Wednesday, December 20, 2017

Kafir, Menurut Al Quran

Siapa adalah Kafir? Antara golongan Kafir adalah yang menyembah selain Allah. Dan sembahan, bukan solaat, adalah yang membezakan Muslim dari Kafir. Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun. Dan sedarlah, bahawa yang mempertuankan selain Allah, begitu juga atau lebih-lebih lagi yang memperajakan selain Allah, adalah yang menyembah selain Allah.
       Sebenarnya, siapakah yang engkau atau si ustaz pertuankan, atau bahkan perajakan? Dan ayat manakah yang mengatakan bahawa yang tidak melakukan solaat adalah Kafir? Sedarlah, bahawa al Quran dan "Hadis sahih" tidaklah sehaluan. Dan terima-pakailah semua ajaran Allah mengenai kafir dan hadis dan ulama dan apa-apa lagi. Awas, terjemahan atau pengertian yang salah janganlah tidak disedari, usahkan dipercaya. Dan gunakanlah otak dengan logik dan secara rasional.