Sunday, April 26, 2020

Perbezaan Pendapat Dan Yang Sesat

Kenapa aku menggunakan "salaam", bukan "salam"? Fakta, di dalam bahasa Arab, "laam-alif" = "laa", bukan "la". Dan ejaan "salaam" (salam) adalah "sin-laam-alif-mim". Maka? Bagaimana pula dengan ejaan "solaah" (solaat)? Dan "ibadah" adalah sama ertinya dengan "ibadat". Apapun, adakah kita berbeza kepercayaan atau pendapat mengenai "masuk Islam" atau najis atau solaat atau puasa atau zakat? Adakah kita berbeza kepercayaan atau pendapat mengenai ulama atau hadis atau sunnah atau sesuatu perkara? Ingat atau fahamilah bahawa aku tidak mengikut mazhab. Benar, aku bukanlah pengikut apa pun mazhab.
       Bagaimana dengan Nabi Muhammad dan sahabatnya: Adakah mereka pengikut mazhab? Ingat, Muslim mementingkan ajaran Allah dan kebenaran, dan keadilan serta kejujuran, tidak seperti Munafiq. Dan kalau engkau nakkan pahala atau balasan yang baik dari Allah, maka ikutlah ajaran Allah, tetapi kalau engkau ikut mazhab, maka mintalah pahala atau balasan yang baik dari pencipta atau pengasas mazhab itu. Munasabah? Masuk akal? Bukalah minda. Jujurlah. Dan janganlah rugi di Akhirat nanti. Sedar atau fahamilah bahawa yang sesat atau terpesong bukanlah yang berpegang pada kebenaran dan ajaran Allah. Dan yang betul tahu atau lebih tahu adalah yang mengkaji, bukan atau berbanding yang "mengaji" (berguru). Fahamilah, "percaya dan ikut saja" adalah kerja bodoh. Dan menyangka bukanlah mengetahui.
       Al Quran patut ditadabbur, bukan patut dihafaz. Janganlah betul pada sebutan, tetapi salah pada kepercayaan atau kefahaman, atau janganlah seperti burung kakaktua ataupun kaldai. Dan yang sentiasa patut dijadikan pegangan atau dipercaya adalah kebenaran, lebih-lebih lagi ajaran Allah yang ada di dalam al Quran. Awas, terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai. Fahamilah, yang ramai bukanlah pengikut Nabi Muhammad, tetapi pengikut "ajaran sesat Syahadah". Dan "ajaran sesat Syahadah" adalah ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Awas, bohong atau tidak benar adalah ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan mengenai "syahadah Munafiq" di dalam al Quran, fahami ayat pertama di surah Munafiqun, tetapi ingat atau ketahuilah bahawa "ash-hadu" = "aku menyaksikan", bukan "aku bersaksi", bukan "aku naik saksi", bukan "aku memperakui". Hmm, Melayu Munafiq lebih putar-belit? Allah tahu.
       Awas, ulama dan hadis "sahih" dan fatwa dan apapun yang bercanggah dengan ajaran Allah ataupun kebenaran adalah menyesatkan atau patut ditolak. Ada otak, sila guna. Dan janganlah tersalah kitab ataupun guru, usahkan tidak memikirkan secara jujur dan rasional. Fakta, Allah adalah pencipta Islam, tetapi Allah bukanlah pencipta ataupun pengasas apa pun mazhab: Maka, tidakkah munasabah atau masuk akal bahawa di dalam Islam tidak ada mazhab? Ikutlah ajaran Allah dan kebenaran. Dan benar, Nabi Muhammad adalah Quranis, iaitu pengikut al Quran, tetapi awas, yang mempercayai terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah bukanlah yang betul ikut. Jangan tertipu. Dan ada akal, sila fikir.
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Siapa Orang UMNO Dan Orang PAS Dan Orang "Tabligh"?
- https://bit.ly/2IRXU1W
•••••
Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik
Dan Tauhid Dan Perhambaan
- https://bit.ly/2VAi5ZB
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN