Monday, April 3, 2017
Malang Ahli PAS, Dan Yang Sebenarnya Kafir, Dan Yang Sepatutnya Diikut
Apakah antara kesesatan atau kesalahan ahli PAS (Parti Islam SeMalaysia)? Barua syaitan atau ulama temberang ataupun ulama Hadis diterima sebagai ulama Islam: Itulah antara kesesatan atau kesalahan ahli PAS dan ramai manusia. Fikir-fikirkanlah dengan wajar. Dan fahamilah, Allah tidak ajar bahawa ulama adalah pewaris Nabi, maka begitulah juga dengan rasulNya, termasuklah Muhammad. Sebenarnya, apakah ajaran Allah mengenai ulama dan najis? Bagaimana pula dengan syahadah Munafiq? Ketahuilah. Rujuklah al Quran. Dan sebenar-benarnya, apakah erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam? Ingat, hakikat dan ajaran Allah adalah yang sepatutnya diikut atau dipercaya, bukan atau berbanding al Quran dan Hadis “sahih”, usahkan ulama. Dan sila cari atau sila namakan ulama atau raja yang berani untuk mubahalah menentang aku yang mengatakan bahawa ulama PAS, begitu juga pengikut mazhab Sunnah wal Jamaah, sebenarnya adalah Kafir atau Muslim palsu, dan bahawa yang memperajakan selain Allah adalah Kafir, serta bahawa solaat bukanlah sembahyang. Ada? Kalau sebenarnya tidak ada, maka apakah susulan itu? Jangan takut untuk memikirkan. Jangan tersalah kitab ataupun guru. Dan janganlah mabuk kemarwahan ataupun menyangka-nyangka.