Tuesday, February 12, 2019

Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim

Adakah kita seagama? Agamaku adalah Islam, iaitu Penyerahan, yakni penyerahan diri kepada Allah, Dia, pencipta manusia, tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Maka? Jujurlah. Terima dan sampaikanlah yang benar. Dan perbaikilah isi hati.
•••••
Apakah Kristian? Erti Kristian ialah pengikut Jesus Christ. Dan Jesus Christ ialah Isa al-Masih, iaitu Nabi Isa, Rasulullah. Maka? Pendek kata, erti Kristian ialah pengikut Nabi Isa. Dan erti Muhammadis ialah pengikut Nabi Muhammad. Malangnya, yang ramai sebenarnya bukanlah Kristian, juga bukanlah Muhammadis. Sedarlah. Fikirkanlah. Dan fahamilah, Kristian bukanlah agama sebagaimana Muhammadis dan Muslim bukanlah agama.
       Siapapun Rasulullah menyembah Allah, hanya Allah, dan beragamakan Islam, begitulah juga dengan pengikutnya, sebenar pengikutnya. Bagaimanakah Rasulullah masuk Islam, yakni menjadi Muslim? Dan adakah "Jesus Christ" ataupun Nabi Muhammad mengucap "ash-haduan-na Muhammadar rasulullah" untuk masuk Islam? Sedarlah, bidaah dan bohong dan menyesatkan adalah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Suka atau tidak, Kristian dan Muhammadis adalah Muslim dan bersaudara, sebagaimana Nabi Isa dan Nabi Muhammad adalah Muslim dan bersaudara. Dan kalau agamamu bukanlah penyerahan diri kepada Allah, maka agamamu bukanlah Islam.
       Muslim ialah orang Islam, dan Muslim adalah yang berada di dalam Islam, tetapi sedarlah juga bahawa Muslim ialah yang "aslim". Dan aslim ialah menyerah, sedangkan tawakkal ialah berserah. Fahamilah, yang menyerah (Muslim) adalah sama ertinya dengan yang berada di dalam penyerahan (Islam). Maka? Benar, erti Islam ialah penyerahan, bukan "salaam", bukan aman, juga bukan "peace". Sesungguhnya, erti Muslim bukanlah pengikut Nabi Muhammad. Yang berada di dalam "salaam", iaitu aman atau "peace", patut dipanggil Muslaam, bukan Muslim. Dan benar, Islam adalah agama ciptaan Allah, Dia, pencipta kita, Dia, pengarang al Quran, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Maka?
•••••
Bukalah minda. Fikir dan fahamilah fakta. Hmm, penyakit menyangka-nyangka. Penyakit syok sendiri. Dan penyakit marwah gila. Apapun, janganlah bodoh tak boleh diajar, usahkan sesat tak boleh dibimbing. Ada otak, sila guna. Ada akal, sila fikir. Dan janganlah untung jangka pendek, tetapi rugi jangka panjang. Allah bukan bodoh. Dan Neraka sedia menanti.
•••••
Tersalah Guru, Dan Mengenai Berakal
https://goo.gl/nEYowK
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w
•••••
Tuan Dan Hamba, Dan Kewajaran
https://goo.gl/atM53P
•••••
Najis, Sebenar Najis
https://goo.gl/Zs3dQP