Monday, September 6, 2021

Antara Islam Dan Muslim, Dan Hyang Dan Allah


Sudah Islam? Islam adalah sama ertinya dengan Penyerahan, maka siapa sudah Islam, dengan kata lain, siapa sudah Penyerahan? Ada? Hakikatnya, Islam adalah suatu agama. Dan seseorang manusia hanya boleh berada di dalam Islam, atau di luar Islam. Muslim adalah seseorang yang berada di dalam Islam. Dan Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah). Yang berada di dalam penyerahan (diri) adalah sama ertinya dengan yang menyerah (diri). Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim", bukan sama ertinya dengan yang "tawakkal". Dan "aslim" adalah sama ertinya dengan menyerah atau menyerah diri, sedangkan "tawakkal" adalah berserah. Awas, ulama Hadis dan ulama mazhab janganlah disamakan dengan ulama Islam. Dan terjemahan atau pengertian atau kesimpulan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya. 
       Islam adalah sama ertinya dengan Penyerahan. Penyerahan apa? Penyerahan diri kepada Allah. Dan Muslim adalah yang menyerah diri kepada Allah, tidak sombong, usahkan derhaka, usahkan shirik (syirik) terhadap Allah. Sedarlah bahawa tidak mungkin Muslim adalah seseorang yang bohong (kepada Allah) semasa melafazkan atau mengucap bahagian pertama ayat 5, surah Fatihah. Dengan kata lain, seseorang yang bohong (kepada Allah) semasa melafazkan atau mengucap bahagian pertama ayat 5, surah Fatihah tidak mungkin seorang Muslim. Dan dengan kata lain, hanya seseorang yang menyembah Allah, hanya Allah adalah yang mungkin seorang Muslim. Sebenarnya, ramaikah yang sudah masuk Islam atau menjadi Muslim? Atau ramaikah Melayu atau manusia yang menyembah Allah, hanya Allah? Jangan kena tipu atau silap mengenai bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Dan janganlah kena tipu atau silap mengenai erti Muslim atau Islam atau sembah atau tuhan. Sesungguhnya, Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, dan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah), maka seseorang perlulah "aslim" (kepada Allah) untuk menjadi Muslim. Dan kalau engkau sebenarnya tidak menyaksikan, maka engkau tidaklah boleh "bersaksi" atau "bear witness". Fikir, bolehkah engkau "bersaksi" bahawa emak dan bapa engkau bernikah? Jangan bohong atau putar-belit: Bersaksi tidaklah sama ertinya dengan memperakui. Dan sebenarnya, apakah "aku menyaksikan" atau "I bear witness" di dalam bahasa Arab: Tidakkah "ash-hadu"? Pendek kata, masuk Islam, iaitu menjadi Muslim, bukanlah dengan mengucap "kalimah Syahadah", tetapi dengan menyembah Allah, hanya Allah dan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. 
       Ingat, yang sebenarnya bukan Muslim bukanlah pengikut Nabi Muhammad. Dan yang sebenarnya bukan Muslim bukanlah Mukmin, usahkan Muttaqin. Soalan, adakah mazhab di dalam Islam, iaitu suatu agama ciptaan Allah? Fahamilah bahawa Allah, begitu juga Nabi Muhammad, bukanlah pencipta ataupun pengasas suatu mazhab: Maka? Tidaklah ada mazhab di dalam Islam. Dan yang najis menurut al Quran adalah Mushrik. Mushrik adalah najis, menurut ayat 28, surah Taubah (Quran 9:28). Dan mengenai 4 benda yang haram dimakan, fahami ayat 145, surah An-am (Quran 6:145). Fahamilah bahawa yang ramai bukanlah pengikut Nabi Muhammad, tetapi pengikut "ajaran sesat Syahadah". Sembah Hyang adalah shirik, sedangkan sembah Allah, hanya Allah adalah tauhid. Dan mengucap "kalimah Syahadah" adalah bagaimana untuk menjadi Munafiq atau Muslim palsu. Kalau engkau ingin masuk Islam atau menjadi Muslim, atau kalau engkau ingin mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, maka sila sebut (kepada Allah), dan lebih penting, hayati atau amalkan, "Oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Fikirkanlah. Dan jujurlah. 
••••• 
Ilmu Masuk Islam @ Bagaimana Untuk 
Masuk Islam @ Menjadi Muslim Yang Sebenar 
- https://bit.ly/3wlgvuy 
••••• 
Hakikat Shirik, Dan Mengenai Merdeka 
Dan Kesetiaan Kepada Allah 
- https://bit.ly/3iLU3GD 
••••• 
The True Meaning Of Worship, And Regarding 
Fake Muslims And The Enemies Of Islam 
- https://bit.ly/3657r1o 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat 
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
••••• 
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam 
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace" 
- https://bit.ly/34Sfrmd