Monday, March 21, 2016

Sesat-Salah Melayu Dan Arab @ Bukan Salah Yahudi Dan Kristian

Menyalahkan Yahudi dan Kristian, juga Shiah: Itu dasar Munafik? Bagaimana dengan Sunni ataupun ulama Sunnah wal Jamaah? Apapun, siapakah yang menterjemahkan “rob” kepada tuhan, dan solat kepada sembahyang? Siapakah yang mengatakan bahawa abdi dan hamba tidaklah sama? Dan siapakah yang mengajar bahawa erti Islam adalah salam atau aman ataupun “peace”?
    Bagaimana pula dengan pengertian ataupun ajaran mengenai hadis dan sunnah dan najis dan ulama yang sebenarnya bercanggahan ataupun tidak sejajar dengan ajaran yang terkandung di dalam al Quran? Dan kalau tidak betul mengenai bagaimana untuk masuk Islam, maka apakah padah ataupun akibatnya? Antara Yahudi dan Kristian dan Munafik, siapakah yang menyesatkan ataupun lebih menyesatkan? Dan siapakah yang mengajar bahawa perempuan patut diumpamakan perigi, tidak timba?
    Hmm, di manakah Yahudi ataupun Kristian patut dipersalahkan? Dan patutkah Yahudi atau Kristian dipersalahkan kalau kebanyakan Melayu dan Arab yang mengaku beragamakan Islam sebenarnya adalah Munafik ataupun sesat tak sedar diri? Apapun, apakah hakikatnya, maka siapakah yang sebenarnya mempercayai terjemahan atau pengertian ataupun ajaran yang salah mengenai hal itu? Hmm, Melayu. Sesat atau tidak jujur ataupun tidak betul mengenai perigi dan timba. Dan melakukan solat, tetapi bohong ataupun membuat pengakuan palsu dalam solat. Membuta percaya, atau bagaikan tidak berakal. Sembrono yakin, seolah-olah keyakinan boleh mengubah nasib ataupun hakikat. Dan sesat ataupun tidak betul mengenai bagaimana untuk masuk Islam, atau bagaimana untuk menjadi Muslim. Tersalah kitab. Tersalah guru. Dan mudah sombong atau angkuh ataupun eksen.
    Hmm, Melayu. Mengaku menyembah hanya Allah, padahal selain Allah adalah yang disembah, atau Allah tidaklah disembah. Salah faham ataupun tidak betul mengenai sembah. Dan sesat atau bohong ataupun tidak betul mengenai erti tuhan dan Muslim dan Islam dan kemerdekaan dan perhambaan dan shirik dan tauhid dan najis. Hmm, betapa ustaz dan imam adalah barua syaitan ataupun yang menyesatkan. Dan betapa ajaran Allah dicanggah, atau betapa al Quran sebenarnya tidak dipercayai.
    Siasat atau ketahuilah ajaran Allah mengenai hadis atau sunnah atau najis atau syahadah atau apapun hal yang terbabit. Awas, terjemahan atau pengertian yang salah janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai. Dan sila fahami apa yang aku sudah sampaikan, terutamanya di www.filopu.blogspot.com. Hmm, adakah ulama atau imam ataupun pakar yang berani untuk mubahalah menentang aku, iaitu seorang ahli fikir yang mengajar bahawa masuk Islam bukanlah dengan Syahadah, dan bahawa “rob” (rabb) bukanlah tuhan, tetapi tuan, serta bahawa solat bukanlah sembahyang? Berakal dan wajarlah, bukan atau berbanding bersyahwat dan bermarwah. Dan hakikat, iaitu fakta atau kebenaran, apatah lagi keredhoan Allah dan keuntungan abadi, tidaklah bergantung kepada kehendak majoriti. Allah adalah satu-satunya pencipta Islam, susulan itu, hukum dan ajaran Islam yang sebenar adalah bergantung hanya kepada Allah, tidak bergantung kepada ulama mahupun Rasulullah. Dan yang tidak betul mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam amatlah tidak patut dianggap Muslim sebenar, usahkan patut dianggap ulama Islam.
