, maka UMNO dan PAS tidak boleh menang atau susah untuk menang dalam pilihanraya. Kalau orang Melayu cukup mementingkan kebenaran dan logik serta bukti, maka tidaklah mereka mudah kena tipu atau terpedaya, usahkan menjadi pelampau atau kaki fitnah atau pembohong. Dan kalau orang Melayu faham ajaran Allah, maka tidaklah mereka mudah untuk dipesongkan oleh pengikut "Sunnah dan Hadis Nabi".
       Fikir, siapakah ia? Dulu, ia adalah anjing atau barua British; selepas itu, ia adalah anjing atau barua MCA: Tidakkah ia adalah UMNO? Apapun, tidakkah UMNO, juga PAS, adalah rasis Melayu bertopengkan Islam? Awas, jangan tertipu atau silap mengenai erti "racism" atau perkauman, usahkan tertipu atau silap mengenai bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Apa itu "rasis", iaitu "racist" di dalam bahasa English? Selain perlumbaan atau berlumba, "race" = kaum atau bangsa. Pendek kata, rasis = orang perkauman, dan orang perkauman adalah orang yang "mengistimewakan" bangsanya berbanding bangsa lain, atau orang yang menghina atau memandang rendah bangsa lain. Apapun, sedarlah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim bukanlah dengan mengucap 2 "kalimah Syahadah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah, dan dengan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Mentauhidkan Allah, iaitu bersetia kepada Allah, bukanlah dengan mengucap kalimah "laa-ilaha-illallah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah. Dan janganlah salah mengenai erti sembah dan Muslim dan Islam dan shirik (syirik) dan tauhid. Fahamilah bahawa Muslim adalah orang Islam, bukan orang Perkauman. Fahamilah bahawa menyembah ialah menghambakan diri, dan bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Dan sedarlah bahawa yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah adalah yang shirik atau curang terhadap Allah, serta adalah najis, tidak suci, usahkan mulia.
       Fikirlah. Selidiklah. Dan terimalah hakikat, iaitu kebenaran atau fakta. Tidakkah yang menolak kebenaran atau logik atau bukti adalah yang mementingkan marwah atau kebendaan atau kedua-duanya? Tidakkah yang menolak kebenaran atau logik atau bukti adalah yang sesat tak boleh dibimbing atau yang bodoh tak boleh diajar? Atau tidakkah yang menolak kebenaran atau logik atau bukti adalah Munafiq atau Muslim palsu atau yang bangang? Bukalah minda. Bukalah minda. Dan fikirkanlah secara jujur dan rasional. Janganlah seperti binatang ternakan, usahkan lebih sesat atau lebih bodoh. Dan janganlah mendustakan, usahkan zalim. Ingat, kebenaran dan ajaran Allah adalah yang sentiasa patut diterima, tidak patut ditolak. Perbaikilah diri. Dan kehidupan di Dunia hanyalah sementara. Menyesal di Akhirat tidaklah berguna. Ingat, kita adalah hamba Allah. Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Dan kepada Allah kita dikembalikan.
•••••
UMNO Dan PAS: Betulkah Demi Agama Dan Bangsa,
Bukan Perosak @ Siapakah Muslim Sebenar?
- https://bit.ly/36bwYFw
•••••
Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik
Dan Tauhid Dan Perhambaan
- https://bit.ly/2VAi5ZB
•••••
Hakikat 2 Kalimah Syahadah
- https://bit.ly/3fpr2wL
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Perbezaan Pendapat Dan Yang Sesat
- https://bit.ly/2KzIeS7

Monday, May 18, 2020

UMNO Dan PAS: Betulkah Demi Agama Dan Bangsa, Bukan Perosak @ Siapakah Muslim Sebenar?

Adakah orang UMNO dan orang PAS menyembah Allah, hanya Allah, serta "aslim" atau menyerah diri kepada Allah? Bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohamad dan orang "Tabligh"? Kalau jawapannya adalah "tidak", maka mereka bukanlah Muslim, usahkan Mukmin, usahkan Muttaqin. Dan kalau mereka sebenarnya bukan Muslim, maka adakah mereka sebenarnya memperjuangkan ataupun membela agama Islam? Munasabahlah.
       Sedarlah bahawa 2 ciri utama Muslim atau orang Islam adalah menyembah Allah, hanya Allah, dan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Mengenai menyembah Allah, hanya Allah, fahami ayat 5 di surah Fatihah, dan 3 ayat pertama di surah Kafirun. Di dalam bahasa Arab, "sembah", juga "hamba", adalah perkataan yang ejaannya adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal". Maka? Benar, sembah ada kaitannya dengan hamba. Dan menyembah = menghambakan diri. Abdi adalah sama ertinya dengan hamba, maka mengabdikan diri = menghambakan diri. Dan sebenarnya, beribadat = mengabdikan diri = menyembah = menghambakan diri. Mengenai "aslim", ketahuilah bahawa Muslim = yang "aslim" (kepada Allah), maka yang tidak "aslim" (kepada Allah) bukanlah Muslim. Dan "aslim" ialah menyerah, sedangkan "tawakkal" ialah berserah. Mengenai erti sembah, sila perhalusi hakikat bahawa menyembah = menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan bahawa raja adalah tuan, semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Maka?
       Sedarlah, menyembah = menghambakan diri = mempertuankan. Dan mempertuankan selain Allah, apatah lagi memperajakan selain Allah, adalah menyembah selain Allah. Suka atau tidak, Allah berhak sebagai tuan dan sebagai raja ke atas semua ciptaanNya, termasuk manusia. Dan berlandaskan surah an-Nas, Allah adalah "rob-binnas" (tuan manusia), "malikin-nas" (raja manusia), "ila-hinnas" (tuhan manusia). Jangan kena tipu: Perkataan Arab yang sama ertinya dengan tuhan bukanlah "rob" (rabb), tetapi "ilah" atau "ilahi". Dan "malik" = raja. Percaya atau terimalah bahawa Allah, pencipta kita, adalah tuan kita. Percaya atau terimalah bahawa Allah adalah raja kita. Dan mengenai "syahadah Munafiq" di dalam al Quran, sila fahami ayat 1 di surah Munafiqun. Bohong dan sangatlah menyesatkan adalah ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan pengarang "Hadis Nabi" bukanlah Nabi Muhammad, maka "Hadis Nabi" tidaklah patut disamakan dengan kata-kata Nabi Muhammad. Melakukan solaat bukanlah bermakna menyembah Allah. Benar, menyembah ialah menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Dan benar, Muslim mempertuankan Allah, hanya Allah, dan memperajakan Allah, hanya Allah, tidak seperti Mushrik.
       Mushrik = yang shirik terhadap Allah. Menyembah selain Allah adalah shirik. Dan yang menyembah selain Allah adalah Mushrik, iaitu yang shirik terhadap Allah. Bukalah minda. Selidiklah. Perhalusi atau fahami fakta. Dan awas, menyangka bukanlah mengetahui. Fikirlah secara jujur dan rasional. Luruslah. Dan kalau engkau fikir atau rasa bahawa aku salah, maka sila buktikan. Boleh? Fahamilah, buruk sangka dan membohong adalah tanda busuk hati. Putar-belit dan berdolak-dalih membawa kepada kesesatan. Dan tidak semua layak untuk mendapat hidayah Allah, usahkan SyurgaNya. Dulu, yang ramai bukanlah pengikut Nabi