Saturday, April 25, 2020

Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik Dan Tauhid Dan Perhambaan

Bangga atau gembira selepas melakukan solaat? Sedarlah, melakukan solaat bukanlah bermakna menyembah Allah. Solaat bukanlah sembahyang. Dan solaat bukanlah ibadat, tetapi amal ibadat. Kalau tak sembah Allah, hanya Allah, maka membawa ke Neraka atau menambah dosa atau sia-sia adalah solaat dan amal ibadat lain. Dan pernahkah engkau dengar seseorang berkata, "Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun"? "Sembah", bukan "hormat". Dan sebenarnya, apa itu "patik"? Bagaimana pula dengan "duli"? Janganlah putar-belit.
       Jangan silap mengenai erti sembah, usahkan silap mengenai bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Ingat atau sedarlah, menyembah selain Allah adalah shirik. Dan lawan kepada shirik adalah tauhid. Menyembah ialah menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan: Maka? Menyembah = menghambakan diri = mempertuankan. Mempertuankan selain Allah, apatah lagi memperajakan selain Allah, adalah menyembah selain Allah, dan menyembah selain Allah adalah shirik, maka mempertuankan selain Allah, apatah lagi memperajakan selain Allah, adalah shirik. Nampak? Bertenang. Bertenang dan fikirkanlah. Sesungguhnya, yang betul berhak sebagai tuan kita adalah Allah, pencipta kita. Suka atau tidak, Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. Dan suka atau tidak, Allah tetap "rob-binnas" (tuan manusia), "malikin-nas" (raja manusia), "ila-hinnas" (tuhan manusia).
       Melakukan solaat bukan bermakna menyembah Allah. Dan mengucap kalimah "laa-ilaha-illallah" bukanlah bagaimana untuk mentauhidkan Allah. Sila sedar, mengucap kalimah "laa-ilaha-illallah" tidaklah menjadikan engkau seorang yang menyembah Allah, hanya Allah. Kalimah "laa-ilaha-illallah" tidaklah patut dikatakan "kalimah tauhid". Dan pendek kata, kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah adalah sama erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. Ingat atau fahamilah, mentauhidkan Allah, iaitu bersetia kepada Allah, adalah dengan menyembah Allah, hanya Allah, tidak menghambakan diri kepada selain Allah, maka tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Dan suka atau tidak, kita adalah hamba Allah. Kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Faham? Sesungguhnya, Allah, hanya Allah berhak sebagai tuan kita. Hanya Allah adalah yang berhak sebagai raja kita. Dan kita wajib setia kepada Allah. Allahu akbar.
       Agama Islam adalah untuk penyembahan Allah. Agama Islam adalah untuk penyerahan diri kepada Allah. Dan agama Islam adalah untuk kemerdekaan, bukan untuk perhambaan. Fahamilah, perhambaan, juga shirik, bukanlah di mana Allah adalah raja atau tuan, tetapi di mana selain Allah adalah raja atau tuan. Ingat, Allah sentiasa berkuasa sebagai tuan manusia dan raja manusia dan tuhan manusia. Maka? Pendek kata, ketuanan adalah hak asasi Allah, dan kemerdekaan adalah hak asasi manusia. Dan menurut atau berlandaskan ayat 5, surah Fatihah, dan 3 ayat pertama di surah Kafirun, Muslim menyembah Allah, hanya Allah. Sedarlah, kalau selain Allah adalah yang engkau sembah, sebenarnya sembah, maka engkau bohong kepada Allah semasa mengucap ayat 5, surah Fatihah. Dan bohong kepada Allah adalah berdosa, sangat berdosa. Maka? Faham dan ingatlah bahawa memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah atau bermakna menyembah selain Allah. Dan yang menyembah selain Allah bukanlah yang mendapat hidayah dari Allah, tetapi adalah yang sesat, sangat sesat, juga biadab, sangat biadab terhadap Allah, Dia yang paling berkuasa, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Maka? Fikir, suka atau redhokah Allah kalau engkau memperajakan atau mempertuankan selain Dia, si pencipta, si pemberi nyawa? Dan siapakah yang dipertuankan dan diperajakan oleh Nabi Muhammad dan Rasulullah yang lain? Jujurlah. Percayalah yang munasabah. Dan buatlah yang patut.
       Ringkas kata, Muslim adalah yang percaya atau menerima bahawa Allah adalah penciptanya, tuannya, rajanya, tuhannya. Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, iaitu yang menghambakan diri kepada Allah, hanya Allah, maka mempertuankan Allah, hanya Allah, dan memperajakan Allah, hanya Allah. Muslim tidak menghambakan diri kepada selain Allah, maka tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Dan Muslim adalah yang "aslim" atau menyerah diri kepada Allah, tidak menentang Allah, juga tidak sombong terhadap Allah. Benar, Muslim mempertuankan Allah, hanya Allah, dan memperajakan Allah, hanya Allah. Dan kalau engkau ingin mentauhidkan Allah dan menjadi Muslim, maka amalkan, "oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Fahamilah. Dan terimalah hakikat, jangan mendustakan. Kebenaran dan ajaran Allah sentiasa patut diterima. Dan yang bercanggah dengan ajaran Allah ataupun kebenaran adalah yang menyesatkan atau patut ditolak.
     Apakah "sembah" dan "hamba" di dalam bahasa Arab? Jangan bohong ataupun tertipu: Sebenarnya, abdi = hamba, dan menyembah = menghambakan diri = beribadat = mengabdikan diri. Fakta, menyembah = menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba. Fakta, kalau ada hamba, maka adalah tuan. Dan raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Sila fahamkan dan perhalusi. Sedarlah bahawa menyembah = menghambakan diri = mempertuankan. Kalau engkau tidak mempertuankan Allah, maka engkau tidaklah menyembah Allah. Dan ingat atau sedarlah, kalau engkau memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah, maka engkau sebenarnya menyembah selain Allah, walaupun engkau sedang tekun melakukan solaat. Maka?
•••••
9 Betul Ataukah 9 Bohong?
- http://bit.ly/2MiOpO2
•••••
Munafiq (Munafik) Dan Guru, Dan Bohong 2 Kali
- http://bit.ly/2FuCHtU
•••••
Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim
- https://goo.gl/BakH6w
•••••
Engkau Dan Aku Dan Agamamu Yang Sebenar
- https://bit.ly/2Qer26K
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
- https://goo.gl/pezs6w