Monday, June 8, 2020

Yang Muslim Dan Yang Beriman

Fakta, Muslim = yang "aslim" (kepada Allah): Maka, apakah susulan itu? Muslim = yang "aslim". Kepada siapa Muslim "aslim"? Jawapan: Kepada Allah. Muslim = yang "aslim" kepada Allah, maka yang tidak "aslim" kepada Allah bukanlah Muslim. Dan Muslim = yang "aslim" kepada Allah, maka "aslim" kepada Allah adalah perlu untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Faham? Soalan, adakah dengan mengucap "kalimah Syahadah" engkau menjadi "aslim" kepada Allah, ataupun menjadi penyembah Allah? Jawapan: Tidak. Maka?
•••••
Janganlah mengada-ngada, usahkan bohong atau mendustakan: Suka atau tidak, kebenaran patut diterima, walau siapapun aku atau si penyampai. Benar, yang penting bukanlah aku, juga bukanlah Rasulullah, berbanding kebenaran, iaitu hakikat atau fakta. Dan sedarlah bahawa bohong serta menyesatkan adalah ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Sesungguhnya, masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan menyembah Allah, hanya Allah, serta dengan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Yang ramai bukanlah pengikut Nabi Muhammad, tetapi pengikut "ajaran sesat Syahadah". Dan semakin engkau tidak tahu ajaran Allah, maka semakin engkau mudah untuk dipesongkan dari ajaran Allah. Sila fahami ajaran Allah yang ada di dalam al Quran. Dan ingat, kalau inginkan balasan baik dari Allah, maka ikutlah ajaran Allah.
•••••
Beriman? Siapakah yang beriman, betul beriman? Adakah yang "sebut lain", tetapi "percaya lain" adalah yang beriman, betul beriman? Jawapan: Tidak. Beriman = percaya atau mempercayai. Kalau engkau sebenarnya salah faham atau tidak faham, maka engkau bukanlah betul percaya. Dan sedarlah, kalau engkau sebenarnya bukan Muslim, maka engkau bukanlah Mukmin, usahkan Muttaqin, di samping bukan pengikut Nabi Muhammad. Ilmu masuk Islam dan ilmu sembah: Awas, jangan kena tipu ataupun silap mengenai masuk Islam dan sembah. Jangan menyangka ikut suka ataupun marwah. Bukalah minda. Dan fahami beberapa fakta.
•••••
Solaat Yang Sia-Sia, Dan Mengenai Shirik
Dan Tauhid Dan Perhambaan
- https://bit.ly/2VAi5ZB
•••••
Hakikat 2 Kalimah Syahadah
- https://bit.ly/3fpr2wL
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN