Wednesday, May 15, 2013

Sinar Selangor (UMNO-BN) vs Selangor Kini (PKR-PR)

Kedua-dua akhbar nampak professional, tetapi malangnya, dalam Sinar Selangor tidak dinyatakan siapa penerbitnya, juga tidak dinyatakan siapa ketua pengarang dan siapa pengarang beritanya. Kenapa? Takut kena saman fitnah ke? Ringkas kata, Sinar Selangor adalah yang tidak sepatutnya dipercayai; maka UMNO-BN ataupun pihak yang berada di sebalik akhbar Sinar Selangor bukanlah pihak yang patut diberikan kepercayaan ataupun sokongan. Dan hutang negara Malaysia sudahpun melebihi RM500 billion (billion, bukan million): maka, bijak ataupun cukup elokkah pentatbiran UMNO-BN; dan tidakkah Najib patut dipersalahkan? Hmm, UMNO-BN: mengata dulang paku serpih, mengata orang tapi dialah yang lebih, atau yang sebenarnya menipu ataupun jahat ataupun salah. Betapa UMNO-BN adalah lintah darat serta perosak ekonomi Malaysia. Dan betapa UMNO-BN adalah perosak bangsa serta pencemar imej Islam. Fikir-fikirkanlah dengan jujur serta dengan rasional, bukan ikut sedap marwah, bukan ikut suka hati. Dan kalau nakkan bukti bahawa orang Melayu, termasuk atau terutamanya orang UMNO, bukanlah sebenarnya orang Islam atau bahkan adalah najis, selidiklah www.filopu.blogspot.com (laman blog ini), di samping memahami ayat 28 surah Taubah serta surah Kafirun dan surah an-Nas. Selamatkanlah diri atau bahkan bangsa; dan makmur-majukanlah negeri serta negara. Ingatlah, kebenaran dan keadilan, serta kejujuran, adalah tangga kemakmuran dan kemajuan serta kemuliaan. 

Monday, April 8, 2013

Nilai Perjuangan Dan Usaha, Dan Kepercayaan Dan Sikap Terpenting

Setakat manakah kewajaran dan kebaikan UMNO ataupun PAS, ataupun sesebuah pertubuhan ataupun kumpulan? Dan kalau tak sembah Allah, maka tinggikah nilainya, atau apakah akibatnya? Ringkas kata, kalaupun digabungkan, tetaplah remeh ataupun tidak penting adalah usaha Najib dan Mahathir dan Harussani dan Muhyiddin dan Nik Aziz dan Hadi Awang dan Mat Sabu dan Anwar Ibrahim, berbanding usaha menyedarkan Melayu bahawa mereka sebenarnya tidaklah menyembah Allah, maka mereka sebenarnya bukanlah orang Islam. Dan kalaupun tidak membawa ke Neraka, tetaplah remeh adalah perjuangan dan usaha ramai Melayu, juga perjuangan dan usaha ramai manusia lain, lebih-lebih lagi kalau dibandingkan dengan perjuangan mentauhidkan Allah, ataupun dengan usaha mengajak Melayu serta manusia lain supaya menyembah Allah, hanya Allah, yakni supaya mempertuan-rajakan Allah, hanya Allah, serta supaya menyerah diri kepadaNya. Menyembah Allah dan bersetia kepada Allah adalah yang penting dan tersangatlah tinggi nilainya berbanding semua sikap dan amalan yang boleh dilakukan oleh makhluk. Fahamkan, dan siasat, dan sedarlah. Janganlah tak reti bahasa; janganlah mabuk kemarwahan; dan janganlah sempit pemikiran ataupun singkat pandangan. Hakikatnya, erti menyembah adalah menghambakan diri; hakikatnya, kalau ada si hamba, maka mestilah juga ada si tuan; dan sebenarnya, bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah: fikir-fikirkanlah; bayangkanlah; dan jujurlah sepenuhnya; janganlah putar-belit ataupun mengada-adakan. Ada otak, sila guna; ada hati, sila rasa; dan sebagaimana syahwat, marwah tidaklah prihatin, juga tidaklah bijak, di samping tidaklah mementingkan kewajaran dan kesucian dan kesetiaan kepada Allah.
       Mengaku menyembah Allah, padahal tidak, sebenarnya tidak. Sembah Allah tidak, sebenarnya tidak, tetapi mengaku diri orang Islam, atau bahkan perasan diri pewaris Nabi ataupun pejuang Islam. Hmm, betapa Melayu bercanggah dengan al Quran yang konon dipercaya; betapa surah Kafirun dan surah an-Nas tidaklah diterima-pakai; dan betapa Melayu melakukan solat adalah sesuatu yang menyeronokkan kepada syaitan. Tercapaikah akalmu; atau adakah sombong sudahpun membutakan atau merencat pemikiran? Sebenarnya, adakah kebenaran dan keadilan dan akal adalah yang engkau pentingkan, bukan ataupun berbanding marwah dan syahwat dan kebendaan duniawi? Dan sebenarnya, adakah atau betulkah engkau menyembah Allah? Allahu akbar, namun siapakah yang dikatakan agung, atau bahkan dipertuan-agungkan? Allahu akbar, namun hukum ataupun ajaran ataupun keredhoan siapakah yang dipentingkan? Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan: maka, engkau hamba siapa, yakni siapakah tuanmu? Sebenarnya, siapakah yang engkau pertuankan atau bahkan perajakan: maka, adakah Allah, atau adakah syaitan, adalah yang suka ataupun redho? Siapakah tuanmu, rajamu, tuhanmu; siapakah yang engkau anggap agung; siapakah yang engkau sanjung-agungkan: apakah jawapan dari Muhammad, rasulullah; maka, adakah jawapan engkau sama saja, tidak satupun berbeza?
       Renungilah surah Kafirun dan surah an-Nas; dan tadabbur atau kajilah al Quran, kitab wahyu, kalamullah: fikirkanlah dengan jujur serta dengan rasional; dan terimalah yang benar atau yang munasabah, walaupun menyakitkan. Percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah kerja bodoh; dan seseorang yang sekadar mempertuhankan Allah tidaklah menyembah Allah, maka adalah membohong ketika melakukan solat. Sedarlah, menyembah bermakna mempertuankan, bukan bermakna mempertuhankan; semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya; dan sedarlah, bahawa surah Kafirun adalah bercanggahan dengan ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam ataupun menjadi muslim adalah dengan mengucap dua kalimah syahadah. Hmm, betapa Hadis yang dikatakan sahih sebenarnya tidaklah sejajar dengan al Quran ataupun dengan kewajaran, maka tidaklah patut diikutkan.
       Tidaklah Nabi Muhammad masuk Islam dengan mengucap kalimah syahadah; sebenarnya, tidaklah Arab, juga tidaklah Melayu dan Israel, istimewa berbanding kaum lain; dan sedarlah, bahawa yang menyamakan solat dengan sembahyang adalah berbohong ataupun tak reti bahasa, atau bahkan juga adalah najis serta sesat, sangat sesat. Mushrik adalah najis, menurut ayat 28 surah Taubah: maka, apakah sebenarnya erti najis? Ketahuilah, bahawa yang menyembah selain Allah adalah mushrik, yakni yang shirik terhadap Allah, tidak setia kepada Allah. Dan ketahuilah, serta berjuang ataupun bertindaklah sejajar dengan, bahawa kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah, Dia yang akbar tiada tandingan, Dia, satu-satunya yang wajar disanjung-agungkan, Dia, satu-satunya yang wajar dipertuankan, juga diperajakan, Dia, satu-satunya tuhan, sebenar tuhan, yakni pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapapun. Kemerdekaan adalah hak asasi setiap manusia, walau apapun bangsa dan jantina dan ugama dan tempat lahirnya, kerana ketuanan adalah hak asasi Allah, Dia, si pencipta, Dia, si pemberi nyawa: redho atau tidak, kemuliaan Allah, juga kedudukan Allah dalam politik, tidaklah bergantung kepada kehendak siapapun makhlukNya; dan rela atau tidak, Allah tetaplah berhak serta berkuasa sebagai rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Hakikatnya, tidaklah Allah mencipta jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepadaNya, iaitu supaya menyembahNya; sesungguhnya, tidaklah makhluk patut dipertuankan, apatah lagi hamba diperajakan; dan fikirkan dan sedarlah, tidaklah Islam itu indah, usahkan sempurna berbanding ugama ataupun sistem politik lain, kalau ia tidaklah bercanggah dengan perhambaan, dan dengan pemaksaan dalam ugama, dan dengan perkauman, terutamanya, dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya: subhanallah; walhamdulillah; wallahu akbar.
       Sembahlah Allah, hanya Allah, yakni pertuankan serta perajakanlah Allah, hanya Allah; dan menyerahlah kepada Allah, tidak angkuh, usahkan derhaka terhadap Allah. Semua manusia adalah makhluk Allah, yakni ciptaan Allah; dan semua manusia adalah hamba kepunyaan Allah, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka, Dia, pencipta Islam dan pengarang al Quran, Dia yang tetap mulia serta akbar walaupun tidak disembah. Menyembah Allah, hanya Allah, adalah mentauhidkan Allah, yakni bersetia kepada Allah; dan menyembah Allah, hanya Allah, adalah lebih penting berbanding semua solat dan perjuangan dan amal ibadat dan usaha, pendek kata. Allah adalah tuanku, rajaku, tuhanku, dan kepadaNya aku menyerah diri; dan Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita, dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri: amalkanlah; dan perjuangkanlah. Sedarlah, bahawa yang sedang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah bukanlah yang sedang berada dalam Islam, juga bukanlah yang sudah selamat, serta bukanlah yang mendapat hidayah, tetapi adalah yang sedang sesat dan melampau, serta sedang tercemar, kotor akibat dosa. Suka atau tidak, Allah tidaklah memberi hidayah, maka apatah lagi keredhoan dan SyurgaNya, kepada pelampau, juga tidak kepada pendusta. Dan syaitan cukup mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kesesatan, juga kebodohan. Ringkas kata, penting-beratkanlah kebenaran dan keadilan, juga kesucian dan kejujuran; kuasai ataupun kawallah nafsu, juga marwah; dan disiplinkanlah diri: kepada Allah kita dikembalikan; jagalah diri dari api Neraka. Jadilah orang akal dan kewajaran, bukan tin kosong, bukan binatang ternakan, usahkan barua syaitan. Adil dan jujur adalah sikap dan nilai murni terpenting untuk mendapatkan hidayah Allah dan kasihNya. Dan ingatlah, kehidupan di Dunia tidaklah penting kalau dibandingkan dengan kehidupan di Akhirat.

