Monday, May 18, 2020

UMNO Dan PAS: Betulkah Demi Agama Dan Bangsa, Bukan Perosak @ Siapakah Muslim Sebenar?

Adakah orang UMNO dan orang PAS menyembah Allah, hanya Allah, serta "aslim" atau menyerah diri kepada Allah? Bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohamad dan orang "Tabligh"? Kalau jawapannya adalah "tidak", maka mereka bukanlah Muslim, usahkan Mukmin, usahkan Muttaqin. Dan kalau mereka sebenarnya bukan Muslim, maka adakah mereka sebenarnya memperjuangkan ataupun membela agama Islam? Munasabahlah.
       Sedarlah bahawa 2 ciri utama Muslim atau orang Islam adalah menyembah Allah, hanya Allah, dan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Mengenai menyembah Allah, hanya Allah, fahami ayat 5 di surah Fatihah, dan 3 ayat pertama di surah Kafirun. Di dalam bahasa Arab, "sembah", juga "hamba", adalah perkataan yang ejaannya adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal". Maka? Benar, sembah ada kaitannya dengan hamba. Dan menyembah = menghambakan diri. Abdi adalah sama ertinya dengan hamba, maka mengabdikan diri = menghambakan diri. Dan sebenarnya, beribadat = mengabdikan diri = menyembah = menghambakan diri. Mengenai "aslim", ketahuilah bahawa Muslim = yang "aslim" (kepada Allah), maka yang tidak "aslim" (kepada Allah) bukanlah Muslim. Dan "aslim" ialah menyerah, sedangkan "tawakkal" ialah berserah. Mengenai erti sembah, sila perhalusi hakikat bahawa menyembah = menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan bahawa raja adalah tuan, semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Maka?
       Sedarlah, menyembah = menghambakan diri = mempertuankan. Dan mempertuankan selain Allah, apatah lagi memperajakan selain Allah, adalah menyembah selain Allah. Suka atau tidak, Allah berhak sebagai tuan dan sebagai raja ke atas semua ciptaanNya, termasuk manusia. Dan berlandaskan surah an-Nas, Allah adalah "rob-binnas" (tuan manusia), "malikin-nas" (raja manusia), "ila-hinnas" (tuhan manusia). Jangan kena tipu: Perkataan Arab yang sama ertinya dengan tuhan bukanlah "rob" (rabb), tetapi "ilah" atau "ilahi". Dan "malik" = raja. Percaya atau terimalah bahawa Allah, pencipta kita, adalah tuan kita. Percaya atau terimalah bahawa Allah adalah raja kita. Dan mengenai "syahadah Munafiq" di dalam al Quran, sila fahami ayat 1 di surah Munafiqun. Bohong dan sangatlah menyesatkan adalah ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan pengarang "Hadis Nabi" bukanlah Nabi Muhammad, maka "Hadis Nabi" tidaklah patut disamakan dengan kata-kata Nabi Muhammad. Melakukan solaat bukanlah bermakna menyembah Allah. Benar, menyembah ialah menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Dan benar, Muslim mempertuankan Allah, hanya Allah, dan memperajakan Allah, hanya Allah, tidak seperti Mushrik.
       Mushrik = yang shirik terhadap Allah. Menyembah selain Allah adalah shirik. Dan yang menyembah selain Allah adalah Mushrik, iaitu yang shirik terhadap Allah. Bukalah minda. Selidiklah. Perhalusi atau fahami fakta. Dan awas, menyangka bukanlah mengetahui. Fikirlah secara jujur dan rasional. Luruslah. Dan kalau engkau fikir atau rasa bahawa aku salah, maka sila buktikan. Boleh? Fahamilah, buruk sangka dan membohong adalah tanda busuk hati. Putar-belit dan berdolak-dalih membawa kepada kesesatan. Dan tidak semua layak untuk mendapat hidayah Allah, usahkan SyurgaNya. Dulu, yang ramai bukanlah pengikut Nabi Muhammad, tetapi pengikut "Abu Jahal". Sekarang, yang ramai bukanlah pengikut Nabi Muhammad, tetapi pengikut "ajaran sesat Syahadah". Soalnya, siapa nak faham? Siapa nak sedar? Atau siapa boleh diajar? Ada otak, sila guna. Ada akal, sila fikir. Dan janganlah seperti binatang ternakan, usahkan lebih bodoh. Allah tidak memerlukan. Dan Neraka sedia menanti. Pendek kata, kalau engkau ingin masuk Syurga, atau mati di dalam Islam, atau kalau engkau ingin menjadi Muslim, sebenar Muslim, maka sebut serta amalkan, "oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Berat? Susah? Buatlah yang patut. Jangan rugi jangka panjang. Ingat, menyesal di Akhirat tidaklah berguna. Dan fahamilah bahawa sangat penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat hidayah Allah dan suatu tempat di SyurgaNya. Disiplinkanlah diri. Syahwat, juga marwah (maruah), bukanlah yang patut diikut. Dan mati, ingatlah mati.
       Janganlah mati, kecuali di dalam Islam, dengan kata lain, janganlah mati kecuali sebagai Muslim, sebenar Muslim. Ketahuilah bahawa agama Islam adalah untuk penyembahan Allah, dan untuk penyerahan diri kepada Allah. Dan agama Islam adalah untuk kemerdekaan manusia, bukan untuk perhambaan manusia. Tetapi apakah sikap dan kepercayaan mereka yang mengaku beragamakan Islam? Dan bagaimanakah sikap dan kepercayaan mereka yang mengaku pejuang atau pembela Islam? Adakah sejajar dengan Islam, atau adakah sebenarnya bercanggahan? Sedarlah. Soalan penting, adakah orang UMNO dan orang PAS mengajak supaya menyembah Allah, hanya Allah, iaitu mengajak supaya menghambakan diri kepada Allah, hanya Allah, iaitu mengajak supaya mempertuankan Allah, hanya Allah, dan memperajakan Allah, hanya Allah? Kalau tidak, maka? Dan adakah orang UMNO dan orang PAS mengajak supaya menyerah diri kepada Allah, tidak sombong, usahkan derhaka terhadap Allah, usahkan shirik atau curang terhadap Allah? Kalau tidak, maka? Bagaimana pula dengan orang "Tabligh" dan Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohamad dan imam-imam dan ustaz-ustaz? Hmm, sesat atau bahkan menyesatkan. Dan merosakkan. Dan macam-macam bohong dan putar-belit dan buruk sangka, terutama oleh orang UMNO. Bukalah minda. Fahami beberapa fakta. Dan awas, terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah, janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai.
       Ingat, kebenaran dan ajaran Allah patut diterima, tidak patut ditolak. Jangan berdolak-dalih. Dan al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran, tidak seperti "Hadis Nabi". Allah adalah pencipta agama Islam dan pengarang kitab al Quran. Dan Allah adalah penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Maka? Ingat, menyembah selain Allah adalah shirik. Shirik atau curang terhadap Allah adalah kesalahan yang paling berdosa dan paling merosakkan. Dan sedarlah, menambah dosa atau sia-sia adalah solaat dan amal ibadat lain kalau selain Allah adalah yang sebenarnya disembah.
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Hakikat 2 Kalimah Syahadah
- https://bit.ly/3fpr2wL
•••••
Bohong Atau Propaganda MCA Dan UMNO
- https://bit.ly/32iPIke
•••••
Perbezaan Pendapat Dan Yang Sesat
- https://bit.ly/2KzIeS7
•••••
Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik
Dan Tauhid Dan Perhambaan
- https://bit.ly/2VAi5ZB