Allah tidaklah mencipta jin dan manusia melainkan untuk atau supaya menyembahNya (lihat ayat 56 di surah Zariat, https://goo.gl/Vd8Yc2). Maka? Tidakkah menyembah Allah adalah yang penting atau lebih penting berbanding melakukan solaat dan apa pun amal ibadat? Dan tidakkah menyembah Allah patut dianggap sebagai "rukun" Islam yang pertama?
Sila faham bahawa menyembah dan menghambakan diri dan beribadat dan mengabdikan diri adalah sama ertinya. Dan abdi adalah sama ertinya dengan hamba, tetapi solaat tidaklah sama ertinya dengan sembahyang. Awas, terjemahan atau pengertian yang salah adalah menyesatkan atau memesongkan. Dan mengenai "syahadah Munafiq", sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Ingat, "ash-hadu" ialah "aku menyaksikan".