Apa itu "tersalah guru"? Tersalah guru ialah bergurukan atau mengambil sebagai guru seseorang yang tidak patut diambil sebagai guru. Dan seseorang yang salah mengenai apa yang diajarkan sudah tentu adalah seorang yang tidak patut diambil sebagai guru. Hmm, tidakkah ramai yang sudah tersalah guru dan kitab? Tidakkah ramai yang sedang sesat tak sedar diri, yakni tidak sedar bahawa mereka sedang sesat? Dan betapa ramai yang bohong dalam solaat, termasuk semasa mengucap ayat 5 surah Fatihah.
Apapun, seseorang yang salah mengenai erti Muslim dan Islam tidaklah patut diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam, begitu juga dengan yang salah mengenai erti sembah dan tuhan dan shirik dan tauhid, dan begitu juga atau lebih-lebih lagi dengan yang salah mengenai "masuk Islam". Ingat, janganlah takut ataupun tidak mahu untuk memikirkan. Ada otak, sila guna. Dan jujurlah. Fahamilah, berakal adalah lebih baik berbanding bermarwah. Dan berakal adalah lebih penting berbanding berguru. Jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan. Jadilah pemikir, bukan penyangka. Dan pengikut "ajaran sesat Syahadah" bukanlah pengikut Nabi Muhammad, usahkan Muslim, usahkan Mukmin, usahkan Muttaqin.
Dalam mempelajari Islam ataupun al Quran, lebih baik bergurukan seorang yang minum arak dan berjudi berbanding bergurukan seorang yang shirik terhadap Allah ataupun yang menyembah selain Allah. Dan lebih baik belajar dari seorang yang mengkaji berbanding belajar dari seorang yang "mengaji" (berguru). Apapun, berakal dan wajarlah. Jangan tersalah kitab ataupun guru, usahkan takut untuk memikirkan secara jujur dan rasional. Dan terjemahan atau pengertian yang salah janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai. Allah adalah guru yang paling tahu. Allah adalah guru yang paling mampu untuk mengajar siapa pun. Dan kepada Allah kita dikembalikan.
•••••
Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq" Dan Hadis "Sahih"
https://goo.gl/1LwnQ8
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w
•••••
Hmm, Melayu @ Bahkan Adalah Kafir
https://goo.gl/KMvw34