Thursday, December 14, 2017

Tuhan Dan Allah @ Jangan Sekadar Betul Sebut

Siapakah "ila-hinnas", iaitu tuhan manusia? Allah adalah ila-hinnas, iaitu tuhan manusia, semua manusia. Allah adalah tuhan semua manusia, walaupun tidak semua manusia menyembahNya. Dan benar adalah bahawa "laa-ilaha-illallah", iaitu bukan tuhan kecuali Allah.
       Ketahuilah, bahawa "lam-alif", iaitu "laa", adalah sama ertinya dengan tidak atau bukan atau jangan. "Laa" di dalam bahasa Arab bukanlah "tiada" ataupun "tidak ada" di dalam bahasa Melayu. Dan fahamilah, bahawa lawan kepada "laa" adalah "naam", bukan "wujud". Sesungguhnya, erti tuhan bukanlah sembahan, juga bukan "supreme being", tetapi erti tuhan adalah "sovereign ruler", iaitu pemerintah yang tidak dikuasai. Dan bukanlah tuhan kecuali Allah, dengan kata lain, hanya Allah adalah tuhan.
       Allah, hanya Allah, adalah tuhan, sebenar tuhan, iaitu pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapa pun. Dan disembah atau tidak, Allah tetaplah rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Selamat berfikir dengan logik dan secara rasional dan jujur dan tenang. Hmm, betapa ramai yang betul pada sebutan, tetapi sebenarnya salah pada kefahaman, maka sebenarnya tidak percaya.
       Betapa ramai adalah yang sedang sesat tak sedar diri akibat terjemahan atau pengertian yang salah, ataupun akibat tersalah guru. Dan fahamilah, betapa penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat hidayah Allah dan suatu tempat di SyurgaNya.