Kalau betul Khadijah melamar: Sedangkan Khadijah adalah yang melamar, bukan yang dilamar, maka, siapakah engkau? Adakah engkau lebih tinggi martabatnya berbanding Khadijah, iaitu isteri pertama Nabi Muhammad? Adakah engkau terlalu istimewa untuk melamar? Bagaimana pula dengan menghampiri dan memberikan kemesraan? Dan adakah engkau dan cinta engkau lebih penting berbanding jujur? Janganlah sombong ataupun mabuk kemarwahan. Dan fahaman yang salah mengenai perigi dan timba, lebih-lebih lagi mengenai masuk Islam, janganlah diikutkan, usahkan dipertahankan. Setinggi manapun nilai cinta, tinggi lagi nilai jujur, lebih-lebih lagi nilai adil. Melakukan solat bukanlah bermakna menyembah Allah, usahkan bermakna setia kepada Allah. Dan menutup aurat, walaupun berpurdah, bukanlah bermakna bukan pelacur, usahkan bermakna bukan kafir Mushrik. Sesuaikah hidayah dan kasih Allah, ataupun cinta sejati, untuk yang tidak mementingkan kebenaran dan keadilan serta kejujuran? Sesuaikah hati yang jahat untuk sesuatu yang mulia? Atau sesuaikah orang akal dan kewajaran dengan orang marwah dan kebendaan?
Fahamilah bahawa Rasulullah masuk Islam bukanlah dengan Syahadah, juga bukanlah dengan Rukun Islam. Fahamilah bahawa erti Muslim adalah yang menyerah diri kepada Allah. Dan fahamilah hakikat bahawa perempuan, sebagaimana timba, adalah tempat dimasukkan air, sedangkan lelaki, sebagaimana perigi, adalah tempat yang mengandungi air. Maka? Sebenarnya, apakah ajaran Allah mengenai berpurdah ataupun menutup aurat? Adakah berpurdah adalah ajaran Allah, atau adakah berpurdah adalah sesuatu yang melampau ataupun melebih-lebih? Dan sebenarnya, siapakah pengarang Hadis? Awas, ada-adaan yang bertopengkan Islam. Apapun, patutkah yang sebenarnya tidak betul mengenai bagaimana untuk masuk Islam dikatakan ulama ataupun alim Islam? Patutkah yang sebenarnya tidak betul mengenai bagaimana untuk masuk Islam dikatakan Muslim ataupun orang Islam, bukan kafir, bukan orang Islam konon, bukan Muslim palsu? Bagaimana pula dengan yang tidak tahu atau sebenarnya tidak betul mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam dan kemerdekaan dan perhambaan? Dan bagaimana pula dengan yang tidak tahu atau sebenarnya tidak betul mengenai erti shirik dan tauhid dan hadis dan sunnah dan najis dan ulama? Yang sesat atau jahil, lebih-lebih lagi yang kafir menurut ajaran Allah, tidaklah sepatutnya dikatakan Muslim ataupun orang Islam sebenar, walaupun bergelar ulama muktabar. Dan syaitan cukup mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan.
Yang tahu bukanlah bermakna yang percaya, usahkan bermakna yang wajar. Namun ilmu dan kewajaran, bukan kesesatan, bukan kejahilan, dan bukan marwah, adalah yang membawa ke Syurga. Yang menyembah selain Allah adalah sesat, sangat sesat, juga kafir, juga shirik terhadap Allah, walaupun menutup aurat dan melakukan solat. Dan yang mempertuankan selain Allah, apatah lagi yang memperajakan selain Allah, adalah yang menyembah selain Allah. Kalaulah Rasulullah berada di depan mata, dan dia mengajak supaya mempertuankan Allah, hanya Allah, dan memperajakan Allah, hanya Allah, juga mengajak supaya berimamkan al Quran, bukan Hadis, serta mengajak supaya menyerah diri kepada Allah, maka adakah engkau akan akur, tidak menyombong, tidak berdolak-dalih? Sebenarnya, tidakkah Nabi Muhammad pengikut al Quran, bukan pengikut Hadis? Dan tidakkah semua Rasulullah mempertuankan Allah, hanya Allah, dan memperajakan Allah, hanya Allah, di samping mempertuhankan hanya Allah? Janganlah takut atau tidak mahu untuk berfikir. Dan betapa penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat penghormatan Allah dan tempat di SyurgaNya.