Saturday, March 6, 2021

Bohong Atau Kejahilan Yang Paling Bahaya


Bohong atau jahil apakah yang lebih bahaya berbanding bohong atau jahil mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim? Apapun, apakah akibatnya kalau engkau salah mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim? Dan apakah nilai "solaat" yang dilakukan oleh Abu Jahal, atau oleh seseorang yang sebenarnya adalah Kafir atau Muslim palsu? Jangan main sangka. Bukalah minda. Dan fahami beberapa fakta. Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun (Quran 109:1-3) lalu sedarlah bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir bukanlah solaat, tetapi sembahan. 
       Di dalam bahasa English, solaat adalah "prayer", bukan "worship". Dan fahami bahawa "sembah" dan "hamba" di dalam bahasa Arab adalah perkataan yang mengandungi "ain-ba-dal". Pendek kata, jangan salah atau kena tipu mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Jangan salah atau kena tipu ataupun jahil mengenai erti sembah. Dan perkataan lain yang digunakan oleh pihak tertentu sebagai ganti untuk "sembah" atau "menyembah" adalah "mengabdi" atau "mengabdikan diri" atau "beribadat" (beribadah). Jangan keliru. Jangan tertipu. Dan sedarlah bahawa kalau selain Allah adalah yang engkau perajakan atau pertuankan, maka selain Allah adalah yang engkau sembah. Kalau selain Allah adalah yang engkau sebenarnya sembah, atau kalau engkau sebenarnya tidak menyembah Allah, maka engkau bohong kepada Allah semasa mengucap ayat 5, surah Fatihah. Dan sedarlah bahawa membawa ke Neraka atau sia-sia adalah solaat yang engkau lakukan, kalau selain Allah adalah yang engkau sebenarnya sembah, atau kalau engkau sebenarnya tidak menyembah Allah. 
       Sesungguhnya, 2 ciri utama Muslim atau orang Islam adalah menyembah Allah, hanya Allah, dan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Ingat, "mengabdi" atau "mengabdikan diri" atau "beribadat" (beribadah) adalah sama ertinya dengan "sembah" atau "menyembah". Dan Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. "Rob" (rabb) = tuan, sedangkan "ilah" = tuhan. Dan suka atau tidak, Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Tuhan bukanlah suatu ciptaan. Allah tetap tuhan walaupun tidak disembah. Dan erti tuhan bukanlah sembahan, tetapi "sovereign ruler", iaitu pemerintah yang tidak dikuasai. Adakah pemerintah yang tidak dikuasai selain Allah? Tidak. Hanya Allah adalah pemerintah yang tidak dikuasai, maka hanya Allah adalah tuhan, sebenar tuhan. Sembahlah Allah, dan bersetialah kepada Allah: Janganlah selain Allah dipertuankan, usahkan diperajakan. 
••••• 
Ilmu Masuk Islam @ Bagaimana Untuk Menjadi Muslim 
- https://bit.ly/2Y61GMJ 
••••• 
Sembah Dan "Ain-Ba-Dal" Dan "Ash-hadu" Dan Solaat Palsu 
- https://bit.ly/2ZF1ncw 
••••• 
Hakikat "Syahadah", Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka? 
- https://bit.ly/2V5hdLv 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat 
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd