Thursday, July 2, 2015

Hadi Awang Dan Ahli PAS Dan Ahli UMNO Tahu Apa?

Tahukah Hadi Awang dan ahli PAS bahawa yang menyembah selain Allah adalah kafir, maka bukan Muslim, dan bahawa yang tidak menyembah Allah bukanlah Muslim, usahkan Mukmin, usahkan Muttaqin? Tahukah Hadi Awang dan ahli PAS bahawa memperajakan, juga mempertuankan, adalah menyembah? Dan tahu atau betulkah Hadi Awang dan ahli PAS mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam dan kemerdekaan dan perhambaan dan sunnah dan najis? Bagaimana pula dengan ahli UMNO? Sebenarnya, bagaimanakah Rasulullah masuk Islam, iaitu bagaimanakah Rasulullah menjadi Muslim? Sebenarnya, siapakah yang Rasulullah pertuankan dan perajakan? Dan kalau Allah, pengarang al Quran, adalah satu-satunya pencipta Islam, maka apakah susulan itu? Janganlah menyangka-nyangka dan syok sendiri, usahkan sombong dan mabuk kemarwahan. Terimalah yang benar, atau yang paling munasabah, walaupun ianya menyakitkan. Dan erti Muslim adalah yang aslam, iaitu yang menyerah, yakni menyerah diri kepada Allah, oleh itu, masuk Islam atau menjadi Muslim mestilah dengan menyerah diri kepada Allah.
    Janganlah bohong atau membuat pengakuan palsu semasa mengucap atau membaca surah Fatihah. Menyayangi Allah dan semua rasulNya tidaklah menjadikan engkau Muslim, usahkan kalau engkau sekadar menyayangi Muhammad. Dan perangi atau tolaklah propaganda Munafik dan ajaran sesat yang dipanggil Syahadah. Hmm, betapa ramai adalah Muslim palsu, termasuklah yang kafir tetapi melakukan solat dan mengaku pengikut Nabi Muhammad. Takut atau tak mahu sesat, padahal sedang sesat ataupun terpesong, atau bahkan adalah najis, hina, tidak suci, usahkan mulia. Dan yang bohong semasa melakukan solat: Patutkah diterima solatnya? Patutkah Allah terima solat dan amal ibadat lain yang dilakukan oleh mereka yang sebenarnya menyembah selainNya? Dan apakah padah ataupun akibat menyembah selain Allah, Dia yang paling patut diberikan kesetiaan, Dia yang paling patut diberikan ketaatan, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka? Sedarlah. Awas, betapa ustaz dan imam adalah yang sesat dan menyesatkan. Dan mereka yang bergelar ulama: Patutkah dianggap sebagai pewaris Nabi, ataukah sepatutnya dianggap sebagai barua syaitan? Janganlah seperti haiwan ternakan, usahkan lebih sesat ataupun lebih bodoh. Pakailah otak. Telitilah. Dan wajarlah. Yang kafir semestinya sesat, juga biadab terhadap Allah. Dan ilmu ada macam-macam, maka ulama dan guru ada macam-macam. Awas, ulama Hadis bukanlah ulama Islam, sebagaimana Munafik bukanlah Muslim, atau sebagaimana pengarang Hadis bukanlah pencipta Islam. Pencipta Islam adalah Allah, hanya Allah, Dia, satu-satunya pengarang al Quran, Dia, guru teralim. Dan fahamilah, bahawa Allah berhak, sepatutnya berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya. Hanya Allah, pencipta kita, adalah yang berhak sebagai tuan ke atas kita. Dan benar, yang tidak berhak sebagai tuan ke atas kita tidaklah berhak sebagai raja ke atas kita.
    “Hanya Engkau (Allah) adalah yang kami sembah” adalah antara mesej di surah Fatihah: Soalnya, adakah atau betulkah hanya Allah adalah yang engkau atau si imam sembah? Dan fahamilah ayat 1 hingga 3 di surah Kafirun, lalu sedarlah bahawa yang menyembah selain Allah adalah kafir. Sebenarnya, apakah erti sembah atau menyembah? Ketahui dan fahamilah hakikat, bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan bahawa raja adalah tuan, semestinya adalah tuan (ke atas yang dikuasainya), serta bahawa erti menyembah adalah menghambakan diri. Awas, perkataan “abdi” adalah berasal dari bahasa Arab yang ertinya adalah hamba; dengan lain perkataan, abdi dan hamba adalah sama ertinya, oleh itu, mengabdikan diri samalah dengan menghambakan diri. Dan sebenarnya, “rob” bukanlah “ilah” atau tuhan atau “god”, tetapi “rob” adalah tuan, juga adalah “lord”. Takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya, sedangkan kalau ada hamba, maka adalah tuan. Dan takkanlah Allah tidak berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya sedangkan Dia adalah yang paling berkuasa. Awas, janganlah sekadar tahu bahawa menyembah adalah mengabdikan diri, tetapi tahu atau sedarlah juga bahawa abdi dan hamba adalah sama ertinya, serta bahawa yang mempertuankan selain Allah, apatah lagi yang memperajakan selain Allah, adalah yang menyembah selain Allah, maka adalah kafir, juga Mushrik.
    “Hanya Engkau (Allah) adalah yang kami sembah” adalah antara mesej di surah Fatihah, tetapi mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah: Maka, betulkah hanya Allah adalah yang engkau atau si imam sembah? Sebenarnya, siapakah yang engkau atau si imam sembah, yakni siapakah yang engkau atau si imam pertuankan, dan siapakah yang engkau atau si imam perajakan? Adakah engkau atau si imam mempertuankan Allah, hanya Allah? Dan adakah engkau atau si imam memperajakan Allah, hanya Allah? Jujurlah. Dan disiplinkanlah diri. Kalau ingin menjadi Muslim, sebenar Muslim, apatah lagi kalau ingin masuk Syurga, maka hayati atau amalkanlah, “oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salam, oh Allah, salam”. Sembahlah hanya Allah. Dan merdeka, kita berhak merdeka, iaitu tidak diperhambakan oleh selain Allah. Allah, pencipta kita, adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita. Sedarlah, Islam adalah untuk penyembahan Allah, hanya Allah, serta untuk penyerahan diri kepada Allah, Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Islam adalah untuk kemerdekaan, bukan pro perhambaan. Dan Mushrik, iaitu yang shirik terhadap Allah, adalah najis, menurut ayat 28 surah Taubah. Namun, apakah yang diperjuangkan atau dipercayai oleh Hadi Awang atau ahli PAS ataupun ahli UMNO?
    Sebenarnya, sudahkah Hadi Awang atau ahli PAS ataupun ahli UMNO masuk Islam, yakni sudahkah Hadi Awang atau ahli PAS ataupun ahli UMNO menjadi Muslim? Sila tadabur ayat 1 hingga 3 di surah Kafirun, serta erti Muslim, lalu sedarlah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim mestilah dengan menyembah Allah, hanya Allah, serta dengan menyerah diri kepada Allah. Nampak tak? Sedarlah, hanya yang menyembah Allah, hanya Allah, serta menyerah diri kepada Allah, adalah ataupun boleh jadi Muslim, sebenar Muslim. Dan mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Allah adalah satu-satunya pencipta Islam, maka ajaran dan hukum Islam, termasuklah mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim, adalah bergantung hanya kepada Allah. Tadaburlah al Quran. Dan ikutlah wahyu. Sila fahami ajaran Allah mengenai sembah dan aslam dan hadis dan sunnah dan ulama dan najis dan apa-apa lagi. Dan awas, jangan terpedaya oleh terjemahan atau takrif atau kesimpulan atau kefahaman yang salah. Sembahlah Allah, hanya Allah, iaitu pertuankanlah Allah, hanya Allah, dan perajakanlah Allah, hanya Allah. Aslam atau menyerah dirilah kepada Allah. Dan ingat-ingatlah mati, atau bahawa kepada Allah engkau dikembalikan. Allahu akbar.