•••••
Wajar Bersatu. Sumbangan idea dan pendapat, juga wang adalah dialu-alukan. Sila hubungi Jaafar Sarbani atau Filosuf Puitis melalui Facebook. Jaafar Sarbani, atau nama pena Filosuf Puitis, ialah Jaafar @ Par @ Prof. Dia pernah belajar di Arizona State University, USA. Dia adalah pemikir, bukan penyangka. Dan laman blognya adalah www.filopu.blogspot.com.
•••••
Bersatu. Tidakkah elok bersatu dalam kewajaran? Tidakkah elok kalau kita bersatu untuk kewajaran? Fahamilah, "amar makruf, nahi mungkar". Dan wajarlah: Suka atau tidak, kebenaran patut diterima, walau siapapun yang menyampaikannya. Janganlah ikut suka. Dan kalau engkau tidak jujur, atau kalau engkau berdolak-dalih ataupun menyangka-nyangka, maka tidakkah engkau patut disesatkan oleh Allah, dan tidakkah engkau sebenarnya sedang sesat atau akan menjadi sesat? Jagalah diri.
Tidakkah mulia atau baik adalah berjuang dan bertindak berlandaskan kebenaran dan kewajaran? Tidakkah hina atau jahat adalah berjuang atau bertindak berlandaskan perkauman ataupun bangsa? Dan tidakkah wajib atau wajar adalah mengambil-tahu dan berpegang pada ajaran Allah yang kepadaNya kita dikembalikan? Berakallah, bukan atau berbanding bermarwah. Janganlah tertipu, usahkan menipu. Dan fahamilah, syaitan cukup mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan. Janganlah sengsara ataupun rugi selepas mati.
•••••
Apakah faedah Pakatan Harapan atau PH, berbanding Barisan Nasional atau BN? Untungkah perokok dan pengusaha kedai makan apabila PH mentatbir? Untungkah bujang B-40 apabila PH mentatbir? Kalau mereka rugi atau tidak untung, maka adakah mereka akan memberikan undi kepada PH? Munasabahlah. Dan bolehkah PH ataupun BN menang kalau tidak mendapat undi perokok dan bujang B-40? Janganlah syok sendiri, usahkan melampau ataupun bohong. Dan kalau PH nak jadi "Pakatan Sepenggal", maka teruskan dengan larangan merokok dan "kerja merugikan atau menyusahkan" yang lain.
•••••
Akal kat mana? Janganlah syok sendiri, usahkan melampau ataupun bohong. Bukalah minda. Selidik. Fikir. Dan fahamilah hakikat, iaitu kebenaran atau fakta, juga ajaran Allah, Dia, pengarang al Quran, Dia, pencipta Islam. Janganlah bodoh tak boleh diajar, usahkan sesat tak boleh dibimbing. Janganlah "main petik". Jadilah pemikir, bukan penyangka. Dan Muslim bukanlah pengikut "ajaran sesat Syahadah".
•••••
"Kalimah Syahadah". Adakah Rasulullah mengucap "ash-haduan-na Muhammadar rasulullah" di dalam azan? Adakah Nabi Ibrahim ataupun Nabi Muhammad mengucap "ash-haduan-na Muhammadar rasulullah" untuk menjadi Muslim? Jawapan: Tidak. Maka? Sedarlah. Fahamilah. Dan gara-gara Hadis "sahih" dan ulama Hadis, betapa yang ramai bukanlah pengikut Nabi Muhammad, tetapi pengikut "ajaran sesat Syahadah".
•••••
Perkauman adalah bercanggah dengan Islam, maka pro-perkauman bermakna bukan pro-Islam. Islam adalah agama ciptaan Allah, Dia, pencipta semua manusia. Dan bohong adalah bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Hmm, betapa yang ramai adalah Kristian palsu dan Muhammadis palsu dan Muslim palsu.
•••••
Fobia Asap Rokok Dan Keselamatan Diri
https://goo.gl/vD6QZN
•••••
Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq" Dan Hadis "Sahih"
https://goo.gl/1LwnQ8
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w