Muhammad, tetapi pengikut "Abu Jahal". Sekarang, yang ramai bukanlah pengikut Nabi Muhammad, tetapi pengikut "ajaran sesat Syahadah". Soalnya, siapa nak faham? Siapa nak sedar? Atau siapa boleh diajar? Ada otak, sila guna. Ada akal, sila fikir. Dan janganlah seperti binatang ternakan, usahkan lebih bodoh. Allah tidak memerlukan. Dan Neraka sedia menanti. Pendek kata, kalau engkau ingin masuk Syurga, atau mati di dalam Islam, atau kalau engkau ingin menjadi Muslim, sebenar Muslim, maka sebut serta amalkan, "oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Berat? Susah? Buatlah yang patut. Jangan rugi jangka panjang. Ingat, menyesal di Akhirat tidaklah berguna. Dan fahamilah bahawa sangat penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat hidayah Allah dan suatu tempat di SyurgaNya. Disiplinkanlah diri. Syahwat, juga marwah (maruah), bukanlah yang patut diikut. Dan mati, ingatlah mati.
       Janganlah mati, kecuali di dalam Islam, dengan kata lain, janganlah mati kecuali sebagai Muslim, sebenar Muslim. Ketahuilah bahawa agama Islam adalah untuk penyembahan Allah, dan untuk penyerahan diri kepada Allah. Dan agama Islam adalah untuk kemerdekaan manusia, bukan untuk perhambaan manusia. Tetapi apakah sikap dan kepercayaan mereka yang mengaku beragamakan Islam? Dan bagaimanakah sikap dan kepercayaan mereka yang mengaku pejuang atau pembela Islam? Adakah sejajar dengan Islam, atau adakah sebenarnya bercanggahan? Sedarlah. Soalan penting, adakah orang UMNO dan orang PAS mengajak supaya menyembah Allah, hanya Allah, iaitu mengajak supaya menghambakan diri kepada Allah, hanya Allah, iaitu mengajak supaya mempertuankan Allah, hanya Allah, dan memperajakan Allah, hanya Allah? Kalau tidak, maka? Dan adakah orang UMNO dan orang PAS mengajak supaya menyerah diri kepada Allah, tidak sombong, usahkan derhaka terhadap Allah, usahkan shirik atau curang terhadap Allah? Kalau tidak, maka? Bagaimana pula dengan orang "Tabligh" dan Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohamad dan imam-imam dan ustaz-ustaz? Hmm, sesat atau bahkan menyesatkan. Dan merosakkan. Dan macam-macam bohong dan putar-belit dan buruk sangka, terutama oleh orang UMNO. Bukalah minda. Fahami beberapa fakta. Dan awas, terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah, janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai.
       Ingat, kebenaran dan ajaran Allah patut diterima, tidak patut ditolak. Jangan berdolak-dalih. Dan al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran, tidak seperti "Hadis Nabi". Allah adalah pencipta agama Islam dan pengarang kitab al Quran. Dan Allah adalah penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Maka? Ingat, menyembah selain Allah adalah shirik. Shirik atau curang terhadap Allah adalah kesalahan yang paling berdosa dan paling merosakkan. Dan sedarlah, menambah dosa atau sia-sia adalah solaat dan amal ibadat lain kalau selain Allah adalah yang sebenarnya disembah.
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Hakikat 2 Kalimah Syahadah
- https://bit.ly/3fpr2wL
•••••
Bohong Atau Propaganda MCA Dan UMNO
- https://bit.ly/32iPIke
•••••
Perbezaan Pendapat Dan Yang Sesat
- https://bit.ly/2KzIeS7
•••••
Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik
Dan Tauhid Dan Perhambaan
- https://bit.ly/2VAi5ZB

Thursday, May 7, 2020

Hakikat 2 Kalimah Syahadah

Terjemahan yang salah dan "ada-adaan" adalah menyesatkan atau memesongkan. Apapun, di dalam 2 "kalimah Syahadah", bahagian mana adalah sama ertinya dengan "yang patut disembah"? Jawapan: Tidak ada, sebenarnya, tidak ada. Maka? Ketahuilah, "sembah" di dalam bahasa Arab adalah "ain-ba-dal" atau perkataan yang mengandungi "ain-ba-dal". Adakah "ain-ba-dal" di dalam 2 "kalimah Syahadah"? Jawapan: Tidak ada. Maka? Ketahuilah, "ash-hadu" = "aku menyaksikan", bukan "aku bersaksi", bukan "aku naik saksi", bukan "aku memperakui". Di dalam bahasa English, "ash-hadu" = "I bear witness", bukan "I testify", bukan "I declare". Dan "laa" (laam-alif) bukanlah "tiada", tetapi "tidak" atau "bukan" atau "jangan".
       Fikir, apakah "aku menyaksikan" di dalam bahasa Arab? Dan apakah "tidak" atau "bukan" atau "jangan" di dalam bahasa Arab? Sila ambil tahu. Dan jangan tertipu, usahkan menipu. Terjemahan yang betul untuk 2 "kalimah Syahadah" adalah "aku menyaksikan bahawa bukan tuhan kecuali Allah, dan aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah". Rasul adalah "messenger" di dalam bahasa English. Rasulullah adalah seseorang yang dilantik oleh Allah untuk menyampaikan mesej atau kata-kata Allah. Dan malaikat Jibril juga adalah seorang Rasulullah. Sebenarnya, adakah engkau menyaksikan bahawa "laa-ilaha-illallah" ataupun bahawa "Muhammadar rasulullah"? Jawapan: Tidak, sebenarnya, tidak. Maka? Kalau engkau sebenarnya tidak menyaksikan bahawa "laa-ilaha-illallah" ataupun bahawa "Muhammadar rasulullah", maka dengan mengucap 2 "kalimah Syahadah" engkau bohong 2 kali. Faham? Mengenai "syahadah Munafiq" di dalam al Quran, fahami ayat 1 di surah Munafiqun. Ingat, "ash-hadu" sama ertinya dengan "aku menyaksikan". Dan Nabi Muhammad adalah manusia biasa, tetapi dia adalah Rasulullah. Mengenai Nabi Muhammad adalah "manusia biasa" menurut al Quran, sila fahami Quran 18:110 (ayat 110, surah Kahfi) dan Quran 41:6 (ayat 6, surah Fussilat). Fikir, bagaimanakah Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad masuk Islam atau menjadi Muslim? Dan apakah erti "Muslim"?
       Apakah "sembah" dan "hamba" dan "tuhan" dan "raja" di dalam bahasa Arab? Dan apakah erti "sembah"? Berhati-hatilah. Terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya. Dan sedarlah, mengucap 2 "kalimah Syahadah" bukanlah bagaimana untuk menjadi Muslim, tetapi bagaimana untuk menjadi Munafiq atau Muslim palsu. Sila faham, mengucap 2 "kalimah Syahadah" tidak menjadikan engkau seorang yang menyembah Allah. Dan mengucap 2 "kalimah Syahadah" tidaklah menjadikan engkau seorang yang "aslim" kepada Allah. Tetapi Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, dan "aslim" kepada Allah. Buktinya? Fahami ayat 5 di surah Fatihah, dan 3 ayat pertama di surah Kafirun. Dan fakta, Muslim = yang "aslim". Hmm, betapa yang menyesatkan adalah ulama dan ustaz.
•••••
Munafiq (Munafik) Dan Guru, Dan Bohong 2 Kali
- http://bit.ly/2FuCHtU
•••••
Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik
Dan Tauhid Dan Perhambaan
- https://bit.ly/2VAi5ZB
•••••
Perbezaan Pendapat Dan Yang Sesat
- https://bit.ly/2KzIeS7
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv

Sunday, May 3, 2020

Akal Kat Mana, Dan Bagaimana Dengan Sikap?

Ramaikah Quranis atau bukan Quranis yang percaya bahawa sembahyang = solaat, atau bahawa melakukan solaat bermakna menyembah Allah?
•••••
Berapa kali aku nak cakap? Dalam bahasa apa aku patut tulis? Ada mata, tapi tak nampak? Hmm, bodoh tak boleh diajar, dan sesat tak boleh dibimbing? Apapun, solaat tidak patut disamakan dengan sembahyang. Dan melakukan solaat bukanlah bermakna menyembah Allah. Kebenaran dan ajaran Allah adalah yang sentiasa patut diikut atau dijadikan pegangan. Dan fahamilah, Quranis = pengikut al Quran, tetapi yang mempercayai terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah bukanlah yang betul ikut. Jangan tertipu. Ada akal, sila fikir. Dan jujurlah.
•••••
Tidak semua layak untuk mendapat hidayah dari Allah. Dan sangat penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat hidayah dari Allah dan suatu tempat di SyurgaNya.
•••••
Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik
Dan Tauhid Dan Perhambaan
- https://bit.ly/2VAi5ZB
•••••
Perbezaan Pendapat Dan Yang Sesat
- https://bit.ly/2KzIeS7
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN

