Friday, July 22, 2022

Hakikat Si Ustaz Dan Solaat Dan Sembah


Tanyalah si ustaz, "Ustaz sembah siapa? Ustaz mempertuankan siapa? Ustaz memperajakan siapa?" Kalau jawapan si ustaz bukanlah "Allah, hanya Allah", maka si ustaz bukanlah seorang yang menyembah hanya Allah, dan dia bukanlah Muslim, usahkan Mukmin, usahkan Muttaqin di samping bukanlah sebenar pengikut Nabi Muhammad. Dan kalau jawapan si ustaz bukanlah "Allah, hanya Allah", maka si ustaz bohong atau membuat pengakuan palsu semasa mengucap bahagian pertama pada ayat 5, surah Fatihah. Janganlah kena tipu atau silap mengenai erti sembah. Dan janganlah kena tipu atau silap mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Suka atau tidak, kita sekarang adalah hamba Allah. Dan fahami bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan. 
       "Raja manusia" di dalam bahasa Arab adalah "malikin-nas". Dan Allah sekarang adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Allah berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya. Dan Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas" bukanlah hanya di Akhirat, tetapi juga di Dunia. Allah tidaklah mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembahNya. Dan melakukan solaat bukanlah bermakna menyembah Allah, usahkan mentauhidkan Allah. Allah tidaklah mencipta jin dan manusia melainkan untuk melakukan solaat. Tujuan Allah mencipta jin dan manusia bukanlah untuk atau supaya melakukan solaat. Dan yang menyamakan solaat dengan menyembah Allah atau sembahyang tidaklah patut diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam. Jangan main sangka, usahkan main yakin  Dan janganlah selamba mengaku Muslim atau orang Islam kalau tidak tahu erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan. Hmm, betul atau munasabahkah bahawa yang tidak betul mengenai bagaimana untuk masuk Islam adalah Muslim? Dan betul atau munasabahkah bahawa yang tidak betul mengenai erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan adalah Muslim? Fikir-fikirkanlah. 
       Berbalik kepada sembah, sila fikir, tidakkah Rasulullah menyembah Allah, hanya Allah? Tidakkah Rasulullah mempertuankan Allah, hanya Allah? Dan tidakkah Rasulullah memperajakan Allah, hanya Allah? Mengenai tuhan, mengapakah Firaun mengaku dirinya tuhan? Ingat atau ketahuilah bahawa "rob" (rabb) adalah "tuan", sedangkan "ilah" adalah "tuhan". Dan apakah erti tuhan, atau apakah sebenarnya erti tuhan, maka siapa adalah tuhan, sebenar tuhan? Hmm, ramai yang mengaku pengikut Nabi Muhammad, tetapi sebenar pengikut Nabi Muhammad tidaklah ramai. Yang tidak menyembah Allah, hanya Allah bukanlah Muslim, usahkan Mukmin, usahkan Muttaqin, di samping bukan sebenar pengikut siapapun Rasulullah. Dan yang menyembah selain Allah adalah Mushrik, najis, walaupun sedang melakukan solaat. Di dalam bahasa English, "solaat" (solat) diterjemahkan sebagai "prayer*, bukan "worship". Dan "prayer" adalah sama ertinya dengan "doa" atau permintaan (kepada Allah atau Tuhan). Di dalam bahasa Arab, "sembah" dan "hamba" adalah perkataan yang ejaannya adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal". Maka? Kesimpulannya, menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba. Dan mengenai hakikat atau fakta bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah dan "aslim" kepada Allah, fahami ayat 5 di surah Fatihah dan 3 ayat pertama di surah Kafirun, dan fahami bahawa "Muslim" adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah). 
       Janganlah kena tipu atau silap mengenai masuk Islam. Janganlah kena tipu atau silap mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Dan janganlah kena tipu atau silap mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam. Bukalah minda. Dan fahami beberapa fakta dan ajaran Allah yang ada di dalam al Quran. Awas, terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari. Sila kaji atau selidik atau fikirkan secara rasional dan jujur. Dan menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. Sila perhalusi hakikat atau fakta bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan. Dan raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Ingat atau sedarlah bahawa yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah adalah yang menyembah selain Allah. Yang menyembah selain Allah adalah Mushrik (Musyrik), iaitu yang shirik (syirik) atau curang terhadap Allah, walaupun melakukan solaat dan berseri dan apa pun. Dan Mushrik adalah najis. 
••••• 
Munafiq Atau Muslim Palsu 
- https://bit.ly/3vmaMW5 
••••• 
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir 
- https://bit.ly/3jcAJC9 
••••• 
Antara PAS Dan UMNO Dan Islam Dan Najis 
@ Selamatkan Melayu Dan Manusia Lain 
- https://bit.ly/3vQ3kE9 
••••• 
Kepada Cina Dan India DAP @ Insaflah Melayu 
- https://bit.ly/2SR9JhI 
••••• 
Antara Melayu dan Islam @ Sedarlah Wahai 
Orang UMNO Dan Orang PAS, Juga Orang Tabligh 
- https://bit.ly/2UpBBdi  

Sunday, July 17, 2022

Fundamental Truths Regarding Allah

Who is Allah? Muslim's answer: Allah is our creator, our lord, our king, our god. Indeed, we belong to Allah. And we are returned to Allah, Him, the creator and absolute ruler of both Paradise and Hell. Die not except in Islam, in other words, die not except as Muslim, true Muslim. And indeed, becoming a Muslim is not by saying "the Syahadah" (Shahada), but by worshiping Allah, only Allah, and by surrendering to Allah. 
••••• 
To "Ex-Muslims" And To Believers Of The Bible @ Are There Many Ex-Muslims And Followers Of Jesus Christ?  
- https://bit.ly/3tix8Yp 
••••• 
The True Meaning Of Worship, And Regarding 
Fake Muslims And The Enemies Of Islam 
- https://bit.ly/3657r1o 
••••• 
The Meaning Of God @ What Is "God" 
And So, Who Is Truly A God? 
- https://bit.ly/39jS2x8