Sunday, June 23, 2019

Munafiq (Munafik) Dan Guru, Dan Bohong 2 Kali

Melayu Munafiq lebih putar-belit atau lebih teruk berbanding Arab Munafiq? Apapun, patutkah mempelajari Islam ataupun al Quran dari seseorang yang tidak betul mengenai erti Islam dan sembah? Dan patutkah mempelajari Islam ataupun al Quran dari seseorang yang tidak betul mengenai masuk Islam? Kalau tidak patut, maka siapakah yang tinggal, atau siapakah yang patut diambil sebagai guru?
•••••
Dalam mempelajari Islam ataupun al Quran, janganlah bergurukan seseorang yang menyamakan "rob" (rabb) dengan tuhan, atau solaat dengan sembahyang. Terjemahan atau pengertian yang salah janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai. Dan mengenai syahadah, fahamilah bahawa "ash-hadu" bukanlah "aku bersaksi", tetapi "aku menyaksikan". "Ash-hadu" ialah "aku menyaksikan", bukan "aku memperakui". Dan sebenarnya, engkau tidaklah menyaksikan bahawa "laa-ilaha-illallah" dan bahawa "Muhammadar rasulullah", maka dengan mengucap 2 "kalimah Syahadah" engkau bohong 2 kali. Faham? Janganlah putar-belit mengenai "bersaksi" ataupun "ash-hadu". Dan janganlah bohong atau putar-belit mengenai "hamba" dan "sembah" dan apa pun perkataan.
       Sebenarnya, apakah "aku menyaksikan" di dalam bahasa Arab? Apakah "hamba" di dalam bahasa Arab? Dan apakah "sembah" dan "raja" di dalam bahasa Arab dan English? Sedarlah. Mengenai "syahadah Munafiq", sila fahami ayat 1, surah Munafiqun. Sesungguhnya, mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah untuk menjadi Muslim, tetapi untuk menjadi Munafiq, Kafir. Dan mengenai hakikat bahawa bukan anjing dan babi, tetapi Mushrik adalah najis, sila fahami ayat 28, surah Taubah. Tadabburlah. Ada otak, sila guna. Ada akal, sila fikir. Dan lurus atau jujurlah. Fikir, apakah hukum atau akibat menolak kebenaran? Harus? Bijak? Untung? Ingat, kebenaran patut diterima walau siapapun yang menyampaikannya. Jangan berdolak-dalih. Dan berpeganglah pada ajaran Allah mengenai akal dan fikir dan ulama dan najis dan apa-apa lagi.
•••••
Perlu berguru? Belajarlah dari seseorang yang mengkaji. Yang mengkaji adalah yang tahu atau lebih tahu berbanding yang "mengaji" (berguru). Dan janganlah tersalah kitab ataupun guru, usahkan takut untuk memikirkan. Menyangka adalah kerja bodoh berbanding mengkaji. Menghafaz adalah kerja bodoh berbanding mentadabbur. Dan terjemahan atau pengertian yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya. Bukalah minda. Dan fahami fakta.
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah
@ Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim
https://goo.gl/BakH6w
•••••
Tersalah Guru, Dan Mengenai Berakal
https://goo.gl/nEYowK
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w