Wednesday, May 20, 2020

Penyakit Atau Kekurangan Orang Melayu @ Kebenaran Dan Akal Dan Sikap

Akal mereka setakat mana? Bagaimana pula dengan adab atau nilai murni? Dan setakat manakah orang Melayu memahami ajaran Allah, atau mahu ambil tahu mengenai ajaran Allah yang ada di dalam al Quran? Pendek kata, kalau orang Melayu cukup mementingkan kebenaran dan logik serta bukti, maka UMNO dan PAS tidak boleh menang atau susah untuk menang dalam pilihanraya. Kalau orang Melayu cukup mementingkan kebenaran dan logik serta bukti, maka tidaklah mereka mudah kena tipu atau terpedaya, usahkan menjadi pelampau atau kaki fitnah atau pembohong. Dan kalau orang Melayu faham ajaran Allah, maka tidaklah mereka mudah untuk dipesongkan oleh pengikut "Sunnah dan Hadis Nabi".
       Fikir, siapakah ia? Dulu, ia adalah anjing atau barua British; selepas itu, ia adalah anjing atau barua MCA: Tidakkah ia adalah UMNO? Apapun, tidakkah UMNO, juga PAS, adalah rasis Melayu bertopengkan Islam? Awas, jangan tertipu atau silap mengenai erti "racism" atau perkauman, usahkan tertipu atau silap mengenai bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Apa itu "rasis", iaitu "racist" di dalam bahasa English? Selain perlumbaan atau berlumba, "race" = kaum atau bangsa. Pendek kata, rasis = orang perkauman, dan orang perkauman adalah orang yang "mengistimewakan" bangsanya berbanding bangsa lain, atau orang yang menghina atau memandang rendah bangsa lain. Apapun, sedarlah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim bukanlah dengan mengucap 2 "kalimah Syahadah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah, dan dengan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Mentauhidkan Allah, iaitu bersetia kepada Allah, bukanlah dengan mengucap kalimah "laa-ilaha-illallah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah. Dan janganlah salah mengenai erti sembah dan Muslim dan Islam dan shirik (syirik) dan tauhid. Fahamilah bahawa Muslim adalah orang Islam, bukan orang Perkauman. Fahamilah bahawa menyembah ialah menghambakan diri, dan bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Dan sedarlah bahawa yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah adalah yang shirik atau curang terhadap Allah, serta adalah najis, tidak suci, usahkan mulia.
       Fikirlah. Selidiklah. Dan terimalah hakikat, iaitu kebenaran atau fakta. Tidakkah yang menolak kebenaran atau logik atau bukti adalah yang mementingkan marwah atau kebendaan atau kedua-duanya? Tidakkah yang menolak kebenaran atau logik atau bukti adalah yang sesat tak boleh dibimbing atau yang bodoh tak boleh diajar? Atau tidakkah yang menolak kebenaran atau logik atau bukti adalah Munafiq atau Muslim palsu atau yang bangang? Bukalah minda. Bukalah minda. Dan fikirkanlah secara jujur dan rasional. Janganlah seperti binatang ternakan, usahkan lebih sesat atau lebih bodoh. Dan janganlah mendustakan, usahkan zalim. Ingat, kebenaran dan ajaran Allah adalah yang sentiasa patut diterima, tidak patut ditolak. Perbaikilah diri. Dan kehidupan di Dunia hanyalah sementara. Menyesal di Akhirat tidaklah berguna. Ingat, kita adalah hamba Allah. Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Dan kepada Allah kita dikembalikan.
•••••
UMNO Dan PAS: Betulkah Demi Agama Dan Bangsa,
Bukan Perosak @ Siapakah Muslim Sebenar?
- https://bit.ly/36bwYFw
•••••
Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik
Dan Tauhid Dan Perhambaan
- https://bit.ly/2VAi5ZB
•••••
Hakikat 2 Kalimah Syahadah
- https://bit.ly/3fpr2wL
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Perbezaan Pendapat Dan Yang Sesat
- https://bit.ly/2KzIeS7