    Fahamilah, bahawa syaitan cukup mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan. Menyangka, begitu juga menghafal, bukanlah bermakna mengetahui, usahkan memahami. Dan sangatlah penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat hidayah Allah dan penghormatanNya, apatah lagi untuk mendapat kasih Allah dan suatu tempat di SyurgaNya. Awas, pengarang Hadis yang dikatakan sahih itu bukanlah Nabi Muhammad. Dan sedarlah, Hadis tidaklah patut disamakan dengan kata-kata Nabi Muhammad. Al Quran bukanlah Hadis. Fahamilah, bahawa Mushrik adalah najis, menurut ayat 28 di surah Taubah. Dan fahamilah, ulama Hadis bukanlah ulama Islam, sebagaimana Munafik bukanlah Muslim, ataupun sebagaimana pengarang Hadis bukanlah pencipta Islam.
    Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah. Yang menyembah selain Allah adalah Kafir, walaupun melakukan solat serta bergelar ulama muktabar. Dan sedarlah, bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, iaitu bukan solat. Apakah bukti ataupun penjelasannya? Sila fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun. Dan mengenai Syahadah Munafik, sila tadabur ayat pertama di surah Munafiqun. Sebenar-benarnya, di manakah engkau semasa Muhammad dilantik menjadi Rasulullah? Sebenar-benarnya, bagaimanakah Rasulullah, termasuk Ibrahim, masuk Islam? Dan apakah erti Muslim, iaitu orang Islam?
    Berbalik kepada Syahadah, siapakah saksi bahawa Muhammad adalah Rasulullah? Adakah mereka yang mengucap dua kalimah Syahadah, atau adakah Allah, adalah saksi bahawa Muhammad adalah Rasulullah? Jujurlah. Sesungguhnya, kalau engkau tidak menyaksikan, maka engkau hanya boleh menjadi saksi palsu. Maka? Patut-patutlah, janganlah menyamakan menyaksikan dengan mempercayai, mahupun dengan memperakui. Dan sedarlah, ulama, juga pakar, bukan bermakna yang benar serta jujur, usahkan bermakna yang adil serta bertaqwa kepada Allah, di samping bukan bermakna yang mendapat hidayah Allah. Sila fahami ajaran yang terkandung di dalam al Quran mengenai ulama, lalu janganlah menganggap ulama sebagai pewaris Nabi. Sila fahami ajaran yang terkandung di dalam al Quran mengenai hadis dan sunnah dan najis, lalu janganlah mempercayai pengertian ataupun ajaran yang salah mengenai hadis dan sunnah dan najis. Dan awas, jangan tersilap mengenai cara untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, dan sila fahami erti Muslim, iaitu yang menyerah diri kepada Allah, lalu sedarlah bahawa masuk Islam, iaitu menjadi Muslim, mestilah dengan menyembah Allah, hanya Allah, serta dengan menyerah diri kepada Allah. Dan ayuh, kita perangi ajaran sesat Syahadah serta shirik, khususnya, dan kezaliman serta ketidak-benaran, amnya.
    Sesungguhnya, yang menyembah selain Allah bukanlah Muslim, tetapi Kafir, juga Mushrik, walau sebanyak manapun duit dan ilmu dan amal ibadatnya, dan walau seramai manapun penyokong dan pengikut serta pahlawannya. Menyembah Allah, hanya Allah, adalah mentauhidkan Allah, iaitu bersetia kepada Allah, sedangkan menyembah selain Allah adalah menshirikkan Allah, iaitu curang terhadap Allah, tidak setia kepada Allah. Dan ingat ataupun sedarlah, bahawa yang mempertuankan selain Allah, apatah lagi yang memperajakan selain Allah, adalah yang menyembah selain Allah. Siapakah yang bangga atau suka, kalau selain Allah adalah yang engkau terima sebagai rajamu ataupun sebagai tuanmu? Jawapannya: Bukan Allah dan rasulNya, tetapi Iblis dan syaitan. Dan sedarlah, bahawa yang sesuai untuk mereka yang mementingkan marwah berbanding kebenaran, ataupun berbanding kejujuran, bukanlah kefahaman sebenar dan hidayah Allah, tetapi kesesatan atau temberang ataupun dolak-dalih syaitan.
    Allah berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya. Dan kita adalah ciptaan Allah. Yang tidak berhak sebagai tuan ke atas kita tidaklah berhak sebagai raja kita. Dan perhambaan, juga shirik terhadap Allah, bukanlah di mana Allah adalah raja ataupun tuan, tetapi di mana selain Allah adalah raja ataupun tuan. Sembahlah Allah, hanya Allah, iaitu terimalah Allah, hanya Allah, sebagai tuan, dan terimalah Allah, hanya Allah, sebagai raja. Wajarlah. Dan merdeka: Hanya Allah berhak sebagai tuan kita, raja kita.