Thursday, May 30, 2019

9 Betul Ataukah 9 Bohong?

1. Solaat (solat) adalah sama ertinya dengan sembahyang.
2. Tidak perlu menyembah Allah, juga tidak perlu "aslim" kepada Allah untuk menjadi Muslim.
3. Nabi Muhammad mengucap 2 "kalimah Syahadah" untuk masuk Islam.
4. Ulama yang tidak betul mengenai erti Islam patut dianggap sebagai ulama Islam.
5. Menyembah selain Allah bukanlah shirik (syirik).
6. "Rob" (rabb) adalah sama ertinya dengan tuhan, iaitu "ilah" di dalam bahasa Arab.
7. Abdi tidaklah sama ertinya dengan hamba.
8. "Hadis sahih" adalah karangan Nabi Muhammad, maka "Hadis sahih" adalah kata-kata Nabi Muhammad.
9. Mentauhidkan Allah adalah dengan mengucap kalimah "laa-ilaha-illallah", (maka) bukan dengan menyembah Allah, hanya Allah.
•••••
Berlandaskan 3 ayat pertama di surah Kafirun, sedarlah bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, dan bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, iaitu bukan solaat. Mentauhidkan Allah adalah dengan menyembah Allah, hanya Allah. Dan menyembah ialah menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah. Sebenarnya, abdi = hamba. Sebenarnya, menyembah = menghambakan diri = beribadat = mengabdikan diri. Dan "ash-hadu" = "aku menyaksikan", bukan "aku bersaksi", bukan "aku memperakui". Nabi Ibrahim, juga Nabi Muhammad, tidaklah mengucap 2 "kalimah Syahadah" untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Maka? Dan Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah). Pendek kata, kalau engkau ingin mentauhidkan Allah dan masuk Islam atau menjadi Muslim, maka amalkan, "oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam".
       Apakah "aku menyaksikan" di dalam bahasa Arab? Ketahuilah, "ash-hadu" ialah "aku menyaksikan", bukan "aku memperakui". Adakah engkau menyaksikan bahawa "laa-ilaha-illallah" dan bahawa "Muhammadar rasulullah"? Kalau "ya', maka bila dan di mana? Jujurlah. Luruslah. "Ash-hadu" ialah "aku menyaksikan", dan engkau tidaklah menyaksikan bahawa "laa-ilaha-illallah" dan bahawa "Muhammadar rasulullah, maka dengan mengucap 2 "kalimah Syahadah", engkau bohong 2 kali. Faham? Hmm, membohong di dalam solaat. Apakah nilai solaat yang mengandungi pembohongan? Jangan syok sendiri. Suka atau tidak, kebenaran patut diterima, walau siapapun yang menyampaikannya. Dan semakin engkau tidak tahu ajaran Allah, maka semakin mudahlah engkau untuk dipesongkan dan disesatkan. Ingat, kalau inginkan balasan baik dari Allah, maka ikutlah ajaran Allah, walaupun semua ulama Hadis membantah atau tidak setuju. Pakailah otak. Ikut akal, bukan marwah (maruah). Dan sedarlah, al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran, tetapi Hadis "sahih" adalah sumber bidaah dan kesesatan. Hmm, betapa ulama dan ustaz adalah penyesat bertopengkan Islam.
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
Munafiq (Munafik) Dan Guru, Dan Bohong 2 Kali
- http://bit.ly/2FuCHtU
•••••
Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim
- https://goo.gl/BakH6w
•••••
Engkau Dan Aku Dan Agamamu Yang Sebenar
- https://bit.ly/2Qer26K

Wednesday, May 8, 2019

Antara Sangkaan Dan Hakikat, Dan Mengenai Kerja Bodoh

Jadilah pemikir, bukan penyangka. Boleh? Apapun, menyangka adalah kerja bodoh berbanding mengkaji. Dan menghafaz adalah kerja bodoh berbanding mentadabbur. Allah menyuruh supaya mentadabbur, bukan menghafaz. Allah menyuruh supaya memikirkan dan mengetahui, bukan menyangka dan membuta percaya. Dan ketahuilah ajaran Allah mengenai ulama dan hadis dan sunnah dan apa-apa lagi.
       Mengenai najis, Mushrik adalah najis menurut ayat 28, surah Taubah, tetapi ulama manakah yang mempercayai ajaran Allah mengenai najis? Fahamilah, kalau inginkan pahala atau balasan yang baik dari Allah, maka ketahui dan ikutlah ajaran Allah. Dan sedarlah, Muslim bukanlah pengikut "ajaran sesat Syahadah". Tadabburlah al Quran. Fahamilah ajaran Allah. Dan sedarilah hakikat, iaitu kebenaran atau fakta. Bukalah minda. Dan fikirlah dengan jujur dan rasional.
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah
@ Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim
https://goo.gl/BakH6w