Sunday, October 17, 2021

Solaat (Solat) Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir @ Menyembah Hanya Allah Adalah Yang Lebih Penting


Apa itu "rukun"? "Rukun Islam", ataukah "Rukun Islam Temberang"? Dan apakah nilai "cakap bohong"? Tidakkah seperti taik atau sampah? Sila fikir, tidakkah bohong dalam solaat adalah suatu maksiat? Dan tahukah engkau erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan? Sebenarnya, apakah nilai solaat? Kalau engkau bohong kepada Allah dalam solaat, maka adakah engkau seorang yang "mendirikan" solaat? Dan apakah padah atau akibat tidak menyembah Allah, hanya Allah? Awas, bohong dalam solaat adalah kesalahan yang serius dan sangat merugikan, walaupun Allah tidak tertipu. Janganlah betul pada sebutan, tetapi salah pada kefahaman atau pada kepercayaan. Dan kalau Allah sebenarnya tidak disembah, apatah lagi kalau selain Allah adalah yang sebenarnya disembah, maka solaat yang dilakukan adalah ibarat sampah atau lebih teruk. [Quran 109:1-3] Katakanlah: "Wahai Kafir, aku tidak sembah apa yang engkau sembah, dan engkau tidak sembah apa yang aku sembah". Dan terjemahan Quran 109:1-3 di dalam bahasa English adalah "Say, O Kafirs (Disbelievers), I don't worship what you worship, and you don't worship what I worship". Maka? Bayangkan. Rasa. Dan fikirkan. 
       Fahami Quran 109:1-3. Awas, jangan kena tipu atau silap mengenai "beribadat" dan "abdi". Sebenarnya, beribadat adalah sama ertinya dengan menyembah. Beribadat atau beribadah kepada Allah adalah sama ertinya dengan menyembah Allah. Dan abdi adalah sama ertinya dengan hamba, maka mengabdikan diri adalah sama ertinya dengan menghambakan diri. Menurut atau berlandaskan Quran 109:1-3, adakah engkau faham bahawa Muslim menyembah Allah, hanya Allah, dan bahawa yang menyembah selain Allah adalah Kafir, bukan Muslim? Muslim menyembah Allah, hanya Allah, dan bahawa yang menyembah selain Allah adalah Kafir, maka yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, iaitu sesuatu yang disembah. Nampak? Tadabbur atau fikirkanlah Quran 109:1-3. Dan jujurlah. Bagaimana pula dengan Quran 1:5, iaitu ayat 5 di surah Fatihah? Tidakkah engkau atau si imam atau si ustaz sebenarnya bohong kepada Allah semasa melafazkan atau mengucap bahagian pertama pada ayat 5, surah Fatihah? Sedarlah bahawa apabila engkau melafazkan atau mengucap bahagian pertama pada ayat 5, surah Fatihah, engkau sebenarnya mengatakan kepada Allah bahawa hanya Dia (Allah) adalah yang engkau sembah. Soalnya, betulkah engkau menyembah Allah, hanya Allah? Betulkah engkau atau si imam atau si ustaz menyembah Allah, hanya Allah, maka tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah? Pendek kata, menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. Sesungguhnya, kalau selain Allah adalah yang engkau perajakan atau pertuankan, maka selain Allah adalah yang engkau sembah. Dan kalau selain Allah adalah yang engkau perajakan atau pertuankan, maka engkau bohong kepada Allah semasa melafazkan atau mengucap bahagian pertama pada ayat 5, surah Fatihah. Kalau bohong kepada raja adalah kesalahan yang besar, maka sedarlah bahawa Allah adalah "malikin-nas", iaitu raja manusia. Benar, Allah adalah raja manusia. Dan sedarlah bahawa kalau selain Allah adalah yang engkau perajakan atau pertuankan, maka engkau bukanlah Muslim, tetapi Kafir, juga Mushrik (Musyrik). 
       Solaat tidaklah sama ertinya dengan sembahyang. Dan solaat sebenarnya bukan suatu ibadat, tetapi suatu amal ibadat. Melakukan solaat bukanlah bermakna menyembah Allah. Dan sembah Hyang adalah shirik (syirik), iaitu lawan kepada tauhid (tawheed). Pentingkah menyembah Allah? Sila fahami Quran 51:56 yang diterjemahkan sebagai "Aku (Allah) tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu". Dan terjemahan Quran 51:56 di dalam bahasa English adalah "I (Allah) did not create the jinns and the humans except to worship Me". Maka, tidakkah menyembah Allah adalah penting dan sangat penting berbanding melakukan solaat dan amal ibadat lain? Dan apakah nilai solaat engkau kalau ia sebenarnya tidak "mencegah" engkau dari melakukan suatu perbuatan yang keji atau mungkar, seperti membohong atau mencuri atau menolak ajaran Allah mengenai pembahagian harta pusaka atau hukuman zina? Bukalah minda. Janganlah bodoh, tetapi tidak boleh diajar, usahkan sesat, tetapi tidak boleh dibimbing. Dan sanggupkah si imam atau si ustaz atau si ulama untuk "mubahalah" kepada Allah menentang aku, kalau bercanggah kepercayaan atau pendapat dengan aku? Janganlah memperbesarkan atau lebih mementingkan solaat dan amal ibadat lain berbanding menyembah Allah. Berlandaskan Quran 109:1-3, yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, bukan solaat. Dan Mushrik adalah najis menurut ayat 28, surah Taubah (Quran 9:28). Ingat atau sedarlah bahawa "hadis sahih" dan fatwa dan apa pun yang bercanggah dengan ajaran Allah atau kebenaran patut ditolak, bukan patut diterima. Dan janganlah mendustakan atau bohong, usahkan melampau. Menyembah selain Allah sangatlah bercanggah dengan menyembah Allah. Benar, menyembah selain Allah adalah shirik. Menyembah selain Allah adalah shirik terhadap Allah. Dan shirik terhadap Allah adalah kesalahan yang paling besar dan paling kotor dan paling biadab. Fikir, apakah jawapan Nabi Muhammad atau Nabi Sulaiman kalau kita bertanya, "Siapakah tuan kita, dan siapakah raja kita?" Munasabahlah. Dan fahami bahawa al Quran patut ditadabbur, bukan patut dihafaz. Mengenai tadabbur, sila fahami Quran 4:82 dan 38:29 dan 47:24. Dan mengenai menyangka atau bahawa menyangka adalah menyesatkan, fahami Quran 6:116. 
       Allah menyuruh supaya tadabbur, iaitu memikirkan secara mendalam. Apa itu memikirkan? Tidakkah memikirkan adalah dengan menggunakan akal sendiri? Hmm, siapa melarang dari menggunakan akal sendiri? Atau siapa melarang dari membuat kaji-selidik dan memikirkan? Dan apakah akibat tidak menggunakan akal sendiri? Janganlah tersalah kitab. Janganlah tersalah guru. Dan janganlah tidak memikirkan secara rasional dan jujur. Mengenai maksiat, kalau bohong adalah suatu maksiat, maka berbohong semasa melakukan solaat bermakna membuat maksiat dalam solaat. Dan fahami bahawa yang bohong dalam solaat adalah yang gagal dalam melakukan solaat. Gagal, bukan berjaya. Awas, ustaz yang sebenarnya tidak betul mengenai masuk Islam, begitu juga seseorang yang tidak betul mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam sangatlah tidak patut untuk diambil sebagai guru dalam mempelajari agama Islam. Dan ingat, yang sebenarnya bukan Muslim bukanlah pengikut Nabi Muhammad, juga bukanlah pengikut Nabi Isa, iaitu Isa al-Masih, iaitu Jesus Christ. Sedarlah bahawa al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran, tetapi "Hadis sahih" adalah sumber "bidaah" (ada-adaan) dan kesesatan. Yang tahu atau lebih tahu adalah yang mengkaji berbanding yang "mengaji" (berguru). Dan hafaz (hafal) bukan bermakna faham, usahkan beriman atau percaya. Sila kaji atau selidik atau tadabbur. Jangan main sangka, usahkan main yakin. Dan terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya. 
••••• 
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @ 
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar 
- https://bit.ly/2UkNtaN 
••••• 
Abdi Dan Ibadat Dan Sembah @ Jangan 
Terpesong Akibat Perkataan Arab 
- https://bit.ly/2JBmxnS 
••••• 
Hakikat Shirik, Dan Mengenai Merdeka 
Dan Kesetiaan Kepada Allah 
- https://bit.ly/3iLU3GD 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat 
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace"  
- https://bit.ly/34Sfrmd