Friday, September 8, 2017

Ustaz Yang Sangat Menyesatkan @ Bohong Dan Putar-Belit Munafiq

Yang ramai bukanlah yang mengabdikan diri kepada Allah, tetapi yang mengaku mengabdikan diri kepada Allah. Kalau tidak menggunakan istilah “abdi”, iaitu perkataan yang berasal dari bahasa Arab, maka, yang ramai bukanlah yang menyembah Allah, tetapi yang mengaku menyembah Allah. Dan yang ramai bukanlah Muslim, tetapi yang mengaku Muslim. Fahamilah. Sebenarnya, bagaimanakah Rasulullah masuk Islam? Siapakah yang Rasulullah pertuankan, perajakan, pertuhankan, tetapi siapakah yang si ustaz pertuankan, perajakan, pertuhankan? Dan apakah erti Muslim, iaitu yang “aslim”, maka apakah susulan itu? Jangan tertipu, usahkan bohong mengenai masuk Islam, ataupun mengenai erti mengabdikan diri dan ibadat dan sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam. Sesungguhnya, yang mempertuankan selain Allah, begitu juga atau lebih-lebih lagi yang memperajakan selain Allah, adalah yang mengabdikan diri kepada selain Allah. Dan yang mengabdikan diri kepada selain Allah adalah Kafir. Maka?
    Sesungguhnya, beribadat dan mengabdikan diri dan menghambakan diri dan menyembah adalah sama ertinya. Dan antara percanggahan al Quran dengan Hadis “sahih” adalah mengenai ulama dan masuk Islam, dan mengenai yang membezakan Muslim dari Kafir. Siasatlah. Beranilah untuk memikirkan. Dan kalau engkau ingin menjadi mulia, sungguh mulia, ataupun kalau engkau ingin menjadi Muslim yang sebenar, maka hayati atau amalkanlah, “oh Allah, penciptaku, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam”. Mengenai syahadah Munafiq, sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Sedarlah, bahawa “syahadan”, begitu juga “syahadu”, adalah menyaksikan, bukan bersaksi, usahkan memperakui. Dan celaka, atau sangat menyesatkan adalah ustaz yang mengajar bahawa mengabdikan diri bukanlah menyembah atau bukanlah menghambakan diri, atau bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah Syahadah, ataupun bahawa erti Islam adalah “salaam”, bukan penyerahan. Hmm, bohong dan putar-belit Munafiq. Dan syaitan cukup mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan.

-----  Semoga artikel berikut boleh membantu  -----
Hak Allah, Dan Mengenai Tuhan Dan Disiplin
    https://goo.gl/F6pb1X
Malang Ahli PAS, Dan Yang Sebenarnya Kafir, Dan Yang Sepatutnya Diikut
    https://goo.gl/V14u9N
Hakikat Kita, Dan Asas Untuk Kejayaan Diri Serta Kemakmuran Seluruh Dunia
    https://goo.gl/5OXGJH
Di Kesamaran Cinta, Dan Hal Yang Lebih Penting
    https://goo.gl/YHVgXa
Merdeka Dan Sembah, Dan Keuntungan Abadi
    https://goo.gl/JzWH3m