Thursday, March 9, 2017

Hakikat Kita, Dan Asas Untuk Kejayaan Diri Serta Kemakmuran Seluruh Dunia

Siapa kita? Bagaimanakah kita boleh ada nyawa ataupun roh? Kita adalah ciptaan Allah, Dia, satu-satunya pencipta Islam, Dia, satu-satunya pengarang al Quran, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Kita tidak dilahirkan di dalam Islam, tetapi di dalam kejahilan. Dan kepada Allah kita dikembalikan. Allah tidak mencipta kita melainkan untuk atau supaya menyembahNya, iaitu menghambakan diri kepadaNya. Awas, beribadat dan menyembah adalah sama ertinya, begitu juga dengan abdi dan hamba. Dan sedarlah bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah, atau bermakna menyembah.
    Fahamilah, bukanlah sembahyang ataupun penyembahan ataupun ibadat tanpa sembah, atau tanpa menyembah. Dan solaat ialah sod-lam-alif-ta, tetapi sembah di dalam bahasa Arab ialah ain-ba-dal, dan ibadat ialah ain-ba-dal-ta. Maka? Sedarlah, yang patut disama-ertikan dengan sembahyang ataupun penyembahan ialah ibadat, bukan solaat. Solaat bukanlah sembahyang, apatah lagi kalau sembahyang sebenarnya ialah “sembah hyang”. Sedarlah, melakukan solaat bukanlah bermakna menyembah Allah, usahkan bermakna mentauhidkan Allah. Dan mengenai sembah atau menyembah, sila perhalusi 3 hakikat atau fakta, iaitu bahawa menyembah ialah menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, serta bahawa raja adalah tuan, semestinya adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Jujurlah. Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan, susulan itu, kalau kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Ketahuilah, erti “rob” (rabb) bukanlah yang memerintah, oleh itu, “rob” tidaklah patut diterjemahkan kepada yang memerintah. Sebenarnya, “rob” dan “malik” dan “ilah” adalah 3 jenis pemerintah, atau 3 kategori pemerintah. Sesungguhnya, “rob” dan “malik” dan “ilah” patut diterjemahkan kepada “tuan” dan “raja” dan “tuhan”. Dan awas, jangan menjadi najis atau terpesong ataupun salah gara-gara erti atau terjemahan yang salah ataupun kurang tepat.
    Sebenarnya, siapakah yang bangga atau suka kalau selain Allah adalah yang engkau pertuankan, atau bahkan perajakan? Adakah Allah dan rasulNya? Atau adakah Iblis dan syaitan? Bayangkanlah. Jujurlah. Dan sedarlah, kalau tidak mempertuankan Allah, maka tidaklah menghambakan diri kepada Allah, maka tidaklah menyembah Allah. Percayalah, “Allah ialah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita”. Dan sila hayati atau amalkanlah, “oh Allah, penciptaku, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam”. Janganlah sombong, usahkan derhaka, usahkan shirik terhadap Allah. Ingat mati. Dan janganlah mati melainkan di dalam Islam, iaitu di dalam penyerahan diri kepada Allah, Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia, iaitu “lord of humans”, “king of humans”, “god of humans”.