Tuesday, April 22, 2014

Warkah Untuk Ain @ Cinta Facebook

Masih terbayang. Masih di hati. Ain. Berdebar, atau juga malu ataupun segan, bila berhampiran dengan Ain, atau bahkan bila terpandang Ain. Kenapa? Hmm, tidakkah begitu adalah kesan cinta sejati terhadap lelaki? Tertarik dan mahu, tetapi takut ataupun malu atau juga entah apa. Mulut abang bagaikan terkunci. Lidah abang bagaikan beku. Maka, apa kata kalau Ain memulakan saja kata-kata serta kemesraan? Terus-terang, abang ingin mendapatkan seorang dara untuk dijadikan isteri, tetapi yang abang mahukan bukanlah yang sekadar dara. Yang abang mahukan adalah seorang dara yang mementingkan kejujuran serta kesucian. Lebih penting, yang abang mahukan adalah seorang dara yang menyembah hanya Allah, bukan yang sekadar mempertuhankan hanya Allah. Dan yang abang mahukan adalah seorang dara yang berakal, berbanding bermarwah. Ain, sesungguhnya Nabi Muhammad dan siapapun rasulullah tidaklah mempertuan-rajakan selain Allah, juga tidaklah Nabi Muhammad dan siapapun rasulullah menyanjung-agungkan selain Allah. Dan marwah patutlah dikawal sebagaimana syahwat dan nafsu kebendaan patut dikawal. Ain, cinta sejati bukanlah cinta syahwat, usahkan cinta kebendaan. Cinta sejati, begitu juga ataupun apatah lagi hidayah Allah, bukanlah untuk semua dan sesiapa saja. Dan Allah, si pemberi cinta dan hidayah, adalah maha mengetahui serta maha mulia.
    Wahai Ain, penilaian dan ajaran yang paling penting adalah penilaian dan ajaran Allah, Dia, hakim terwajar, Dia yang teramat berkuasa yang kepadaNya kita pasti dikembalikan, Dia, satu-satunya pengarang al Quran dan pencipta Islam. Hidayah Allah dan SyurgaNya bukanlah untuk pelampau dan pendusta. Dan cinta sejati bukanlah ada di mana-mana saja, sebagaimana yang berhati mulia ataupun berjiwa suci bukanlah ada di mana-mana saja, ataupun sebagaimana yang mempertuan-rajakan hanya Allah serta “aslam” kepada Allah bukanlah ada di mana-mana saja. Jiwa yang suci, murni, lebih-lebih lagi hati yang mulia, terpuji: itulah yang cukup sesuai untuk cinta sejati, iaitu bukan cinta syahwat, dangkal, usahkan cinta kebendaan, murahan. Jadilah orang isi, bukan ataupun berbanding orang kulit. Dan janganlah tak pandai menilai, usahkan sombong ataupun tak mahu diajar. Wahai Ain, tidakkah kita sebenar-benarnya saling suka ataupun tertarik? Tidakkah beberapa kali berbalas “poke” di Facebook bermakna saling suka ataupun berminat? Ain, berterus-terang dan jujur memudahkan urusan. Mesra dan jujur adalah resepi kebahagiaan. Dan jujur, lebih-lebih lagi adil, adalah nilai murni yang sangatlah tinggi martabatnya; namun janganlah harap semua orang setuju. Wahai Ain, siapakah yang tidak mahukan cinta sejati? Namun jiwa yang kotor ataupun hati yang jahat tidaklah sesuai untuk cinta sejati. Dan jiwa yang kotor amatlah tidak sepadan dengan hati yang mulia. Dan perempuan yang perlu ataupun seolah-olah meminta diorat dan dipuji serta dihampiri: tidakkah yang sesuai adalah lelaki syahwat yang mabuk kemarwahan, ataupun perigi tak sedar diri yang rendah dalam kewajaran? Sebenarnya, tidakkah kebanyakan orang mementingkan marwah dan kebendaan, berbanding kebenaran dan keadilan dan cinta? Dan sebenar-benarnya, sudikah Ain menjadi calun isteri ataupun teman istimewa abang di alam nyata?
    Wahai Ain, sedarlah bahawa yang menyembah selain Allah adalah kafir, walaupun menutup aurat dan melakukan solat, serta hebat gelaran dan pangkatnya. Yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah tidaklah halal untuk dikahwini oleh orang Islam yang sebenar. Dan sesungguhnya, al Quran, kalamullah, adalah sumber Islam dan kewajaran, sedangkan Hadis adalah sumber bidaah (ada-adaan) dan kesesatan. Wahai Ain, sesungguhnya tidaklah Nabi Ibrahim, juga tidaklah Nabi Muhammad, masuk Islam dengan mengucap kalimah syahadah, oleh itu, takkanlah Nabi Ibrahim ataupun Nabi Muhammad mengajar bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah. Wallahi, bohong ataupun tidak benar adalah bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah. Dan gara-gara percayakan Hadis ataupun ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah, maka betapalah ramai adalah orang Islam palsu, termasuklah yang kafir tak sedar diri. Wahai Ain, sesungguhnya “rob” bukanlah “ilah”, ataupun tuhan, ataupun “god”, tetapi “rob” adalah tuan, juga adalah “lord”. Dan takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya, sedangkan kalau ada hamba maka adalah tuan, apatah lagi sedangkan Allah adalah yang paling berkuasa. Wahai Ain, kita adalah ciptaan serta hamba kepunyaan Allah, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Dan percayalah, Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita; dan kepada Allah kita patut, bahkan wajib, “aslam”, yakni menyerah diri, tidak angkuh, usahkan derhaka, usahkan shirik. Wahai Ain, sembahlah Allah, hanya Allah, yakni pertuankanlah Allah, hanya Allah, serta perajakanlah Allah, hanya Allah. Dan menyerahla
h kepada Allah, Dia, satu-satunya tuhan, sebenar tuhan, yakni pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapapun. Wahai Ain, sila amalkan yang berikut: “oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salam, oh Allah, salam.” Semoga Ain faham dan dilapangkan dada. Wassalamualaikum.