Friday, December 8, 2017

Khadam Atau Alat Politik, Dan Jangan Membazir Undi

••• KHADAM ATAU ALAT POLITIK, Dan Mengenai Kepatutan ••• 
Yang mana adalah betul, atau lebih masuk akal?
A. PKR adalah khadam DAP.
B. UMNO adalah khadam MCA.
       Hmm, macam-macam temberang atau dolak-dalih UMNO. Sejujurnya, adakah engkau puas hati dengan GST dan harga petrol? Bagaimana pula dengan tahap keadilan serta kebebasan untuk bersuara? Dan tidakkah betul bahawa selagi Melayu UMNO berkuasa, selagi itulah Cina MCA boleh terus untung besar, bahkan menguasai perniagaan dan ekonomi di Malaysia?
       Yang penting atau lebih penting, bagaimanakah Rasulullah masuk Islam? Apakah erti Muslim, maka apakah susulan itu? Dan fahamilah, bahawa yang salah mengenai masuk Islam sangatlah tidak patut diterima sebagai ulama Islam, mahupun dianggap sebagai Muslim sebenar, begitu juga dengan yang salah mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam dan perhambaan dan shirik. Suka atau tidak, kehidupan di Dunia hanyalah sementara.

••• JANGAN MEMBAZIR UNDI •••
Kenapa patut undi Pakatan? Dalam pertandingan 3 penjuru, PAS takkan menang. Sudah terbukti. Dan sedarlah, memberikan undi kepada PAS bermakna memudahkan UMNO-BN untuk menang, di samping tidak membawa ke Syurga. Pendek kata, kalau nakkan perubahan yang positif dan lebih kebaikan, maka undi atau sokonglah Pakatan, bukan PAS, usahkan UMNO-BN. Dan mengenai syahadah Munafiq, sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun.