Thursday, August 2, 2018

Tuan Dan Hamba, Dan Kewajaran

Siapakah kita? Apakah hubungan yang asas antara kita dan Allah? Siapakah tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia?
•••••
Siapa ajar bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita?
A. Abu Jahal
B. Ulama Hadis
C. Nabi Muhammad
•••••
Tidakkah gila atau kurang ajar adalah seseorang yang mengaku dirinya hamba Allah, tetapi tidak mempertuankan Allah? Dan tidakkah lawan kepada "kurang" adalah "lebih", juga "cukup"?
•••••
Wahai hamba Allah, siapakah tuanmu, dan siapakah rajamu? Kalau ada hamba, maka adalah tuan, maka? Dan raja, semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya.
       Taat dan setialah kepada Allah, Dia, tuan kita, Dia, raja kita. Dan sedarlah bahawa yang mempertuankan selain Allah, apatah lagi yang memperajakan selain Allah, adalah yang menyembah selain Allah, serta adalah Mushrik, yakni yang shirik terhadap Allah. Dan Mushrik adalah najis, tidak suci, usahkan mulia.
•••••
Tadabbur atau fikirkanlah. Dan yang penting adalah "betul percaya" dan "betul faham" berbanding "betul sebut". "Rob" ialah "tuan", sedangkan "ilah" ialah "tuhan". Dan "malik" ialah "raja". Sesungguhnya, Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas". Dan "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas" adalah sama ertinya dengan "tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia".
       Mengenai "syahadah Munafiq", sila fahami ayat 1 di surah Munafiqun. Ingat atau ketahuilah, "ash-hadu" ialah "aku menyaksikan", bukan "aku memperakui". Hmm, betapa ramai yang sudah menjadi Kafir, ataupun sedang sesat akibat terjemahan atau pengertian yang salah mengenai "rob" dan sembah dan sunnah dan syahadah. Dan erti tuhan ialah "sovereign ruler", iaitu pemerintah yang tidak dikuasai, maka siapa adalah tuhan: Tidakkah Allah, hanya Allah? Bukanlah tuhan kecuali Allah.
•••••
Patut-patutlah. Sila jelaskan atau buktikan bahawa aku salah. Atau apakah yang engkau sebenarnya tidak faham atau salah faham? Janganlah berdolak-dalih: Kebenaran, apatah lagi ajaran Allah, patut diterima, atau tidak patut dicanggah, walau siapa pun yang menyampaikannya. Ingat, kepada Allah kita dikembalikan.
•••••
Setiap kepercayaan tidak sama nilainya. Dan yang benar atau wajar atau munasabah adalah yang wajib atau harus dipercaya. Disiplinkanlah diri. Dan jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan.