Wednesday, March 18, 2020

Kenapa Tolak Mahathir?

Tak perlu ada 50 dalil mahupun 5000 sebab sebelum membuat keputusan untuk tidak menyokong Mahathir. 1 dalil atau sebab sudah cukup, iaitu mungkir janji. Yang mungkir janji bukanlah yang patut diberikan sokongan. Yang mungkir janji tidaklah patut diambil sebagai pemimpin ataupun ketua. Dan yang mungkir janji bukanlah yang patut dipercaya kata-katanya.
       "Biarlah" Mahathir putar-belit atau berdolak-dalih. "Biarlah" Mahathir syok sendiri. Dan "biarlah" UMNO dan PAS dan MCA mempergunakan Mahathir. Tetapi, tidak ada siapa berhak untuk membohong, usahkan menzalimi. Kebenaran patut diketahui dan disampaikan dan diterima. Dan keadilan patut ditegakkan dan diperjuangkan. Hmm, janji "dicapati" @ dimungkiri, tidak ditepati. Cakap tak serupa bikin. Dan selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, dia kemudian ingin lagi menjadi Perdana Menteri? Sebenarnya, siapakah yang "gila-gila" ataupun lebih kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri? Dan siapakah yang sebenarnya lebih mementingkan diri sendiri berbanding negara?
       Berapa banyakkah masaalah dan kerugian kepada negara akibat tindakannya? Berapa banyakkah masaalah dan kerugian kepada negara apabila dia meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, tetapi tidak menyerahkannya kepada Anwar Ibrahim sepertimana yang dijanjikan? Bagaimana pula dengan kerugian kepada mereka yang telah menyokongnya? Tidakkah jelas bahawa Mahathir Mohamad adalah yang gila kuasa atau yang lebih gila kuasa berbanding Anwar Ibrahim? Hmm, semakin tua, semakin gila? Apapun, fahamilah bahawa buruk sangka dan membohong adalah tanda busuk hati. Pengikut "ajaran sesat Syahadah" adalah Munafiq atau Muslim palsu. Dan mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah bagaimana untuk menjadi Muslim, tetapi bagaimana untuk menjadi Munafiq, Kafir. Kehidupan di Dunia adalah sementara, hanya sementara. Jangan untung jangka pendek, tetapi rugi jangka panjang. Dan sedarlah, hanya Allah berhak sebagai tuan kita, raja kita. Ingat mati. Ingat, kepada Allah kita dikembalikan. Dan Neraka sedia menanti.
       Buruk sangka dan membohong adalah tanda busuk hati. Putar-belit dan berdolak-dalih membawa kepada kesesatan. Dan yang menyembah selain Allah, iaitu yang menghambakan diri kepada selain Allah, iaitu yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah, bukanlah yang mendapat hidayah Allah, tetapi adalah yang sesat, sangat sesat, juga adalah Mushrik, najis, tidak suci, usahkan mulia. Insaflah. Sembahlah Allah, hanya Allah. Dan "aslim"lah kepada Allah.
•••••
Janji Dan Ciri Utama Muslim Sebenar
- https://bit.ly/39VGXze
•••••
Bohong Atau Propaganda MCA Dan UMNO
- https://bit.ly/32iPIke
•••••
Selamatkan Malaysia, Dan Kenali Muslim
- https://bit.ly/2H2Y85G
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv