Monday, December 23, 2019

Engkau Dan Aku Dan Agamamu Yang Sebenar

Adakah kita seagama? Adakah Islam agama kita? Pertama sekali, adakah sembahan kita sama? Dan tahukah engkau erti Islam dan Muslim? Kalau sembahan kita berbeza, maka agama kita tidaklah sama. Agama engkau bukanlah Islam kalau agama engkau bukanlah penyerahan diri kepada Allah. Agama engkau bukanlah Islam kalau engkau tidak menyembah Allah, hanya Allah. Dan agama engkau bukanlah Islam kalau engkau tidak "aslim" kepada Allah. Jangan cepat menyangka. Bukalah minda, dan fahami beberapa fakta. Ingat atau sedarlah, yang tahu atau lebih tahu adalah yang mengkaji, berbanding yang "mengaji" (berguru). Beribadat dan mengabdikan diri adalah sama ertinya dengan menyembah. Dan memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah bermakna menyembah selain Allah.
       Jangan silap mengenai erti sembah atau Islam atau tuhan ataupun kemerdekaan. Jangan tertipu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Dan jangan tersalah kitab ataupun guru, usahkan tidak memikirkan. Terpenting, agama Islam adalah untuk penyembahan Allah dan penyerahan diri kepada Allah. Agama Islam adalah untuk kemerdekaan manusia. Dan Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Mengucap "kalimah Syahadah" adalah bagaimana untuk menjadi Munafiq, Kafir. Dan sehingga sekarang, yang ramai bukanlah pengikut Nabi Muhammad, tetapi pengikut "ajaran sesat Syahadah". Ketahuilah, "ajaran sesat Syahadah" adalah ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Pengikut "ajaran sesat Syahadah" adalah Munafiq atau Muslim palsu, serta bukanlah pengikut Nabi Muhammad. Dan yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah adalah Mushrik, najis.
       Fahamilah, Nabi Muhammad tidaklah mengucap "kalimah Syahadah" untuk masuk Islam. Dan Nabi Muhammad tidaklah mengucap "kalimah Syahadah" di dalam solaat. Maka? Fikirlah. Sebenarnya, apakah "aku menyaksikan" di dalam bahasa Arab? Apakah "sembah" dan "hamba" dan "tuan" dan "raja" dan "tuhan" di dalam bahasa Arab? Dan adakah engkau menyaksikan bahawa "laa-ilaha-illallah" ataupun bahawa "Muhammadar rasulullah"? Janganlah bohong atau putar-belit. Pendek kata, "ash-hadu" adalah sama ertinya dengan "aku menyaksikan", dan engkau tidaklah menyaksikan bahawa "laa-ilaha-illallah" dan bahawa "Muhammadar rasulullah", maka dengan mengucap 2 "kalimah Syahadah" engkau bohong 2 kali. Faham? Jujurlah. Sedarlah. "Syahadah" adalah sama ertinya dengan penyaksian, bukan kepercayaan, bukan pengakuan, juga bukan perakuan. Dan mengenai "Syahadah Munafiq" di dalam al Quran, sila fahami ayat 1 di surah Munafiqun. Awas, terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai. Dan Munafiq adalah musuh Islam yang tidak nyata, sedangkan syaitan adalah musuh yang nyata. Hmm, adakah kita betul seagama? Atau adakah engkau Muslim, betul Muslim?
       Agamaku adalah Islam, bukan Perkauman. Fahamilah, Muslim atau orang Islam bukanlah yang pro-perkauman. Dan erti Islam ialah penyerahan, yakni penyerahan diri kepada Allah, Dia, pencipta manusia, tuan manusia (rob-binnas), raja manusia (malikin-nas), tuhan manusia (ila-hinnas). "Muslim" adalah sama ertinya dengan yang "aslim". "Aslim" ialah menyerah, tetapi "tawakkal" ialah berserah. Pendek kata, erti Muslim ialah yang menyerah diri kepada Allah, tidak sombong terhadap Allah, usahkan derhaka terhadap Allah, usahkan shirik ataupun curang terhadap Allah. Hanya Allah adalah pencipta agama Islam. Dan hanya Allah adalah pengarang al Quran. Perhambaan adalah lawan kepada kemerdekaan. Dan shirik adalah lawan kepada tauhid. Al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran, tetapi "Hadis sahih" adalah sumber bidaah (ada-adaan) dan kesesatan. Dan kebenaran patut diterima walau siapapun si penyampai.
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah
@ Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
Munafiq (Munafik) Dan Guru, Dan Bohong 2 Kali
- http://bit.ly/2FuCHtU 
•••••
Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim
- https://goo.gl/BakH6w