•••••
Al Quran patut ditadabbur, bukan patut dihafaz. Dan janganlah tersalah kitab ataupun guru, usahkan tidak berfikir. Ada akal, sila guna. Fahami ayat 28 di surah Taubah (Quran 9:28). Dan ejaan "najis" di dalam bahasa Arab, iaitu bahasa al Quran, adalah "nun-jim-sin". Ajaran Allah adalah benar. Allah tidak bohong. Allah bukan pembohong. Dan Allah mengajar atau mengatakan bahawa Mushrik adalah najis. Betul? Mushrik bukanlah anjing. Ajaran bahawa Mushrik adalah najis adalah ajaran Allah, maka apakah yang patut dikatakan mengenai ajaran bahawa anjing dan babi adalah najis? Pendek kata, "Mushrik adalah najis" adalah ajaran Allah dan hakikat, tetapi "anjing dan babi adalah najis" adalah bidaah atau ada-adaan, bukan ajaran Allah, juga bukan hakikat. Masuk akal? Setuju?
Apapun, ketahuilah bahawa Mushrik adalah yang shirik (syirik) terhadap Allah. Melakukan shirik terhadap Allah adalah berdosa, sangat berdosa. Dan dosa adalah sesuatu yang kotor serta hina. Fahamilah bahawa dosa mencemar. Sesuatu yang kotor adalah mencemar. Dan dosa yang paling besar dan paling mencemar adalah shirik (terhadap Allah). Ketahuilah bahawa menyembah selain Allah adalah shirik. Dan lawan kepada shirik adalah tauhid. Menyembah selain Allah adalah shirik. Menyembah Allah, hanya Allah adalah tauhid. Dan menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan adalah menyembah. Pendek kata, kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah adalah sama erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. Shirik adalah sama erti atau maknanya dengan curang. Dan tauhid adalah sama erti atau maknanya dengan setia. Ingatlah bahawa mentauhidkan Allah adalah dengan menyembah Allah, hanya Allah, bukan dengan mengucap kalimah "laa-ilaha-illallah".
Mentauhidkan Allah adalah dengan menghambakan diri kepada hanya Allah, lalu mempertuankan hanya Allah dan memperajakan hanya Allah. Dan "laa-ilaha-illallah" = bukan tuhan kecuali Allah. Fahamilah bahawa menyembah Allah, hanya Allah adalah bersetia kepada Allah. Dan menyembah "hyang" atau siapa pun selain Allah adalah curang atau bersikap curang terhadap Allah. Fikir, sukakah Allah kalau engkau memperajakan atau mempertuankan selain Dia? Hmm, tidakkah syaitan adalah yang suka atau bahkan bangga? Dan syaitan mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan. Ingat atau sedar atau fahamilah bahawa yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah yang menyembah selain Allah. Yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah Mushrik, iaitu yang shirik atau curang terhadap Allah. Dan yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah najis, hina, tidak suci, usahkan mulia, walaupun melakukan solaat dan puasa dan amal ibadat lain. Mushrik bukanlah Muslim, usahkan Mukmin, usahkan Muttaqin, walaupun bergelar ulama atau guru. Dan Mushrik adalah najis, maka apa sebenarnya najis, atau apakah yang patut diketahui mengenai najis? "Najis" adalah antara banyak perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Najis adalah kotor akibat dosa. Dan najis adalah kotor rohani, bukan kotor jasmani. Masuk akal? Fikirkanlah. Munasabahlah. Hmm, apakah "kotor" dan "suci" di dalam bahasa Arab? Bagaimana pula dengan "hamba" dan "sembah" dan "raja"?
Sebenarnya, "hamba" dan "sembah" di dalam bahasa Arab adalah perkataan yang ejaannya adalah “ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal". Maka? Abdi = hamba. Dan sembah atau menyembah ada kaitan dengan menjadi hamba. Pendek kata, menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba. Nampak? Selain mengambil-kira hakikat atau kebenaran bahawa menyembah = menghambakan diri, ambil-kiralah juga bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan bahawa raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, oleh sebab itu, menghambakan diri ataupun mengabdikan diri bermakna mempertuankan. Dan raja adalah tuan, maka memperajakan adalah mempertuankan. Mengenai sembah, sila perhalusi hakikat bahawa menyembah = menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan bahawa raja adalah tuan.
•••••
Berpeganglah pada ajaran Allah mengenai najis. Janganlah sesat ataupun terpesong akibat terjemahan atau pengertian yang mengandungi perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Dan janganlah silap ataupun kena tipu mengenai sembah dan masuk Islam dan shirik. Ingat, kebenaran dan ajaran Allah patut diterima, bukan patut ditolak. Selidiklah. Fikirlah. Dan jujurlah. Allah adalah guru teralim dan mampu untuk mengajar siapa pun. Allah, hanya Allah adalah pencipta agama Islam. Dan hanya Allah adalah pengarang al Quran. Tidak ada mazhab di dalam agama Islam ciptaan Allah, maka? Jadilah Muslim, bukan pengikut mazhab. Dan Muslim bukanlah pengikut "ajaran sesat Syahadah". Sesungguhnya, masuk Islam atau menjadi Muslim bukanlah dengan mengucap "kalimah Syahadah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah dan dengan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Dan menyembah Allah, hanya Allah = mentauhidkan Allah.
☆☆☆☆☆☆☆
Hakikat "Syahadah", Dan "Muslim" = Yang "Aslim", Maka?
- bit.ly/2V5hdLv
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik
Dan Tauhid Dan Perhambaan
- https://bit.ly/2VAi5ZB
•••••
Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim
- https://goo.gl/BakH6w
•••••
UMNO Dan PAS: Betulkah Demi Agama Dan Bangsa,
Bukan Perosak @ Siapakah Muslim Sebenar?
- https://bit.ly/36bwYFw