Saturday, May 2, 2020

Kewangan Negara Malaysia @ Antara Zafrul Abdul Aziz Dan Lim Guan Eng

Buktikan, atau perjelaskan. Kenapa kata atau membuat kesimpulan bahawa kewangan negara Malaysia adalah kukuh? Atau kenapa kata atau membuat kesimpulan bahawa kewangan negara Malaysia adalah tidak kukuh atau kurang kukuh?
•••••
Macam mana kira? Bagaimana cara kira? Apakah yang diambil-kira, tetapi apakah yang tidak diambil-kira? Apakah yang diambil-kira, dan apakah yang tidak diambil-kira oleh Zafrul? Apakah yang diambil-kira, dan apakah yang tidak diambil-kira oleh Lim Guan Eng? Sila berterus-terang, kalau berani. Hmm, apakah pandangan pakar kewangan atau akauntan yang bertaraf Dunia atau bertaraf antarabangsa mengenai cara untuk menentukan samaada kukuh atau tidak kedudukan kewangan negara? Pokok pangkalnya, apakah yang sepatutnya diambil-kira, dan apakah yang sepatutnya tidak diambil-kira?
•••••
Jom Tubuhkan Atau Sokong "Wajar Bersatu"
- https://goo.gl/uB3TwV
•••••
Sayangi Malaysia: Reformasi Pencen @ Gaji Buta
- https://goo.gl/YbvKnA
•••••
Parti Paling Jujur Dan Paling Adil @ Nak Undi Siapa?
- https://bit.ly/2Ten9l3
•••••
Bohong Atau Propaganda MCA Dan UMNO
- https://bit.ly/32iPIke
•••••
Selamatkan Malaysia, Dan Kenali Muslim
- https://bit.ly/2H2Y85G

Talk About Love, And Basics Of Muslim

Love is a feeling: The weaker it is, the easier for it to disappear. Love is feeling, but lust is desire: When the two are mixed, most people will get mixed up?
•••••
Anyway, true love is the strongest and the deepest of loves. True love is not for everyone. A pure soul and a good heart is where true love is most suitable to be. But beware, dishonesty could easily make any love relationship become impossible to end with marriage. And dishonesty impedes truth and guidance. Hmm, what do we really know about love? Nothing is beyond the control of Allah, the best to judge, the most wise, the most powerful. And like it or not, we are creations of Allah to whom we are returned.
•••••
Fake money is not money. And fake Muslim is not Muslim. And fake Christian is not Christian. Regarding worshiping Allah in the Quran, understand verse 5 of surah Fatihah, and the first 3 verses of surah Kafirun. And fact is, Muslim = one who "aslim". A Muslim is someone who believes or accepts that Allah is his/her creator, his/her lord, his/her king, his/her god. A Muslim is someone who worships Allah, only Allah, not accepting other than Allah as his/her lord, let alone as his/her king. And a Muslim is someone who "aslim" or surrenders to Allah, not rebellious against Allah, nor arrogant towards Allah. So, are you really a Muslim? Or are there really many Muslims?
       Nevertheless, don't be deceived or mistaken about the meaning of worship and Islam. And don't be deceived or mistaken about how to enter Islam or become a Muslim. Think, how did Nabi Ibrahim and Nabi Muhammad enter Islam or become Muslims? Frankly, saying "the Syahadah (Syahada)" is how to become a Munafiq or a fake Muslim. Worshiping Allah, only Allah is "tauhid". Worshiping Allah, only Allah is being loyal to Allah. And worshiping anyone other than Allah is "shirk", or being disloyal against Allah.
•••••
Beware of misdefinition and mistranslation and misconclusion. Please correct me, if I am wrong. And please prove me wrong, if you really can. Beware of accusation. Don't be deceived. Don't be misled. If it is true, then accept it. And assuming is not knowing.
•••••
Do You Really Follow Or Believe In Jesus Christ?
- https://bit.ly/3c3WUFq
•••••
Muhammadist And Christian And
The True Meaning of Islam
- https://goo.gl/9LWTJ4
•••••
Stop Lying About Allah Or God Or The Bible
- https://bit.ly/35sdgDi