Wahai kafir yang mengaku orang Islam, hanya Allah adalah sembahanku, bukan sekadar tuhanku dan tuhanmu. Wahai kafir yang mengaku orang Islam, hanya Allah adalah yang aku sembah, yakni pertuankan, juga perajakan. Dan wahai muslim palsu yang mengaku pengikut Nabi Muhammad, hanya Allah adalah yang aku sanjung-agungkan, dan kepadaNya aku aslam, yakni menyerah diri. Sesungguhnya, bagaimanakah Nabi Muhammad masuk Islam? Dan bagaimanakah Nabi Ibrahim masuk Islam? Dan suka atau tidak, bagaimanakah sikap Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim terhadap Allah? Tidaklah Nabi Muhammad masuk Islam dengan mengucap kalimah syahadah, maka takkanlah Nabi Muhammad mengajar bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah. Demi Allah, bohong ataupun tidak benar adalah bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah. Allah, hanya Allah, adalah pencipta Islam, sebenar Islam. Nabi Muhammad adalah manusia biasa, tetapi dia adalah rasulullah. Dan hukum Islam tidaklah bergantung kepada perbuatan ataupun kata-kata ataupun kehendak Nabi Muhammad, sebagaimana hukum Islam tidaklah bergantung kepada perbuatan ataupun kata-kata ataupun kehendak Nabi Ibrahim. Sejujurnya, siapakah tuanmu, rajamu, tuhanmu; dan siapakah yang engkau sanjung-agungkan; dan siapakah tuan kita, raja kita, tuhan kita? Apakah jawapan Nabi Muhammad, tetapi apakah jawapan ahli Sunnah wal Jamaah ataupun seseorang yang mengaku dirinya orang Islam? Hakikatnya, erti menyembah adalah menghambakan diri; dan kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan; dan semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya; dan abdi adalah sama ertinya dengan hamba. Bayangkanlah. Fikir-fikirkanlah. Dan jujurlah.
Fahamilah surah Kafirun, juga surah an-Nas. Ketahuilah sebenar erti sembah dan tuhan. Dan janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai pengertian ataupun takrif yang salah, begitu juga terjemahan ataupun kesimpulan yang tidak munasabah. Berhati-hatilah. Waspadalah. Ustaz yang menyamakan “rob” dengan tuhan, begitu juga ustaz yang menyamakan solat dengan sembahyang, sepatutnya dianggap serta disedari sebagai ustaz yang percayakan terjemahan ataupun pengertian yang salah, bukan ataupun berbanding ustaz yang percayakan al Quran. Sebenar-benarnya, siapakah yang disembah oleh mereka yang menyamakan solat dengan sembahyang ataupun “rob” dengan tuhan? Dan dalam hal apakah mereka tidak bercanggah dengan al Quran? Selidik ataupun siasat ataupun ketahuilah. Janganlah sombong ataupun “prideful” ataupun menyangka-nyangka (“presumptuous”). Dan janganlah tidak rasional, usahkan zalim. “Rob” dan “ilah” tidaklah sama. Tuan dan tuhan tidaklah sama. “Lord” dan “god” tidaklah sama. Sembahyang dan solat tidaklah sama. Dan menyembah Allah, yakni menghambakan diri kepada Allah, adalah sikap, sedangkan solat adalah perbuatan meminta, dan zikrullah adalah perbuatan memberi. Solat dan zikrullah tidaklah sama. “Prayer” dan “worship” tidaklah sama. Menyerah dan berserah tidaklah sama. Aslam dan tawakkal tidaklah sama. Dan menyerah diri kepada Allah tidaklah sama dengan berserah kepada Allah, usahkan sama dengan berserah ataupun menyerah kepada kehendak Allah. Al Islam dan as-salam tidaklah sama. “Surrender” dan “submission” tidaklah sama saja. Dan “surrendering to Allah” tidaklah sama saja dengan “submitting to the will of Allah”. Fahamilah bahawa Allah dan kehendakNya adalah dua perkara yang berbeza. Fahamilah bahawa Allah dan “the will of Allah” tidaklah sama saja. Menyerah diri kepada kehendak Allah tidaklah wajar, sebagaimana menyembah kehendak Allah tidaklah wajar. Dan fahamilah, orang Islam yang sebenar bukanlah yang menyerah diri ataupun berserah kepada kehendak Allah, sebagaimana orang Islam yang sebenar bukanlah yang menyembah kehendak Allah.
Hadis bukanlah kata-kata Nabi Muhammad. Sunnah bukanlah perbuatan Nabi Muhammad. Dan solat bukanlah sembahyang, sebagaimana puasa bukanlah sembahyang. Janganlah kena bohong, usahkan membohong. Pengertian ataupun takrif yang salah, begitu juga terjemahan ataupun kesimpulan yang salah, janganlah diterima-pakai. Dan yang mendapat hidayah adalah yang patut dikatakan pewaris Nabi. Betapa ulama bukanlah yang patut dikatakan pewaris Nabi, tetapi barua murahan syaitan. Betapa Hadis yang dikatakan sahih tidaklah patut diterima sebagai sumber Islam, tetapi sebagai sumber bidaah dan kesesatan. Dan fahamkanlah, bahawa erti muslim, yakni orang Islam, bukanlah yang bersalam, juga bukanlah yang memberi salam, tetapi adalah yang aslam, yakni yang aslam (iaitu menyerah diri) kepada Allah. Sebenar ajaran Nabi Muhammad, termasuklah ajarannya mengenai dirinya dan hadis dan sunnah dan ulama dan najis dan akal, adalah sepertimana yang dinyatakan dalam al Quran. Yang menyembah Nabi Muhammad, begitu juga yang menyanjung-agungkan Nabi Muhammad, bukanlah sebenarnya pengikut Nabi Muhammad, tetapi adalah kafir ataupun muslim palsu; namun syaitan cukup mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan. Dan semakin engkau tidak tahu kebenaran dan kepatutan serta ajaran Allah yang terkandung dalam al Quran, maka semakin mudahlah engkau untuk menjadi kafir tak sedar diri, ataupun sesat, ataupun terpesong. Ada otak, silalah guna. Ada hati, silalah rasa. Dan janganlah membuta percaya, usahkan sembrono yakin. Kaji ataupun tadabburlah al Quran; dan ikutlah wahyu.
Yang tersalah guru, apatah lagi yang tersalah kitab, adalah yang patut dikatakan bergurukan syaitan ataupun sesat, bukan ataupun berbanding yang mengkaji-selidik ataupun mentadabbur. Dalam menilai sesuatu sikap ataupun perbuatan ataupun ajaran ataupun kepercayaan ataupun undang-undang ataupun hukuman, fikirkanlah juga siapa yang suka ataupun redho: adakah Allah, atau adakah syaitan? Dan betapa penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan ataupun kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat hidayah Allah dan keredhoanNya, apatah lagi untuk mendapat kasih Allah dan SyurgaNya. Tidakkah Abu Jahal mementingkan solat serta mengaku dirinya orang Islam, bukan kafir? Mushrik adalah najis, menurut ayat 28 surah Taubah, tetapi ulama ataupun ustaz manakah yang percaya, bahkan mengajarkannya? Dan adakah solat ataupun sesuatu adalah lebih penting berbanding menyembah Allah, hanya Allah, sedangkan tidaklah Allah mencipta jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepadaNya, yakni supaya menyembahNya? Oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salam, oh Allah, salam: begitulah sikap dan ciri utama orang Islam yang sebenar, lebih-lebih lagi rasulullah; dan begitulah cara untuk masuk Islam ataupun untuk berada dalam Islam, sebenar Islam. Kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan; oleh itu, kalau engkau adalah hamba ataupun abdi Allah, maka Allah adalah tuan engkau. Betul? Percaya? Dan kalau engkau menyembah Nabi Muhammad, yakni kalau engkau memperajakan ataupun mempertuankan Nabi Muhammad, ataupun kalau engkau menyanjung-agungkan Nabi Muhammad ataupun sesuatu selain Allah, maka siapakah yang suka ataupun redho: adakah Allah, atau adakah syaitan? Allah adalah yang paling berkuasa, juga yang paling berilmu, serta yang paling mulia; maka, apakah susulan itu, ataupun yang sejajar dengan itu? Jujurlah. Patut-patutlah. Dan tidaklah Allah meletakkan SyurgaNya di bawah telapak kaki rasulNya; maka, takkanlah Syurga berada di bawah telapak kaki ibu ataupun bapa ataupun suami. Allah bukan bodoh.