Monday, March 11, 2013

Sayang Dan Kewajaran Dan Marwah

Siapakah yang terbaik ataupun lebih baik untuk membimbing ataupun memimpin ataupun mengurus ataupun mentatbir? Sebenarnya, siapakah yang baik atau bahkan mulia, tidak kotor, tidak jahat, tidak keji, ataupun tidak hina pada pandangan Allah, Dia, penilai terarif dan hakim terbaik, Dia yang bukan mata duitan, usahkan dangkal, Dia yang tidak bodoh serta tidak sedikitpun zalim? Kalau sayang anak ataupun seseorang, maka pilihlah seseorang yang taat-setia ataupun lebih taat-setia kepada Allah sebagai pengajar ataupun penasihatnya. Dan kalau sayang Malaysia ataupun sesebuah negeri, ataupun sesuatu yang harus ditatbir-urus, maka pilihlah seseorang ataupun pihak yang taat-setia ataupun lebih taat-setia kepada Allah sebagai pentatbir ataupun pengurusnya. Sedarlah, yang mementingkan kebenaran dan keadilan dan kejujuran adalah yang baik atau bahkan mulia, bukan ataupun berbanding yang mementingkan marwah dan syahwat dan kebendaan duniawi. Dan Allah adalah rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Sedarlah, berlandaskan surah Kafirun, seseorang yang menyembah selain Allah adalah kafir, maka bukanlah orang Islam, walaupun mengucap dua atau sebanyak manapun kalimah syahadah; percayalah, tidaklah Nabi Muhammad masuk Islam dengan mengucapkan beberapa kalimah; dan sesungguhnya, yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah yang menshirikkan Allah, maka adalah najis, sangat hina, di samping adalah sangat biadab serta sangat sesat. Kebenaran dan kepatutan, juga logik: tidakkah itu penting, termasuk berbanding marwah?
       Yang kufur terhadap Allah bukanlah yang taat kepada Allah; dan yang menshirikkan Allah bukanlah yang setia kepada Allah: ringkas kata, kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah; dan yang kufur terhadap Allah, apatah lagi yang menshirikkan Allah, bukanlah sebenarnya orang Islam, juga bukanlah sebenarnya orang Kristian, di samping bukanlah rasulullah, juga bukanlah pewaris Nabi. Allah adalah tuanku, rajaku, tuhanku, dan kepada Allah aku menyerah diri; Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita, dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri, tidak sombong, tidak derhaka, usahkan curang: fahamkan dan hayatilah. Sedarlah, bahawa menyembah bermakna mempertuankan, bukan bermakna mempertuhankan, juga bahawa memperajakan adalah menyembah, serta bahawa al Quran adalah kitab wahyu karangan Allah. Al Quran adalah di dalam bahasa Arab; terjemahan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya; dan ustaz yang tidak mempertuan-rajakan Allah, hanya Allah, bukanlah yang sepatutnya mengajarkan Islam, sebenar Islam: apapun, ketahuilah sebenar ajaran Allah, termasuk atau terutamanya mengenai kafir dan najis dan ulama dan hadis dan sunnah dan syafaat dan solat dan jihad; janganlah otak bagaikan di lutut; dan janganlah yang munasabah, apatah lagi yang adil ataupun benar, diletakkan di bawah marwah ataupun adat, juga janganlah diletakkan di bawah kepartian ataupun masyarakat, usahkan diletakkan di bawah syahwat dan nafsu kebendaan. Janganlah tak tahu menilai; janganlah mengada-ngada, tidak jujur; dan janganlah dangkal.
       Salah guru, dan salah kitab, juga buruk sikap: begitulah Melayu sejak berzaman, pendek kata. Melayu nampaknya melakukan solat, tetapi Melayu sebenarnya berbohong, tidak jujur ketika bersolat; Melayu nampaknya melakukan solat, tetapi Melayu sebenarnya tidaklah menyembah Allah; dan Melayu nampaknya melakukan amal ibadat, tetapi Melayu sebenarnya tidaklah mengamalkan ajaran Allah, ataupun tidaklah taat-setia kepada Allah yang konon disembah: hmm, lain cakap, lain percaya; betapa syaitan suka ketika Melayu melakukan solat; betapa menyesat ataupun merosakkan adalah hadis yang dikatakan sahih; dan betapa ustaz, juga imam dan ulama, sebenarnya patut dikatakan barua syaitan, bukan ataupun berbanding pewaris Nabi. Lain cakap, lain percaya, ataupun lain di mulut, lain di hati; berbohong ataupun tak reti bahasa; dan betapa surah Kafirun, juga surah an-Nas, tidaklah difahami, usahkan dihayati. Apapun, siapakah yang mahukan kebenaran, tidak mahu kena bohong, tidak sukakan kepalsuan? Dan siapakah yang mahukan hidayah Allah dan keredhoanNya, tidak mahu sesat tak sedar diri, tidak mahu percaya yang bukan-bukan? Percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah kerja bodoh. Al Quran adalah untuk ditadabbur, bukan ataupun berbanding untuk dihafaz. Dan fahamkanlah, kita adalah ciptaan, juga hamba, kepunyaan Allah, Dia yang akbar berbanding semua, bahkan akbar tiada tandingan, Dia, pengarang al Quran dan guru yang paling mampu untuk mengajarkan al Quran, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Allahu akbar, namun siapakah yang dikatakan agung, atau bahkan disembah?
       Ada hamba, adalah tuan: maka, engkau hamba siapa, yakni siapakah tuanmu; sebenarnya, siapakah yang engkau pertuankan atau bahkan perajakan; sebenarnya, kepada siapakah engkau menghambakan diri? Siapakah yang engkau sembah, sebenarnya sembah, sedangkan erti menyembah adalah menghambakan diri, dan kalau ada hamba ataupun abdi maka mestilah ada si tuan? Dan siapakah yang si ustaz ataupun si imam sembah, sebenarnya sembah, bukan cakap bohong, bukan cakap saja, sedangkan bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah? Semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya; sedarlah, memperajakan adalah mempertuankan, maka adalah menyembah; dan yang memperajakan selain Allah adalah yang menyembah selain Allah, maka adalah kafir, berlandaskan surah Kafirun. Sedarlah, menyembah selain Allah adalah shirik terhadap Allah, dan mushrik, yakni yang shirik terhadap Allah, adalah najis menurut ayat 28 surah Taubah; ringkas kata, yang memperajakan selain Allah adalah mushrik, juga adalah najis, serta membohong semasa bersolat, kalau dia melakukan solat, termasuk atau iaitu semasa al-Fatihah dibaca ataupun diucapkan; namun syaitan adalah mak andam ketidak-wajaran.
       Mengaku menyembah Allah, padahal tidak; sembah Allah tidak, sebenarnya tidak, tetapi mengaku orang Islam ataupun Kristian: apa nak dikata? Hidayah dan keredhoan Allah, begitu juga cinta sejati, bukanlah untuk semua dan sesiapa saja. Masuk Islam adalah dengan sikap, bukan dengan cakap. Dan untuk lebih kesedaran ataupun maklumat, sila selidik dengan terperinci laman filopu (Filosuf Puitis) di Blogspot, di samping mengkaji-selidik al Quran, kalamullah, dengan jujur serta dengan rasional. Perjuang-tegakkanlah kebenaran serta kewajaran; janganlah mabuk kemarwahan ataupun dangkal; dan jagalah diri dari api Neraka. Ada otak, sila guna. Ada hati, sila rasa. Dan sebagaimana syahwat dan nafsu kebendaan, marwah adalah sesuatu yang patut dikuasai ataupun dikawal ataupun diketepikan, bukan ataupun berbanding sesuatu yang patut dipertahankan, usahkan sesuatu yang patut diperjuangkan. Fahamkanlah, sebenar orang Islam adalah yang menyembah serta menyerah diri kepada Allah yang kepadaNya kita pasti dikembalikan. Adil, bukan sayang, juga bukanlah solat, adalah yang cukup hampir kepada ketaqwaan kepada Allah. Dan tidaklah Islam itu indah, usahkan sempurna berbanding ugama ataupun sistem politik yang lain, kalau ia tidaklah bercanggah dengan perhambaan, dan dengan pemaksaan dalam ugama, dan dengan perkauman, terutamanya, dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya: subhanallah; walhamdulillah; wallahu akbar. Janganlah tak reti bahasa, usahkan bangang ataupun buta; janganlah bagaikan kakaktua, usahkan penyebar ajaran sesat ataupun bercanggah dengan al Quran; dan janganlah bohong, usahkan derhaka ataupun biadab terhadap Allah: jadilah orang akal dan orang ilmiah; dan jadilah orang wajar.

Tuesday, February 5, 2013

Sembahyang Dan Tauhid Dan Kewajaran

Menyembah Allah, hanya Allah, adalah mentauhidkan Allah. Menyembah Allah, hanya Allah, bukanlah hanya lebih baik berbanding tidur, tetapi juga adalah lebih baik berbanding solat, bahkan adalah lebih baik berbanding semua amal ibadat; dan rela atau tidak, seseorang yang sebenarnya tidak menyembah Allah bukanlah orang Islam, usahkan patut dikatakan mukmin, usahkan patut dikatakan pewaris Nabi, di samping tidaklah patut dikatakan pejuang Islam. Kaji-selidiklah surah Kafirun, lalu sedarlah bahawa seseorang yang sebenarnya menyembah selain Allah adalah kafir, lebih tepat, kafir mushrik: fahamkanlah, walau sebanyak manapun kebaikan dan pengetahuan dan hartanya, seseorang yang sebenarnya tidak menyembah Allah bukanlah orang Islam, usahkan mukmin, usahkan muttaqin, dan yang sebenarnya menyembah selain Allah masih adalah kafir mushrik, hina. Wahai kafir, tidaklah aku sembah apa yang engkau sembah, dan tidaklah engkau menyembah apa yang aku sembah: soalnya, apa itu sembah ataupun menyembah, sebenarnya? Dan susulan itu, betulkah engkau, ataupun si ustaz, ataupun si imam, menyembah Allah, bukan cakap bohong, bukan cakap saja? Erti menyembah adalah menghambakan diri; kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah juga si tuan atau bahkan si raja; dan bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah: fikir-fikirkanlah; munasabahlah; jujurlah.
       Ada otak, silalah guna; ada hati, silalah rasa; dan jujurlah sepenuhnya: percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah kerja bodoh; percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, tidaklah membawa kepada kesempurnaan iman ataupun akal; dan ajaran supaya yakin ataupun percaya saja adalah ajaran untuk menyesatkan, di samping adalah ajaran yang membutakan ataupun merencat pemikiran. Renungilah surah Kafirun, dan sedarlah bahawa engkau bukanlah orang Islam kalau Allah tidaklah engkau sembah, dan bahawa engkau adalah kafir, maka bukanlah orang Islam, kalau selain Allah adalah yang engkau sembah, sebenarnya sembah. Menyembah Allah dan menyerah diri kepada Allah, iaitu bukan mengucap dua kalimah syahadah, adalah cara ataupun bagaimana untuk masuk Islam, yakni untuk menjadi muslim: sesungguhnya, Nabi Muhammad, juga Nabi Ibrahim, tidaklah masuk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah; sesungguhnya, erti Islam adalah penyerahan, yakni penyerahan diri, iaitu kepada Allah, Dia yang berkuasa berbanding semua, Dia yang sentiasa berhak dipertuan-rajakan; dan fahamkanlah sepenuhnya, bahawa masuk Islam, maka apatah lagi masuk Syurga, adalah dengan ilmu dan kewajaran, iaitu bukan dengan mengikut marwah.
       Siapa mengajar bahawa Islam ada ketua, ataupun bahawa seseorang manusia boleh menjadi ketua Islam? Sedarlah, seseorang manusia hanya boleh berada di dalam ataupun di luar Islam, bukan di atas Islam, juga bukan di depan Islam; dan hakikatnya, erti muslim adalah yang menyerah diri, iaitu kepada Allah. Suka atau tidak, Islam, iaitu ugama ciptaan Allah, tidaklah memerlukan ketua ataupun pelindung; dan ugama Islam sudahlah sempurna, yakni sudah disempurnakan oleh Allah, Dia, penilai terarif, Dia, guru teralim, maka tidaklah harus, usahkan perlu ada penambah-baikan ataupun perubahan kepada Islam; apapun, yang berhak untuk menambah ataupun merubah ugama Islam hanyalah Allah, iaitu Dia yang tahu serta wajar berbanding semua, iaitu Dia yang akbar tiada tandingan, iaitu Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Hmm, sedangkan syaitan adalah mak andam kejahatan dan kebodohan dan ketidak-wajaran, siapakah yang layak untuk mendapat hidayah, tidak tersalah-faham, tidak percaya yang bukan-bukan, tidak terus sesat ataupun jahil? Kalaulah betul engkau percayakan surah Kafirun, maka tidaklah engkau percayakan hadis yang mengatakan bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap dua kalimah syahadah; kalaulah betul engkau percayakan surah an-Nas, maka tidaklah Allah sekadar engkau pertuhankan; dan kalaulah betul engkau percayakan ayat 28 surah Taubah, maka tidaklah engkau percayakan ajaran dan imam dan mazhab yang mengatakan bahawa anjing, juga babi, adalah najis. Sedarlah, bahawa erti najis adalah cemar, yakni kotor akibat dosa; dan menshirikkan Allah adalah paling berdosa, serta adalah kesalahan yang paling melampau, paling biadab, paling jahat.
       Kebenaran, juga kejujuran, bukanlah sepatutnya sejajar dengan marwah; kewajaran, juga keadilan, juga kebenaran, bukanlah sesuatu yang sepatutnya menyeronokkan; dan hidayah Allah, bahkan kesedaran, apatah lagi kasih Allah dan SyurgaNya, bukanlah untuk semua dan sesiapa saja: sedarlah, bahawa bukanlah hanya syahwat dan nafsu, tetapi marwah juga bukanlah sesuatu yang patut diikut-ikutkan, serta bukanlah sesuatu yang patut diperjuangkan; disiplinkan serta jagalah diri, bukan ikut sedap marwah, bukan ikut suka hati; dan betapa sikap jujur, di samping logik dan akal, amatlah penting untuk menjadi seorang yang faham, betul faham, serta sedar, cukup sedar. Ilmu sembahyang dan tauhid adalah ilmu yang paling perlu untuk menjadi orang Islam yang sebenar, lebih-lebih lagi untuk menjadi ahli Syurga ataupun seorang yang mulia, sungguh mulia; tidaklah menyerah diri kepada Allah kalau tidak mahu mempertuan-rajakan Allah, juga kalau derhaka ataupun sombong terhadap Allah; dan menyembah Allah, hanya Allah, adalah sikap serta kewajaran yang paling tinggi nilainya; namun, syaitan adalah mak andam kejahatan dan kebodohan dan ketidak-wajaran, dan Allah pula tidaklah sudi untuk memberi hidayah kepada pelampau dan pendusta; subhanallah.
       Innalillah; wainna ilaihiraajiuun. Tidaklah Allah letakkan SyurgaNya di bawah telapak kaki rasulNya, usahkan di bawah telapak kaki ibubapa, usahkan di bawah telapak kaki suami; ilmu dan kewajaran adalah yang membawa ke Syurga, bukan kasih dan penghormatan siapapun makhluk; dan Hadis atau apapun yang sebenarnya bercanggah dengan sesuatu ajaran Allah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya. Allah adalah guru teralim dan yang paling mampu untuk mengajarkan al Quran, di samping adalah satu-satunya yang patut dipertuankan, dan diperajakan, dan dipertuhankan. Ringkas kata, kenal-pasti ataupun ketahuilah sebenar ajaran Allah yang terkandung di dalam al Quran, termasuklah mengenai hadis dan sunnah dan kafir dan najis dan ulama dan shafaat; dan ikutlah wahyu, yakni terima-pakai ataupun berpeganglah kepada ajaran Allah, walau seramai manapun muslim palsu dan makhluk lain memutar-belit, atau bahkan memaksa dan mengganas, tidak jujur, tidak wajar, tidak baik: Allahu akbar.
       Pencipta, bukan makhluk, adalah yang patut dipertuankan; tidaklah ciptaan patut dipertuankan, apatah lagi hamba diperajakan; dan hayatilah, bahawa ketuanan adalah hak asasi Allah, Dia, si pencipta, Dia, si pemberi nyawa, Dia yang akbar berbanding semua, dan kemerdekaan, maka kemerdekaan, adalah hak asasi manusia, semua manusia, walau apapun bangsa dan sebenar ugamanya. Sedarlah, menyembah Allah adalah dengan mempertuankan dan memperajakan Allah; mempertuankan, apatah lagi memperajakan selain Allah adalah menshirikkan Allah, tidak setia kepada Allah; dan kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. Allah adalah tuanku, rajaku, tuhanku, dan kepada Allah aku menyerah diri; Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita, dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri, tidak sombong, tidak derhaka, usahkan curang; dan kita adalah ciptaan serta hamba kepunyaan Allah yang kepadaNya kita dikembalikan untuk perkiraan yang tepat, serta untuk pembalasan yang telah Dia janjikan. Maka, apakah sikap dan isi hatimu; apakah kebaikan yang engkau ada ataupun telah lakukan; ringkasnya, siapakah engkau pada pandangan Allah, Dia yang mulia serta akbar tiada tandingan?

Monday, January 7, 2013

Masih Kebuntuan

Konon nak pergi be Batu 39 petang tadi, hmm, tapi bukanlah itu yang terjadi. Siapakah si dia sebenar-benarnya: adakah masih perawan; atau adakah sudah menjadi bekas orang, demi marwah, atau juga demi adat, ataupun gara-gara keengganannya untuk berterus-terang dan jujur kepadaku? Dan siapakah si dia yang bagaikan bisu, ataupun macam batu, ataupun macam tunggul kayu? Hmm, manusia apakah yang mementingkan marwah atau juga adat berbanding kejujuran: betulkah orang Islam; atau adakah sebenarnya munafik, haprak tak sedar diri, atau bahkan adalah mushrik, najis, tidak suci usahkan mulia, walaupun sempurna menutup aurat serta nampak khusyuk melakukan solat? Dan ketidak-jujuran, juga diam, boleh melukakan. Siapakah si dia? Siapakah si dia yang, seingat aku, tidaklah pernah memberi salam, juga tidaklah pernah bertanya khabar? Dan siapakah si dia yang, kalau aku tidak tersalah-sangka, hanyalah sudi untuk memberikan isyarat dengan menggunakan beberapa pemuda yang sanggup untuk memandang kepadaku dengan suatu pandangan yang boleh dikatakan ataupun disangkakan bermakna, yakni tidak kosong ataupun bukanlah sekadar memandang? Namun aku adalah orang akal, yakni rasional: bagiku, isyarat ataupun tanda itu, kalaupun wujud, adalah meragukan, tidak jelas, maka ianya boleh dipertikai, atau bahkan boleh diketawakan; dan kalau isyarat ataupun tanda itu adalah dari si dia, maka apakah mahunya?
       Si dia sudah berkahwin: itulah yang telah diberitahu oleh dua orang kepadaku; namun, siapakah si dia yang, kalau aku tidak silap, masih menggunakan pemuda itu untuk entah berapa kali memberikan aku suatu isyarat ataupun tanda? Hmm, siapakah si dia; siapakah si dia sebenar-benarnya: adakah khabar mengenai perkahwinannya tidaklah benar; adakah khabar itu hanyalah suatu helah agar aku segera mendapatkannya serta memilikinya sebagai isteri, sedangkan aku dan dia belum pun mesra? Ketidak-jujuran; dan keengganannya untuk berterus-terang; dan ketidak-mesraan: Allah tahu betapa telah terlukanya aku; dan betapa aku telah tidak larat, serta tidak ingin untuk tahu mengenai si dia. Hari berganti minggu, juga berganti bulan. Hmm, sesak di dada, apakah maknanya; dan mengapakah, kalau aku tidak silap, si dia masih memberikan isyarat ataupun tanda yang entah apa mesej yang terkandung?
       Berilah salam, atau tanyalah khabar; dan berilah kemesraan; dan berterus-terang serta jujurlah; janganlah macam bisu; janganlah macam batu; dan janganlah macam tunggul kayu: begitulah, ingin aku berpesan. Siapakah yang sudi untuk menyampaikan? Sebenarnya, aku keberatan, masih keberatan untuk menghubunginya secara terus: pastinya, aku tidak mahu kena marah; pastinya, aku tidak mahu dikatakan mengganggu; dan pastinya, aku tidak mahu disakitkan hati; namun, demi kewajaran ataupun kebenaran, aku rela sakit hati; apapun, yang patut dipentingkan adalah kewajaran dan kebenaran, bukan siapapun makhluk. Kalau tak cinta ataupun tak mahu, maka katakan saja, jujur saja: aku sedia mengundur diri; dan janganlah marah ataupun merasa sakit hati kalau aku mendapat seseorang yang lebih baik serta muda sebagai ganti. Fahamkanlah bahawa aku bukanlah orang marwah, maka aku bukanlah seorang yang mudah syok sendiri, juga bukanlah seorang yang mudah ikut suka hati. Aku tidak suka meneka-neka, termasuk atau terutamanya dalam hal cinta; pastinya, aku takut ataupun tidak mahu tersalah-sangka. Dan walaupun sudah tua ataupun jauh lebih berusia, aku juga mempunyai hati dan perasaan: pendek kata, janganlah ikut sedap sendiri saja; janganlah tidak wajar; dan janganlah macam tidak berakal; ada otak, guna; ada hati, rasa.
       Cinta: it's complicated; hmm, mungkin melainkan cinta syahwat dan cinta kebendaan? Dan little things mean a lot: beberapa perkara yang biasanya kecil, yakni tidak penting, boleh jadi amat bermakna ataupun sangat penting di suatu keadaan. Terlampau pasif ataupun terlampau malu adalah menyusahkan, atau bahkan menghalang seseorang yang diinginkan dari mahu menghampiri. Ringkas kata, berilah salam, atau tanyalah khabar, dan berilah kemesraan; dan berterus-terang serta jujurlah: itulah antara perkara yang elok atau bahkan sepatutnya telah si dia lakukan. Pendek kata, cara ataupun pendekatan yang sesuai untuk digunakan terhadap bohjan ataupun orang syahwat, ataupun terhadap ayam jantan ataupun muka tembok, bukanlah cara ataupun pendekatan yang sesuai untuk digunakan terhadap aku. Berterus-terang, tidak diam saja, tidak berahsia; dan jujur, tidak bohong, tidak berpura-pura: bagaimana lagi agar sesuatu urusan akan menjadi mudah, ataupun supaya sesuatu hubungan boleh menjadi lancar atau bahkan indah? Dan takkanlah perigi mencari timba, tetapi sedarlah juga, bahawa perempuan bukanlah perigi, tetapi adalah timba, iaitu tempat dimasukkan air; oleh itu, takkanlah perigi, yakni lelaki, mencari timba, yakni perempuan: fikirkanlah dengan jujur serta dengan rasional; janganlah mabuk kemarwahan; dan terimalah yang munasabah, apatah lagi yang nyata benar. Hmm, berterus-terang dan jujur mengenai perasaanku kepadanya telah pun aku lakukan; maka, aku, yakni bukan si dia, adalah yang patut dikatakan pihak yang sudah cukup berusaha.
       Terlampau pasif, juga terlampau malu, apatah lagi terlampau angkuh, adalah menyusahkan, atau bahkan memustahilkan; dan terlampau pasif, juga terlampau malu, apatah lagi terlampau angkuh, bukanlah bermakna istimewa, juga bukanlah bermakna tinggi martabatnya. Suka atau tidak, adil, bukan sayang, juga bukanlah solat, adalah yang hampir kepada taqwa, iaitu sesuatu yang mulia, yakni tinggi martabatnya; dan kesucian adalah sebahagian dari kemuliaan, sebenar kemuliaan. Suka atau tidak, kalau zalim, tidak adil, maka bukanlah bertaqwa kepada Allah; dan kalau tidak suci ataupun kalau tidak bersih, maka tidaklah baik usahkan mulia; namun syaitan adalah mak andam kebodohan dan ketidak-wajaran. Hmm, malu. Malu, begitu juga berani, tidaklah semestinya elok: malu, juga berani, bukanlah hanya sebahagian dari kebaikan, tetapi juga adalah sebahagian dari keburukan; dan malu, juga berani, bukanlah hanya boleh menguntungkan, tetapi juga boleh merugikan. Malu ataupun takut untuk berbohong: itu adalah baik ataupun bersih, tidak jahat, tidak kotor, tidak sepertimana berani berbohong. Dan berani, juga tidak malu, untuk memperjuang-tegakkan keadilan ataupun kebenaran: itu adalah baik atau bahkan mulia, walau seramai manapun muslim palsu mengada-ngada, atau bahkan mengancam, tidak suka, tidak merestui.
       Hmm, fahamkah si dia siapa aku? Setakat manakah si dia tahu mengenai sikap ataupun sifat ataupun kepercayaanku? Dan siapakah yang si dia percayakan dalam hal yang membabitkan Allah ataupun Islam ataupun kewajaran: adakah seorang yang sekadar mempertuhankan Allah, maka sebenarnya tidaklah menyembah Allah, maka sebenarnya bukanlah orang Islam, usahkan mukmin, usahkan muttaqin? Sesungguhnya, tidaklah lelaki sama saja, begitulah juga dengan perempuan; tidaklah Melayu sama saja, begitulah juga dengan Cina dan apapun bangsa. Dan tidaklah pelampau, juga tidaklah pendusta, adalah orang Islam yang sebenar; namun hidayah, bahkan sebenar kefahaman, bukanlah untuk semua dan sesiapa saja. Alhamdulillah, aku adalah orang akal dan kewajaran, bukan ataupun berbanding orang marwah dan syahwat dan kebendaan; aku menyembah hanya Allah, yakni mempertuankan serta memperajakan hanya Allah, bukan sekadar mempertuhankan Allah; dan aku mengajak supaya menyerah diri kepada Allah, bukan sekadar berserah kepada Allah: hmm, siapakah yang serasi ataupun sepadan denganku? Hadis dan apapun yang bercanggah dengan al Quran tidaklah patut diterima-pakai; terjemahan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya sebagai kebenaran; dan betapa yang mementing-beratkan solat sebenarnya adalah yang menshirikkan Allah, bukan yang mentauhidkan Allah, bukan yang setia kepada Allah.
       Hmm, sesak di dada: apakah maknanya? Siapakah yang tahu mengenai percintaan ini, serta sudi pula untuk membantu dalam menyelesaikan, tidak dengki, tidak cemburu, tidak cuba untuk merosakkan? Dan istimewa atau tidak, apakah rancangan Allah sebenarnya, kalau Allah ada suatu rancangan? Keraguan; teragak-agak; aku di dalam teka-teki: apakah perasaannya; apakah mahunya; betulkah, ataupun masihkah si dia cintakan serta mahukan aku? Dan siapakah si dia sekarang, setelah bertahun aku berada di kejauhan: adakah masih dara; adakah masih setia; dan adakah suci atau bahkan mulia? Allah tahu, sungguh tahu. Pendek kata, aku terbuka sebagai kawan, juga sebagai pembimbing, kalaupun tidak sebagai suami. Salam.

Monday, December 24, 2012

Suka Dan Akal, Dan Jalan Dan Kesempurnaan

Tak faham? Tidakkah kata-kata itu adalah benar ataupun masuk akal; dan tidakkah ada budak yang boleh faham setelah membacanya dengan tidak tergesa-gesa ataupun setelah memberikannya fokus ataupun tumpuan yang cukup? Lain hati lain isinya; lain sikap lain kesannya. Sebenar-benarnya, kalau itu pun engkau atau seseorang tak faham, atau tak nampak, maka apa kes? Mentah, atau kurang akal? Jahil, atau kurang ilmu? Atau adakah akibat mabuk kemarwahan, ataupun gara-gara tidak jujur? Sebenar-benarnya, kalau tak reti bahasa, bolehkah faham? Kalau tak fikir, bolehkah tahu? Dan kalau tak faham, ataupun kalau tak tahu, ataupun kalau tak suka, maka siapakah sebenar-benarnya yang rugi, atau yang patut dikatakan bodoh ataupun sengal, atau yang patut dipersendakan, atau yang sepatutnya dipersalahkan, tidak dipercayai, tidak disokong, tidak dipuji?
       Syok sendiri, ataupun ikut suka hati; percaya atau bahkan yakin yang bukan-bukan; perasan bagus, atau bahkan yakin hebat: hmm, betapa menyemak dan merosakkan adalah kedangkalan dan eksen dan ketidak-jujuran; betapa pengikut Hadis, juga pengikut Mazhab, adalah pengamal ajaran sesat, bukan betul orang Islam, bukan betul mentaati Allah, atau bahkan adalah najis, yakni tercemar, tidak suci usahkan mulia; dan semakin marwah diikutkan maka semakin mudahlah menjadi hina, jahat, kotor, tidak wajar, tidak sempurna. Hmm, tidakkah cemerlang atau bahkan gemilang adalah kejayaan syaitan, mak andam kejahatan dan kebodohan? Sembah Allah tidak, sebenarnya tidak, tetapi mengaku orang Islam ataupun Kristian: apa kes; apa sebab? Dan takut sesat padahal sedang sesat: apa nak dikata; siapa nak tahu? Suka atau tidak, percaya saja, apatah lagi membuta yakin, tidaklah membantu mencapai kemuliaan, usahkan membawa ke Syurga. Kaji-selidiklah al Quran, kitab wahyu, dengan jujur serta dengan rasional, juga laman www.filopu.blogspot.com. Dan marilah kita memperjuang-tegakkan kebenaran serta kewajaran. 

Friday, November 2, 2012

Biarlah Kebenaran Disedari Dan Kewajaran Dihayati

Apakah cinta; apakah sikap ataupun pendekatan yang sesuai untuk perhubungan yang baik ataupun lancar; dan apakah yang perlu diketahui atau juga diamalkan untuk mempunyai kehidupan yang bahagia ataupun aman sejahtera? Si ayam jantan mengejar-ngejar si ayam betina, atau bahkan sanggup bergaduh dengan ayam jantan yang lain: adakah itu kerana cinta, bukan sebenarnya kerana syahwat, juga tidak mungkin kerana marwah; dan adakah itu gentle atau bahkan hebat namanya, bukan gelojoh, usahkan gila? Kalau sanggup bergaduh ataupun mengejar-ngejar demi seks ataupun cinta, ataupun kerana ingin memiliki ataupun mendampingi seseorang betina ataupun perempuan: adakah itu sikap gentlemen; adakah itu beradab ataupun suatu kesopanan; dan adakah itu patut dianggap suatu kehebatan, bukan kedangkalan, bukan kebodohan? Betul, takkanlah perigi mencari timba, tapi sedarlah juga, takkanlah lelaki adalah timba, iaitu tempat dimasukkan air; hakikatnya, tidaklah lelaki, tetapi perempuan, adalah tempat dimasukkan air, yakni air mani: ringkas kata, perempuan adalah tempat dimasukkan air, yakni bagaikan timba, dan lelaki adalah tempat yang mengandungi air, yakni bagaikan perigi; oleh itu, takkanlah perigi mencari timba sebenarnya bermakna takkanlah lelaki “mencari” perempuan. Dan dari manakah asalnya kepercayaan ataupun pegangan bahawa takkanlah perigi mencari timba: tidaklah asalnya adalah sama dengan asal amalan bersanding, iaitu dari Hindu; tidakkah orang Melayu berugamakan Hindu sebelum datangnya Islam; dan tidakkah hingga sekarang, perempuan melamar lelaki adalah perkara biasa di India?
       Tidakkah elok kalau si perempuan memberikan kemesraan dan berusaha, lalu memperoleh sebagai suaminya seorang lelaki yang betul-betul dicintainya? Dan tidakkah membawa bahagia kalau si isteri adalah seorang yang merendah diri kepada si suami, melainkan demi kesetiaan ataupun ketaatan kepada Allah? Apapun, tidaklah lelaki patut mengejar-ngejar perempuan, usahkan bergaduh kerana nakkan perempuan; tidaklah lelaki adalah yang sepatutnya memulakan kemesraan, apatah lagi sedangkan lelaki gementar atau bahkan merasa amat malu, tetapi perempuan adalah sebaliknya, gara-gara cinta; dan fahamkanlah, bahawa cinta adalah perasaan, tetapi syahwat adalah keinginan. Perasaan tidaklah sama dengan keinginan; kesan ataupun gara-gara cinta tidaklah sama saja dengan kesan ataupun gara-gara syahwat; dan cinta tidaklah sama saja kualitinya, begitu juga dengan lelaki, dan begitu juga dengan perempuan. Cinta sejati; cinta syahwat; cinta kebendaan: cinta jenis apakah yang engkau layak dapat, walaupun itu bukanlah yang engkau mahu; dan apakah yang engkau mahu, walaupun itu bukanlah yang engkau layak dapat? Sesungguhnya, patutkah cinta sejati diletakkan di jiwa yang kotor, ataupun di hati yang jahat, tidak baik usahkan mulia? Patutkah pelampau ataupun pendusta mendapat cinta sejati atau bahkan hidayah dari Allah, Dia yang tidak bodoh, Dia yang tidak memerlukan? Dan lelaki atau perempuan yang sombong, ataupun yang mabuk kemarwahan, ataupun yang eksen: apakah yang tidak elok di hatinya? Cinta, dan lelaki, dan perempuan, tidaklah sama saja: ketahuilah; bayangkanlah; dan nilailah dengan jujur serta dengan rasional.
       Jadilah orang akal; disiplinkanlah diri; dan wajarlah sentiasa. Letakkanlah cinta di atas syahwat, juga di atas marwah, juga di atas adat, tetapi letakkanlah kejujuran, lebih-lebih lagi keadilan, lebih-lebih lagi kesetiaan kepada Allah, di atas cinta; suka dan pentingkanlah kesucian, iaitu ketidak-dosaan, bukan seks, bukan penampilan, juga bukan harta kebendaan duniawi; dan betapa marwah dan syahwat mudah diperdaya, juga mudah diperalatkan, maka marwah dan syahwat patutlah dikuasai, dikawal, pastinya bukan yang patut dipertahankan, usahkan patut diperjuangkan. Perempuan diumpamakan perigi; cinta syahwat disangkakan cinta sejati; dan solat disamakan dengan sembahyang: hmm, dalam cinta ada banyak putar-belit dan dusta dan ketidak-wajaran, tetapi begitu juga dalam ugama, atau bahkan lebih teruk adalah dalam ugama. Janganlah percaya saja; janganlah jumud ataupun macam tidak berakal; dan janganlah taksub membuta ataupun tidak rasional: fikir atau juga siasatlah; dan jujur serta munasabahlah; dan wajarlah, bukan ikut orang, bukan ikut suka, bukan ikut marwah, tetapi berpandukan kebenaran dan logik. Syahwat bukanlah cinta; dan takkanlah perigi, yakni lelaki, mencari timba, yakni perempuan: kalau kata salah, maka apakah bukti ataupun hujahnya?
       Ketidak-jujuran dan ketidak-wajaran dalam cinta, dan dalam ugama, dan dalam politik: Allah tahu berbanding siapapun; dan Allah lebih faham serta lebih arif; namun kita tidaklah patut jahil usahkan sesat. Sedarlah, bahawa ustaz dan imam dan ulama yang menyamakan solat dengan sembahyang adalah berdusta, tidak jujur, atau bahkan adalah sombong serta najis, ataupun adalah tak reti bahasa; begitu juga dengan ustaz dan imam dan ulama yang menyamakan rob dengan tuhan, tidak dengan tuan; begitu juga dengan ustaz dan imam dan ulama yang melainkan abdi dari hamba. Apapun, kepada ustaz dan imam dan ulama yang menyamakan solat dengan sembahyang, ataupun rob dengan tuhan, ataupun melainkan abdi dari hamba; dan kepada ustaz dan imam dan ulama dan paderi yang tidak percaya bahawa yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah yang menyembah selain Allah, maka adalah yang menshirikkan Allah, yakni curang, tidak setia kepada Allah; dan kepada ustaz dan imam dan ulama dan paderi yang tidak percaya bahawa yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah najis, hina, tidak suci usahkan mulia, di samping adalah sangat biadab serta sangatlah sesat pada pandangan Allah, walaupun tekun melakukan solat serta sempurna menutup aurat: adakah mubahalah kepada Allah menentang aku, atau adakah makan taik babi sambil yakin betul, adalah tindakan yang engkau sanggup lakukan? Allahu akbar; Allahu akbar walillahilhamd: namun, siapakah yang engkau perajakan, ataupun pertuankan, ataupun agungkan; adakah engkau mengamalkan ataupun sejajar dengan ajaran Allah, termasuklah mengenai hadis dan sunnah dan najis dan ulama dan kafir dan kejayaan; dan penilaian ataupun ajaran siapakah yang engkau sebenarnya pentingkan, maka tidak canggah, sedangkan Allah, hanya Allah, adalah tuhan, yakni pemerintah yang tidak dikuasai oleh siapapun?
       Sedarlah, tidaklah Allah letakkan kebenaran dan keadilan dan kejujuran, maka apatah lagi hidayah dan keredhoan dan SyurgaNya, di bawah telapak kaki rasulNya; maka, takkanlah Allah letakkan kebenaran dan keadilan dan kejujuran di bawah telapak kaki ibubapa, apatah lagi di bawah telapak kaki suami. Hidayah Allah, begitu juga cinta sejati, bukanlah untuk kebanyakan sedangkan kebanyakan tidaklah mementingkan kebenaran dan keadilan dan kesucian dan kejujuran, berbanding marwah dan syahwat dan penampilan dan kebendaan duniawi. Dan tidaklah Islam itu indah, berbanding cara hidup ataupun sistem politik yang lain, kalau ia tidaklah bercanggah dengan perhambaan, dan dengan pemaksaan dalam ugama, dan dengan perkauman, terutamanya, dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya. Allah tidak bodoh, usahkan bangang; Allah tidaklah lemah ataupun zalim; dan Allah, Dia, pencipta Islam, Dia, pengarang al Quran, tidaklah memerlukan pertolongan ataupun sanjungan dari sesiapa, lebih-lebih lagi dari mereka yang mempertuan-rajakan hambaNya: fikir-fikirkanlah; terimalah yang benar atau yang munasabah, walau dari manapun datangnya dan walaupun ia amat menyakitkan hati; dan janganlah angkuh, usahkan derhaka, usahkan curang terhadap Allah, Dia, penguasa Alam di mana Langit dan Bumi berada, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Dan menyembah Allah, apatah lagi masuk Islam dan Syurga, bukanlah dengan cakap serta keyakinan, tetapi dengan sikap serta pengetahuan.

Sunday, October 28, 2012

Hakikat Dan Perjuangan

Sembah Allah tidak, sebenarnya tidak, tetapi mengaku orang Islam ataupun Kristian; takut sesat padahal sedang sesat, percaya atau bahkan yakin yang bukan-bukan; dan bodoh ataupun salah tak sedar diri: hmm, berdolak-dalih, tidak jujur; mengada-ngada, syok sendiri; dan betapa pengikut Hadis dan Mazhab tidaklah sejajar dengan al Quran, kitab wahyu. Erti menyembah adalah menghambakan diri; kalau ada hamba maka adalah juga tuan; dan raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya: maka, siapakah yang engkau sembah, yakni siapakah yang engkau pertuankan atau bahkan perajakan; sebenarnya, imam atau ustaz atau Melayu atau manusia manakah yang menyembah Allah, betul menyembah Allah, bukan cakap bohong, bukan cakap saja; dan imam atau ustaz atau ulama atau paderi manakah yang sanggup untuk mubahalah kepada Allah menentang aku yang mengatakan bahawa sembahyang adalah penghambaan diri, yakni ibadat, bukan solat, dan bahawa yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah yang menshirikkan Allah, juga adalah najis, di samping sangatlah sesat serta sangatlah biadab? Apapun, siapakah yang layak untuk mendapat kesedaran serta dilapangkan pula dada untuk menerima; siapakah yang tidak mahu tersalah percaya lalu bersungguh-sungguh dalam menyiasat serta memikir-mikirkan?
       Allah tidaklah memerlukan; dan tidaklah Allah letakkan kebenaran dan keadilan dan kejujuran, apatah lagi hidayah dan keredhoan dan SyurgaNya, di bawah telapak kaki rasulNya, usahkan di bawah telapak kaki ibubapa dan suami: fahamkanlah juga, bahawa hidayah Allah, juga cinta sejati, bukanlah untuk kebanyakan sedangkan kebanyakan tidaklah mementingkan kebenaran dan keadilan dan kesucian dan kejujuran, berbanding marwah dan syahwat dan penampilan dan kebendaan duniawi; Allah tidak bodoh, usahkan bangang, juga tidaklah Allah lemah ataupun zalim. Patut-patutlah; disiplinkanlah diri; dan jadilah pejuang, bukan pelampau, pada pandangan Allah, Dia, penilai terarif, hakim terbaik, Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka: walaupun semua tidak percaya, ataupun tidak mengamalkan, namun sesuatu yang benar ataupun munasabah tidaklah patut diketepikan, juga tidaklah patut diperlekeh; keredhoan, bahkan kasih dan sanjungan siapapun yang tidak setia kepada Allah tidaklah patut dipenting-harapkan; dan arus kesesatan ataupun kebodohan, begitu juga fahaman songsang, yakni fahaman yang bercanggah dengan kewajaran ataupun dengan kebenaran, janganlah diikutkan, usahkan dipertahankan, usahkan diperjuangkan. Kita adalah ciptaan serta hamba milik Allah, Dia yang akbar berbanding semua, Dia yang akbar tiada tandingan: Allah adalah tuanku, rajaku, tuhanku, dan kepadaNya aku menyerah diri; dan Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita, dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri, tidak sombong, usahkan derhaka.

Tuesday, September 11, 2012

Kepada Yang Berkenan Ataupun Sudi

Mari kita berkawan baik, yakni
bertemankan kejujuran serta kesucian: boleh?
Berilah kemesraan, tidak macam bisu, tidak macam tunggul kayu: boleh?
Dan beritahu saya nombor telefon, atau juga alamat e-mel awak: boleh?
Harap-harap, perempuan yang cukup sesuai untukku bukanlah
seseorang yang sombong ataupun mabuk kemarwahan,
di samping tidaklah dangkal, walaupun cantik ataupun comel.
Harap-harap, perempuan yang sungguh sesuai untukku bukanlah
seseorang yang mata duitan ataupun kebendaan,
yang bagiku adalah murahan, walaupun bukan pelacur ataupun sundal.
Dan mintak-mintaklah, perempuan yang paling sesuai untukku bukanlah
seseorang yang sebenarnya menyembah selain Allah, yakni bukanlah
seseorang yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah.
Tidaklah makhluk patut dipertuankan, apatah lagi hamba diperajakan;
takkanlah Allah tidak berhak sebagai tuan ke atas semua dan setiap makhlukNya;
dan perhambaan, begitu juga shirik terhadap Allah, adalah di mana selain Allah adalah
yang disembah, yakni yang diperajakan ataupun yang dipertuankan: jujurlah; patut-patutlah.
Sikap dan isi hati, terutamanya terhadap ataupun mengenai Allah, Dia yang akbar, agung:
di situlah bergantung darjat sebenar seseorang, dan nilai amalannya, termasuklah solat.
Zikrullah adalah akbar berbanding solat; mushrik adalah najis, kotor, tidak suci usahkan mulia;
dan hidayah Allah, begitu juga cinta sejati dan kefahaman sebenar, bukanlah untuk sesiapa saja.
Ringkas kata, suatu kemesraan, dan kesucian, dan kejujuran, dan kemanisan, serta sakinah,
adalah si dia yang aku idam-inginkan: janganlah marah, juga janganlah terkilan.
Hmm, siapakah, walaupun masih dara, adalah seperti Khadijah, yakni
isteri pertama kepada Muhammad, rasulullah, pejuang kemerdekaan manusia?
Dan walau apapun bangsa dan tempat kelahirannya, serta selewat manapun
tarikh kemunculannya di Dunia, apa nak dikata, kalau hatinya sudah suka,
ataupun kalau si dara bahkan sudah ada cinta sejati untukku:
patutkah engkau menghalang, ataupun menghina si dia ataupun aku;
dan patutkah engkau marah, ataupun dengki, ataupun cemburu, iri hati?
Kalaulah cinta sejati mengambil-kira kebenaran dan nilai murni
dan kesucian dan lembut hati, tetapi cinta syahwat mengambil-kira paras wajah
dan penampilan dan usia dan lembut lidah; ataupun kalaulah cinta sejati hanyalah
untuk jiwa yang suci, lebih-lebih lagi untuk hati yang mulia,
tidak sesuai untuk pelampau, juga tidak sepadan dengan pendusta: maka,
cinta apakah yang engkau memang layak dapat, ataupun cukup sesuai untukmu,
walaupun bukanlah itu yang engkau idam-harapkan di lubuk rahsia hatimu?
Sedarlah, Allah adalah pencipta dan pemberi cinta; Allah cukup tahu serta arif; Allah tidak bodoh.
Apapun, bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah, dan abdi samalah dengan hamba;
ustaz yang menyamakan solat dengan sembahyang, ataupun rob dengan tuhan, adalah berdusta,
ataupun tak reti bahasa, atau bahkan sebenarnya adalah sombong serta najis, sangat hina,
walau sehebat manapun gelaran atau pangkatnya, dan walau sebanyak manapun ilmu dan hartanya;
dan ketahui serta hayatilah ajaran Allah yang terkandung dalam surah Kafirun serta surah An-Nas.
Sedarlah, semestinya muslim, yakni orang Islam, adalah menyembah Allah,
yakni mempertuankan serta memperajakan Allah, serta menyerah diri kepada Allah;
yang sebenarnya menyembah selain Allah adakah kafir, lebih tepat, kafir mushrik,
walaupun bersungguh-sungguh mengaku menyembah Allah serta yakin berugamakan Islam;
dan fahamkanlah juga, bahawa tidaklah Nabi Muhammad, juga tidaklah Nabi Ibrahim,
masuk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah atau apapun cakap.
Menyembah Allah, hanya Allah, adalah mentauhidkan Allah, iaitu bersetia kepada Allah;
menyembah siapapun selain Allah adalah menshirikkan Allah, iaitu curang terhadap Allah;
dan mushrik, yakni yang menshirikkan Allah, adalah najis menurut ayat 28 surah Taubah.
Allah, hanya Allah, adalah tuanku, rajaku, tuhanku, dan kepada Allah aku menyerah diri, tidak sombong;
Allah, hanya Allah, adalah yang berhak sebagai tuan kita, raja kita, tuhan kita, dan kepada Allah kita wajib,
sangatlah wajib menyerah diri; dan hanya Allah adalah tuhan sebenar, yakni pemerintah yang tidak dikuasai,
sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapapun: begitulah sikap dan pegangan asas orang Islam sebenar,
lebih-lebih lagi yang layak dikatakan muttaqin, apatah lagi Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad.
Tercapaikah akalmu, yakni mampukah engkau sedar ataupun faham, lalu tahu?
Dan mahu ataupun sanggupkah engkau menerima: adakah engkau dilapangkan dada?
Suka atau tidak, Dunia hanyalah sementara, walaupun nampak indah segalanya;
perbaikilah sikap dan isi hati, serta lakukanlah kewajaran dan amal baik;
dan janganlah kotor berdosa sebelum engkau tiba-tiba diambil nyawa.

Sunday, September 2, 2012

Kemerdekaan Dan Hak Asasi, Dan Sembahyang Dan Kewajaran

Apakah erti kemerdekaan? Adakah negara atau sesuatu daerah adalah pihak yang perlukan kemerdekaan, ataupun yang patut diberikan kemerdekaan? Sesungguhnya, adakah tanah dan air perlukan kemerdekaan, ataupun patut dimerdekakan? Dan tidakkah Bilal, iaitu seorang manusia, bukan sebuah negara, adalah antara mereka yang dimerdekakan oleh Nabi Muhammad? Justeru, apa itu kemerdekaan sebenarnya; dan apakah sebenar lawan ataupun sesuatu yang bercanggah dengan kemerdekaan? Sesungguhnya, kemerdekaan adalah hak asasi setiap manusia; lawan sebenar atau terutama kepada kemerdekaan adalah perhambaan, bukan penjajahan, bukan pentatbiran; dan Nabi Muhammad, begitu juga Nabi Ibrahim dan Nabi Musa dan Nabi Isa, adalah pejuang kemerdekaan, yakni penentang perhambaan, serta adalah penentang shirik, di samping adalah antara mereka yang gigih dalam memperjuangkan ketaat-setiaan kepada Allah, Dia, satu-satunya yang berhak disanjung-agungkan serta disembah. Sedarlah, perhambaan adalah suatu kezaliman, juga kebiadaban; perhambaan adalah kezaliman serta kebiadaban yang sangat buruk; dan perhambaan, begitu juga shirik, adalah di mana selain Allah adalah yang disembah, yakni diperajakan ataupun dipertuankan.
        Kita sama, diciptakan sebagai sama; kita, semua manusia, sepatutnya adalah sama saja, yakni tidak seorang pun manusia patut diperhambakan oleh seseorang manusia yang lain; dan setiap manusia adalah kepunyaan Allah, Dia, si pencipta. Takkanlah Allah tidak berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya, apatah lagi ke atas hambaNya. Allah, hanya Allah, adalah yang berhak sebagai tuan dan sepatutnya disembah. Allah, hanya Allah, adalah yang berhak dipertuankan serta diperajakan. Ketuanan Allah adalah wajar, tidak zalim, tidak jahat, tidak biadab. Menyembah Allah, iaitu mempertuankan juga memperajakan Allah, adalah wajar, tidak bodoh, tidak sesat, tidak hina. Sewajarnya, ketuanan adalah hak asasi Allah, dan kemerdekaan, maka kemerdekaan, adalah hak asasi manusia, setiap manusia. Tidaklah siapapun manusia dicipta oleh Allah untuk diperhambakan oleh siapapun ciptaan; tidaklah Allah mencipta jin dan manusia melainkan supaya menyembahNya; dan menyembah siapapun selain Allah adalah menshirikkan Allah, serta amatlah bercanggah dengan tujuan Allah menciptakan, di samping sangatlah sesat, amat tidak wajar.
        Kita, manusia, berhak merdeka, tidak diperhambakan oleh siapapun ciptaan. Kita, manusia, berhak merdeka, tidak patut dipertuankan usahkan diperajakan oleh siapapun, melainkan oleh Allah, Dia, si pencipta, Dia, si pemberi nyawa, Dia yang maha berkuasa berbanding semua. Allah, hanya Allah, iaitu Dia yang akbar tiada tandingan, adalah yang berhak untuk memiliki serta menguasai kita sebagai tuan, bahkan sebagai raja. Kita, ciptaanNya, patutlah menerima hanya Dia, Allah, sebagai tuan kita, juga sebagai raja kita. Kita, iaitu ciptaan Allah, patutlah setia serta taat kepada Allah. Apapun, hak dan kekuasaan Allah tidaklah bergantung kepada penerimaan siapapun ciptaanNya; dan erti tuhan, sebenar tuhan, adalah pemerintah ataupun penguasa yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapapun. Sedarlah, kita adalah ciptaan serta hamba milik Allah, Dia, satu-satunya tuhan, yakni pemerintah yang tidak dikuasai; sewajarnya, Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita; dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri, tidak sombong. Perhambaan adalah shirik terhadap Allah, iaitu lawan kepada mentauhidkan Allah; dan sebenarnya, menyembah hanya Allah, iaitu mempertuankan dan memperajakan hanya Allah, adalah mentauhidkan Allah.
        Bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah; solat dan sembahyang tidaklah sama; dan tidaklah seseorang itu menyembah Allah, usahkan berada dalam Islam, kalau Allah sekadar dipertuhankan. Erti menyembah adalah menghambakan diri; dan kalau ada hamba maka mestilah ada tuan: oleh itu, menyembah Allah, yakni menghambakan diri kepada Allah, mestilah bermakna mempertuankan Allah. Sedarlah, kalau engkau tidak mempertuankan Allah, atau kalau engkau sekadar mempertuhankan Allah, maka tidaklah engkau menyembah Allah, serta bukanlah engkau sebenar orang Islam, usahkan mukmin, usahkan muttaqin; dan kalau selain Allah adalah yang engkau sebenarnya sembah, yakni perajakan ataupun pertuankan, maka engkau sangatlah melampau serta sangatlah sesat, di samping engkau sebenarnya adalah mushrik, maka najis menurut ayat 28 surah Taubah. Kepada imam dan ustaz dan ulama yang bercanggah dengan aku: sanggupkah engkau untuk mubahalah kepada Allah menentang aku?
        Kalau ada hamba maka adalah tuan; semestinya raja adalah tuan; dan erti menyembah adalah menghambakan diri: maka, engkau hamba siapa, yakni siapakah tuanmu, atau juga rajamu; siapakah yang engkau sembah, yakni kepada siapakah engkau menghambakan diri, yakni siapakah yang engkau pertuankan, atau bahkan perajakan? Sejujurnya, siapakah tuanmu, rajamu, tuhanmu; siapakah yang engkau sanjung-agungkan; siapakah yang engkau pertuan-rajakan: apakah jawapan dari Nabi Muhammad; adakah jawapan engkau sama saja; dan adakah Allah, atau adakah syaitan, adalah yang suka ataupun redho kepada jawapanmu itu?
        Tidaklah Nabi Muhammad, juga tidaklah Nabi Ibrahim, masuk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah atau apapun cakap. Sesungguhnya, masuk Islam bukanlah dengan cakap dan keyakinan, tetapi dengan sikap dan pengetahuan: sedarlah, masuk Islam bukanlah dengan mengucap dua kalimah syahadah atau apapun cakap, tetapi dengan menyembah Allah serta dengan menyerah diri kepada Allah. Dan marwah, sebagaimana syahwat, patutlah dikuasai, dikawal, pastinya bukanlah yang patut diperjuangkan ataupun dipertahankan. Ingatlah, bahawa shirik, iaitu penderhakaan terlampau terhadap Allah, begitu juga perhambaan, adalah di mana selain Allah adalah yang disembah, yakni diperajakan ataupun dipertuankan. Allah, hanya Allah, iaitu Dia yang berkuasa serta mulia tiada tandingan, adalah yang patut disanjung-agungkan, serta yang patut dipertuan-rajakan. Dan tidaklah Islam itu indah, usahkan sempurna berbanding ugama ataupun sistem politik yang lain, kalau ia tidaklah bercanggah dengan perhambaan, dan dengan pemaksaan dalam ugama, dan dengan perkauman, terutamanya, dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya. Ingatlah, kalau sesuatu ajaran itu adalah suatu kezaliman, ataupun kejahatan, ataupun kebodohan, ataupun kepalsuan, maka tidaklah ia sebenar ajaran Allah, Dia, pencipta Islam, Dia, pengarang dan yang paling mampu untuk mengajarkan al Quran, Dia, satu-satunya tuhan, sebenar tuhan: subhanallah; walhamdulillah; wallahu akbar.
        Tidaklah ciptaan patut dipertuankan, apatah lagi hamba diperajakan; tidaklah Allah letakkan keadilan dan kebenaran, apatah lagi keredhoan dan SyurgaNya, dan ketaqwaan kepadaNya, di bawah telapak kaki rasulNya, usahkan di bawah telapak kaki ibubapa, usahkan di bawah telapak kaki suami; dan sedarlah, kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. Allah tuanku, rajaku, tuhanku, dan kepadaNya aku menyerah diri; Allah tuan kita, raja kita, tuhan kita, dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri, tidak angkuh, usahkan curang; dan Allah adalah pencipta Islam, satu-satunya pencipta Islam, serta adalah pengarang al Quran, satu-satunya pengarang al Quran, di samping adalah penguasa mutlak Syurga dan Neraka: fikir-fikirkanlah dengan jujur; fahamkanlah; dan amalkanlah. Pastikanlah dirimu tidak tersalah-percaya ataupun kena tipu ataupun diperbodohkan; janganlah sombong ataupun mabuk kemarwahan ataupun dangkal; dan jadilah orang akal dan orang ilmiah dan orang wajar, bukan orang marwah, bukan orang syahwat, bukan orang kebendaan.

Tuesday, August 7, 2012

Di Pintu Keluar Suatu Percintaan, Dan Wajib Akbar

Cinta sejati mengambil-kira kebenaran dan nilai murni dan kesucian dan lembut hati,
tetapi cinta syahwat mengambil-kira paras wajah dan penampilan dan usia dan lembut lidah;
dan cinta sejati adalah untuk jiwa yang suci, lebih-lebih lagi untuk hati yang mulia,
tidaklah sesuai untuk pelampau, juga tidaklah sepadan dengan pendusta:
apapun, Allah, si pencipta, si pemberi, si penguasa, pun ada rancangan;
dan cinta, apapun jenis dan kualiti dan kuantitinya, bukanlah bermakna jodoh.
Maka, siapakah sebenarnya si dia yang patut aku tinggalkan ataupun biarkan saja?
Ketahuilah, yang menyembah selain Allah adalah haram dikahwini oleh yang menyembah hanya Allah;
menyembah selain Allah adalah shirik, tetapi menyembah hanya Allah adalah mentauhidkan Allah;
dan sebenarnya, memperajakan, begitu juga mempertuankan, adalah menyembah:
ketahuilah, yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah, iaitu mushrik,
tidaklah halal, usahkan sangat baik untuk dikahwini oleh yang mempertuan-rajakan hanya Allah.
Maka, bagaimanakah sikap ataupun layanan si dia terhadap Allah, sedangkan Allah, hanya Allah,
adalah rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia,
dan sedangkan erti menyembah adalah menghambakan diri, dan kalau ada hamba,
ataupun abdi, maka mestilah juga ada tuannya, atau juga ada rajanya?
Sebenarnya, adakah si dia menyembah Allah, hanya Allah, bukan cakap saja;
atau adakah si dia, atau juga ibubapanya, memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah,
maka sebenarnya menyembah selain Allah, maka sebenarnya menshirikkan Allah, maka adalah najis,
berlandaskan ayat 28 surah Taubah, di samping amatlah biadab terhadap Allah, serta sangatlah sesat?
Dan sebenarnya, adakah si dia, juga ibubapanya, memperbesar-besarkan solat berbanding zikrullah,
dan menyamakan solat dengan sembahyang, serta menyamakan rob dengan tuhan, tidak dengan tuan?
Allah tahu, sungguh tahu, cukup tahu; hidayah Allah, bahkan kefahaman, sebenar kefahaman,
bukanlah untuk semua dan sesiapa saja; dan fahamkanlah, tidaklah Nabi Muhammad,
juga tidaklah Nabi Ibrahim, masuk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah atau apapun cakap.
Purdah, begitu juga tudung dan serban dan jubah dan kupiah dan songkok, bukanlah bukti kesucian,
usahkan kemuliaan, juga bukanlah bermakna ketaqwaan ataupun ketaat-setiaan kepada Allah;
pelampau, begitu juga pendusta, bukanlah sebenar orang Islam,
lebih-lebih lagi yang mempertuan-rajakan selain Allah;
dan adil, juga jujur, adalah membawa ke Syurga, di samping adalah nilai murni;
namun syaitan, pendek kata, adalah mak andam kejahatan dan kebodohan;
dan betapa mudahnya marwah diperdaya, lalu manusia dipesong-sesatkan, diperbodohkan.
Hmm, siapakah sebenarnya si dia yang akhirnya aku patut tinggalkan ataupun biarkan saja?
Cukuplah, cukuplah; aku tidaklah harus mengharapkan bukti ataupun tanda cinta darinya lagi;
aku sudah melakukan apa yang perlu; terpenting, aku sudah berterus-terang dan jujur:
hmm, Allah pun ada rancangan; dan rancangan Allah pastinya akan terlaksana, tidak terhalangkan.
Cukuplah, cukuplah; aku tidaklah patut menanti kehadirannya, apatah lagi mengharapkan si dia hadir
bersama kejujuran, apatah lagi mengharapkan si dia hadir bersama permohonan maaf yang ikhlas.
Cukuplah; cukuplah derita, dan beban, dan gangguan, gara-gara ataupun susulan keengganannya
untuk berterus-terang dan jujur, atau untuk memberi salam ataupun kemesraan kepadaku;
dan cukuplah luka, dan kesakitan, dan tekanan, akibat mempunyai hubungan cinta dengannya.
Maka, elok dan biarlah aku serahkan saja si dia, juga segala yang berkaitan dengannya, kepada Allah,
iaitu Dia yang tahu, sungguh tahu, cukup tahu, iaitu Dia yang tidak bodoh serta tidak sedikitpun zalim.
Dan sesungguhnya, Allah adalah yang maha berkuasa serta maha kaya; dan Allah adalah
penilai terarif serta hakim terwajar: kalau si dia bukanlah baik sebenarnya,
maka biarlah aku memohon kepada Allah agar aku segera diberikan ganti yang baik, sungguh baik;
namun kalau si dia adalah baik, maka biarlah aku memohon pengganti yang lebih baik; apapun, salam.
Hmm, setelah bertahun dalam percintaan, aku dan si dia tidakkan bersatu dalam perkahwinan;
Allah tahu; pastinya, aku patutlah redho terhadap kehendaknya untuk bersama dengan lelaki lain:
cinta aku bukanlah cinta syahwat, usahkan cinta kebendaan; aku adalah orang akal dan kewajaran,
bukan orang marwah; dan Allah tahu, bilamana si dia hanyalah mawar berduri, bukan sakinah.
Hmm, cinta: cinta syahwat adalah yang biasa, sedangkan kebanyakan tidaklah mementingkan
kebenaran dan keadilan dan kejujuran, berbanding marwah dan syahwat dan kebendaan duniawi;
dan selain bagaikan pokok yang berakar tunjang, ataupun tidak dangkal, cinta sejati adalah prihatin,
tidak mementingkan diri sendiri, tetapi cinta syahwat ingin memiliki atau bahkan ingin menguasai.
Apapun, berbanding berusaha untuk mendapatkan pasangan dalam perkahwinan,
bahkan berbanding berusaha untuk mendapatkan cinta sejati, yang penting ataupun lebih berfaedah
adalah berusaha gigih untuk mendapatkan keredhoan Allah, juga menjaga diri dari api Neraka;
sesungguhnya, Dunia hanyalah sementara; dan Syurga di Akhirat adalah yang patut diidam-inginkan:
ringkas kata, kita adalah ciptaan dan hamba kepunyaan Allah yang kepadaNya kita pasti dikembalikan;
sembahlah Allah, yakni pertuankan serta perajakanlah Allah; dan setia serta taatlah kepada Allah,
Dia, satu-satunya yang patut disanjung-agungkan, serta yang patut dipertuan-rajakan,
Dia, pengarang al Quran, dan yang berkuasa berbanding semua, bahkan akbar tiada tandingan.
Allah tuanku, rajaku, tuhanku, dan kepadaNya aku menyerah diri; Allah tuan kita, raja kita, tuhan kita,
dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri, tidak sombong, usahkan derhaka,
usahkan curang: fahamkanlah; dan amalkanlah; janganlah mabuk kemarwahan.

Sunday, July 22, 2012

Jujur Kepadamu Bunga Cintaku

Tidakkah kita sama-sama telah terluka dan kesakitan;
tidakkah kita yang sama-sama tahu malu telahpun terlampau malu;
dan tidakkah kita juga telah merindukan, dan menanti-nanti, serta mengharapkan?
Apapun, tidakkah abang pernah memberi salam, juga bertanya khabar, secara bertulis;
pendek kata, tidakkah abang telah memberikan beberapa mesej ataupun tanda yang jelas,
di samping jelas adalah dari siapa datangnya, iaitu dari abang untukmu;
namun, kalau balasan yang abang terima adalah diam ataupun suatu kesamaran,
bukan kemesraan ataupun sesuatu yang pastinya mengandungi nada ataupun tanda cinta,
maka apakah kesimpulan yang tepat ataupun paling masuk akal?
Sesungguhnya, haramkah menurut hukum Allah, Dia, satu-satunya yang patut dipertuan-rajakan,
atau masihkah tetap salah, tidak wajar, kalau engkau memberi salam atau juga kemesraan
kepadaku, sama ada melalui SMS, ataupun secara bertulis, ataupun melalui seseorang,
walaupun setelah mengambil-kira hakikat
bahawa abang telah mendapat panggilan yang melukakan
dari seorang lelaki yang mengaku dirinya tunangmu?
Hmm; tidak ada penjelasan apa-apa darimu mengenai panggilan itu; dan abang bertindak
untuk meninggalkan serta melupakan saja, tidak mahu memastikan duduk-perkara;
namun, kemudian muncul pula entah berapa tanda yang mungkin, mungkin, mungkin adalah darimu;
pendek kata, tidaklah engkau pernah memberi salam, ataupun memberikan abang sesuatu yang jelas
untuk membuktikan bahawa engkau pastinya cintakan, ataupun sukakan, ataupun mahukan abang:
apapun, ketahuilah, wahai bunga cintaku, bahawa nombor yang abang telah gunakan dulu
untuk menghantar mesej kepadamu pastinya sudah abang padam-hilangkan,
dan hingga sekarang, tidaklah abang sesungguh-pastinya tahu nombor telefon yang engkau gunakan;
lagipun, abang malu atau juga takut untuk membuat panggilan ataupun untuk menghantar mesej;
pastinya, abang tidak mahu peristiwa pahit yang sama ataupun serupa terjadi lagi.
Percayalah, bukanlah niat abang untuk menyakitkan, usahkan melukakan,
tetapi abang bukanlah lelaki yang mudah syok sendiri; tidaklah abang mudah perasan dicintai;
dan lelaki, pastinya abang, adalah orang logik, bukan ataupun berbanding orang naluri:
hmm, mungkin, mungkin abang terlampau berhati-hati, lalu abang akhirnya terjerat,
atau bahkan terkurung, dalam keraguan yang sebenarnya membebankan diri abang sendiri.
Percayalah juga, abang bukannya menyombong ataupun mengada-ngada, tetapi dalam asmara,
abang adalah singa ataupun kuda, bukan ataupun berbanding ayam;
pastinya, abang bukanlah bohjan, bahkan bergaul-mesra dengan perempuan bukanlah perkara biasa;
dan takkanlah abang mengahwini kekasih abang yang telah sanggup bersetubuh dengan orang lain.
Hmm, adakah setelah menjadi bekas lelaki lain, maka barulah mementingkan cinta serta kejujuran,
tidak lagi main jual mahal, tidak lagi mengikut resam ayam, tidak lagi mabuk kemarwahan?
Wahai bunga cintaku, apakah yang benar mengenaimu sekarang: adakah engkau sedang menanti,
masih menantikan abang, walaupun setelah berkali-kali engkau kesakitan, serta tertekan;
atau adakah engkau sudahpun meninggalkan, dan membiarkan saja abang yang sedang keraguan;
atau adakah abang, bagimu, sebenar-benarnya bukanlah siapa-siapa, sejak dari bertahun dulu lagi?
Hmm; abang harap, walau apapun perasaan atau kemahuanmu yang membabitkan abang,
biarlah abang tahu, pasti, tidak teragak-agak, tidak ragu: katakanlah;
nyatakanlah; janganlah merahsiakan dariku, pencintamu.
Wahai bunga cintaku, janganlah mahukan abang meneka-neka ada-tidaknya cintamu untukku;
keraguan boleh amat membebankan; dan ketidak-jujuran, hampir juga diam, boleh amat melukakan.
Benar, kalaulah abang mampu, pastinya sudah abang padam-hilangkan engkau dari hatiku,
terutamanya ketika abang merasa sakit, amat sakit di hati, serta merasa amat tertekan di jiwa,
di samping kerana keraguan dan ketidak-pastian abang mengenai perasaanmu terhadapku;
namun, cinta abang bagaikan tidak mengerti serta tidak peduli: hmm, apalah nasib?
Ketahuilah, abang tidaklah rela, usahkan mahu mabuk kepayang,
juga tidaklah abang mahu gila bayang, kalaupun ianya sangatlah menyeronokkan;
percayalah, abang tidak selesa kalau hanya abang adalah yang mempunyai perasaan itu;
dan ketahuilah, bagi abang, mengaku menyintai abang bukanlah bermakna
mesti ataupun sanggup menjadi isteri abang, sebagaimana ia bukanlah bermakna
abang mesti ataupun sanggup mengahwinimu: harap faham; dan janganlah merasa tertekan.
Hmm, cinta: macam macam hal membabitkannya; macam-macam hal akibat adanya;
dan macam-macam hal gara-garanya; namun Allah, si pemberi, si penguasa, pun ada rancangan.
Wahai bunga cintaku, kita patutlah berusaha, tidak hanya bersabar, bukan sekadar menanti;
pihak yang berterus-terang serta jujur tidaklah patut dianggap sebagai pihak yang mempermainkan;
dan bersikap jujur serta adil amatlah penting untuk mempunyai hubungan yang lancar serta indah:
hmm, tidakkah itu adalah yang kita sama-sama mahukan sebenar-benarnya?
Apapun, sekiranya abang telah melakukan kesalahan terhadapmu,
walaupun secara tidak sengaja, maka abang memohon kemaafan darimu;
niat, ataupun matlamat, walau seelok manapun, tidaklah menghalalkan cara;
dan pendek kata, Allah adalah pencipta takdir, serta penentu segala:
assalamualaikum, wahai bunga cintaku.