Saturday, May 30, 2020

Najis Dan Munafiq Dan 4 Benda Yang Haram Dimakan

Beriman = percaya atau mempercayai. Soalnya, siapakah yang beriman? Adakah yang "sebut lain", tetapi "percaya lain" adalah yang beriman, betul beriman? Tidak. Yang sebut lain, tetapi percaya lain adalah Munafiq atau pembohong atau yang tidak beriman. Pendek kata, yang mencanggah ajaran al Quran bukanlah yang beriman kepada al Quran. Tidak semua mampu faham, betul faham. Dan tidak semua layak untuk mendapat hidayah dari Allah.
•••••
Kepada yang mengaku beriman kepada al Quran, adakah engkau percaya bahawa bukan anjing, tetapi Mushrik adalah najis (ayat 28, surah Taubah @ Quran 9:28)? Dan ketahuilah bahawa ejaan najis di dalam bahasa Arab adalah "nun-jim-sin". Yang haram dimakan atau diminum bukanlah bermakna ia najis. Babi dan daging babi tidaklah sama saja. Dan sedarlah bahawa ayat 145, surah an-Am (Quran 6:145) tidaklah mengatakan bahawa anjing adalah najis. Janganlah melampau atau melebih-lebih atau mengada-adakan. Dan pengarang "Hadis Nabi" bukanlah Nabi Muhammad, maka "Hadis Nabi" sebenarnya bukanlah kata-kata Nabi Muhammad. Jujurlah. Luruslah. Dan awas, takrif yang salah mengenai hadis dan sunnah dan syahadah adalah membawa ke Neraka atau menyesatkan.
•••••
Berlandaskan ayat 145, surah An-am (Quran 6:145), 4 perkara yang haram dimakan adalah bangkai dan darah yang mengalir dan daging babi, serta binatang yang disembelih dengan nama selain Allah atau atas nama selain Allah, tetapi sebenarnya, tidaklah disebut bahawa anjing adalah najis ataupun kotor. Hmm, apakah perbezaan antara "nun-jim-sin" (najis) dan "ra-jim-sin", atau apakah perbezaan antara "nun-jim-sin" (najis) dan "jim-sin"? Sila ambil tahu, atau katakanlah yang benar kalau engkau tahu. Awas, terjemahan yang betul untuk "rob" atau "rabb" (ra-ba), bukanlah tuhan, tetapi tuan, iaitu "lord" di dalam bahasa English. Sebenarnya, tuhan = ilah (alif-laam-ha) di dalam bahasa Arab, dan "god" di dalam bahasa English. Dan raja = malik (mim-laam-kaf) di dalam bahasa Arab, dan "king" di dalam bahasa English. Terimalah hakikat. Jangan putar-belit. Janganlah mendustakan. Dan ingat, terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah adalah menyesatkan atau memesongkan.
       Percaya atau terimalah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Sedarlah bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, tidak menghambakan diri kepada selain Allah, maka tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Dan sebenarnya, Muslim = yang "aslim" (menyerah, yakni menyerah diri) kepada Allah, maka seseorang perlulah menyerah diri kepada Allah kalau ingin masuk Islam atau menjadi Muslim. Sedarlah, yang tidak menyerah diri kepada Allah bukanlah Muslim. Yang memperajakan atau mempertuankan selain Allah adalah Mushrik. Dan Mushrik adalah najis (ayat 28, surah Taubah @ Quran 9:28). Sedarlah, kalau engkau sebenarnya bukan Muslim, maka engkau bukanlah Mukmin, usahkan Muttaqin. Dan kepada yang mengaku beriman kepada al Quran, adakah engkau mempercayai ajaran al Quran mengenai akal dan fikir dan "tadabbur"? Bagaimana pula dengan ajaran al Quran mengenai hadis dan sunnah dan syafaat? Dan bagaimana pula dengan ajaran al Quran mengenai "syahadah Munafiq" dan "aslim" dan sembah? Sedarlah. Hmm, yang ramai sebenarnya bukanlah pengikut Nabi Muhammad, tetapi pengikut "ajaran sesat Syahadah". Dan Allah tahu semua bohong dan ada-adaan Munafiq yang mengaku pengikut Nabi Muhammad dan mengaku beriman kepada al Quran.
•••••
Pendek kata, ketahui dan berpeganglah pada ajaran Allah, Dia, pencipta agama Islam, Dia, pengarang al Quran, Dia, "rob-binnas" (tuan manusia), "malikin-nas" (raja manusia), "ila-hinnas" (tuhan manusia). Mengenai "syahadah Munafiq" di dalam al Quran, fahami ayat 1, surah Munafiqun (Quran 63:1). Awas, terjemahan yang salah dan ada-adaan adalah menyesatkan atau memesongkan, begitu juga dengan pengertian dan kesimpulan yang salah. Sedarlah, "Hadis Nabi" dan fatwa dan apa pun yang bercanggah dengan ajaran Allah ataupun kebenaran patut ditolak, bukan patut diterima, bukan patut dipercaya. Dan Muslim mementingkan ajaran Allah dan kebenaran, dan keadilan serta kejujuran, tidak seperti Munafiq.
•••••
UMNO Dan PAS: Betulkah Demi Agama Dan Bangsa,
Bukan Perosak @ Siapakah Muslim Sebenar?
- https://bit.ly/36bwYFw
•••••
Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik
Dan Tauhid Dan Perhambaan
- https://bit.ly/2VAi5ZB
•••••
Hakikat 2 Kalimah Syahadah
- https://bit.ly/3fpr2wL
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN